Iqra'.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-Alaq : ayat 1-5)
Banyakkan membaca sebelum mahu menyentuh apa-apa isu semasa, terutamanya isu yang melibatkan soal nyawa seseorang. Biarlah kita miskin harta di atas dunia, tapi jangan pula miskin ilmu.
Sekarang ini, stigma yang dilemparkan oleh masyarakat seolah-olah menjadi punca utama mengapa seseorang itu sanggup membunuh diri, disamping dirinya yang mengalami masalah kemurungan.
Harus diingatkan, daya kekuatan mental seseorang itu berbeza-beza. Ada yang kuat, ada juga yang lemah. Jika mental kita kuat, kita bantulah mereka yang lemah. Jika tidak mahu membantu sekalipun, duduk diam dan perhatikan saja. Tak perlu berkata yang bukan-bukan.
Punca kelemahan mental seseorang itu apabila munculnya sesetengah individu yang begitu rakus mencela dan memberikan pelbagai kata-kata nista, yang dapat meningkatkan keinginan seseorang itu untuk membunuh diri. Mungkin kita juga salah seorang daripada mereka. Suka membuli mental orang lain di dalam laman sosial melalui gambar atau video yang ditularkan (viral) di dalam Facebook contohnya.
Pesakit mental ini para pejuang, walaupun tidak berjuang di medan perang seperti yang berlaku di negara luar. Mereka berperang dengan dirinya sendiri, jiwa yang berbolak balik mencari makna sesebuah kehidupan selepas mentalnya dihidangkan dengan pelbagai kisah-kisah tragis. Ada diantara mereka yang membesar dengan suasana keluarga yang berantakan, bercerai berai, dijadikan hamba seks, didera, dipukul serta dibuli mental dan fizikalnya.
"Eleh, orang lain pun ada masalah juga."
Ya. Seperti apa admin katakan tadi, ketahanan mental setiap individu adalah berbeza. Contohnya, kita menggunakan telefon bimbit jenis IOS dan orang lain pula menggunakan telefon bimbit jenis Android. Pasti ada yang akan memilih telefon bimbit jenis IOS kerana sistemnya lebih tahan dan berkualiti berbanding Android, walhal kita sendiri sudah tahu kegunaan kedua-dua telefon bimbit tersebut adalah sama.
Begitu juga dengan otak manusia yang sama dari segi bentuknya. Apa yang membezakan adalah isinya. Jika kita sumbat semua benda dalam memori telefon, lama-lama sistem telefon tersebut akan menjadi berat/lambat. Begitu juga otak manusia. Yang membezakan memori telefon bimbit serta otak manusia ini juga adalah butang reset/format. Jika otak mudah diformat dalam sekelip mata, percayalah... takkan wujudnya manusia-manusia kurang waras di atas dunia.
Dan jika kita nak kaitkan kemurungan dengan gila, semua orang juga berada di dalam kategori gilanya yang tersendiri. Ada yang gila judi, gila arak, gila seks, gila perempuan, gila pangkat, gila harta dan gila kuasa.
Terlalu panjang untuk menghuraikan istilah gila ini.