Surat Warkah Buatmu💌


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Dengan nama Allah📝,
Ujian itu bukanlah satu halangan untuk kita bangkit dari segala keresahan🌹.
-HALAL UNTUK DIKONGSI TAPI DENGAN SYARAT,JANGAN DIBUANG KREDIT @coretanpendosaa
bot rasmi: @suratwarkah_bot
⏳ROAD➡️60 SUBS
Since:15 Ogos 2021🌺

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Sebagai anak,wanita membuka pintu syurga untuk ayahnya🔧,

Sebagai isteri,wanita melengkapkan agama suaminya📿,

Dan tulus doa ibu kepada anaknya,meruntuhkan hijab antara hamba dan pencipta🤲.

Sejauh manakah kita sedar betapa tingginya darjat seorang wanita🧕?


@coretanpendosaa🤍


PERLU KE MERAYU?

kalau orang tak sudi, jangan sesekali harapkan simpati. kadang buat penat jaga hati, tapi akhirnya tertikam diri sendiri. dalam hidup ni senang je, orang tak suka, kita pergi. Orang suka, kita stay menanti. tak perlu pun nak pujuk merayu dengan orang lain semata-mata nak minta jadikan kita orang terpenting dalam hidup dia. itu semua membuang masa je🌹

@coretanpendosaa💜


Biarpun solatmu beribu ribu rakaat,sedekahmu berjuta juta ringgit ,hajimu berkali kali,

tetapi saat kau gores hati ibumu,syurga bukan milikmu😢🤱.


@coretanpendosaa🤍


HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM ORANG YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

ramai anak-anak muda sekarang minat dengan K-POP atau artis-artis yang bukan beragama Islam. baru-baru ni ada sebahagian artis K-POP yang memberi salam kepada peminat-peminatnya. bila baca komen ramai yang menjawab salam tersebut.

hari ni saya akan jelaskan hukum memberi salam dan menjawab salam orang yang bukan beragama Islam. hukum memberi salam kepada orang yang bukan Islam adalah DIHARAMKAN mengikut mazhab Imam Syafie.

ianya sesuai dengan satu hadis yang sahih iaitu janganlah kamu terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani (HR Abu Hurairah r.a)

bagi hukum menjawab salam pula, adalah WAJIB berdasarkan pandangan daripada Imam an-Nawawi Rahimahullah. dan jawab lah dengan 'wa'alaikum'

apabila ahli kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah 'waalaikum' (HR al-Bukhari dan Muslim)🌹


@coretanpendosaa💜


Jangan sedih jika kehilangan harta dunia🏖,
Belajarlah daripada nabi Ayub A.S yang kehilangan segalanya tetapi baginda tetap setia dan akhirnya baginda dipulihkan.

Setia di sini bermaksud:

🐱Setia dengan Allah. Sentiasa berdoa dan meminta kepadanNya.

🐱Setia dengan isteri-isterinya walaupun ditinggalkan kerana mempunyai sakit kulit.

🌾 SUBHANALLAH, HEBATNYA NABI AYUB YANG SENTIASA BERSABAR DAN TABAH MENGHADAPI UJIANNYA SEHINGGA  SEMBUH DARIPADA PENYAKITNYA
🍃.

Jadikanlah teladan buat kita semua🌺


@coretanpendosaa🤍


SALAM RAMADAN🕌

__Diawali dengan bismillah
Pada bulan yang penuh berkah🫶__

__Bulan ini adalah bulan keberkatan
Telah terjadinya peristiwa turunnya ayat al-quraan❤️__

Dengan malam mulia 1000 bulan
Untuk mendapatkan keampunan🤲

Ahlan Wassalan Ya Ramadan🌹


@coretanpendo
saa💜


SOLAT

Allah tak minta banyak dalam hidup kita, hanya 5-10 minit sahaja untuk dia. setiap hari kita diberikan peluang untuk hidup. setiap pagi Allah bagi kita nafas yang baru dan udara yang segar. semua yang Allah bagi dekat kita, semuanya percuma tak perlu bayar sesen pun. tapi apa yang kita dah buat sebagai hambanya? kita lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hambanya. kita sanggup bangun pagi-pagi buta untuk pergi kerja, tapi hanya 5 minit untuk allah kita tak boleh nak luahkan, siapa tuhan kita? Allah atau harta?

renungkanlah🌹

@coretanpendosaa💜


🌻CIRI CIRI TAKBUR :

✨Apabila kelemahan dan kekurangan orang lain dianggap sebagai kelebihan bagi kita

🌻MANUSIA YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH :

✨Manusia yang paling dibenci oleh Allah adalah manusia yang sering bertengkar🌊

-Ringkas? tapi bermakna☔️!


@coretanpendosaa🤍


EGO😒

Inilah yang paling aku takuti dalam diriku😞,
Egoku terlalu tinggi hingga merasa aku paling baik di antara yang lain🤕🤚.


@coretanpendosaa🤍


KAHWIN MUDA
So‘rovnoma
  •   Bahagia bila dapat pasangan yang bertanggungjawab
  •   Tak bahagia sebab pasangan yang abaikan tanggungjawab
8 ta ovoz


Wanita solehah🌺;

Tidak pernah takut menikah dengan lelaki yang miskin harta.

Melainkan yang ditakutkan adalah menikah dengan lelaki yang miskin ilmu dan miskin tanggungjawab🥀

@coretanpendosaa🤍


CARA KHUSYUK DALAM SOLAT

SEBELUM SOLAT
1. jaga mata daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya 👀
2. jaga telinga daripada mendengar perkara yang melalaikan 👂
3. jaga mulut daripada berkata tentang perkara yang laragh (lalai) 👄
4. ambil wuduk dengan cara yang betel dan mengikut tertib 🫶

SEMASA SOLAT
1. pasang niat dengan betul 💞
2. ikut step by step setiap bacaan 🙌
3. dengar bacaan pada telinga sendiri 🧏
4. jangan terlalu cepat dan terlalu lambat

SELEPAS SOLAT
1. banyakan berzikir dan bertasbih kepada Allah 💓
2. banyakan berselawat ke atas nabi Muhmmad 💘
3. berdoalah untuk, ibu bapa, guru2, kawan2 dan diri sendiri 🤲
4. berdoa dengan ikhlas 🤝
5. berserahlah kepada Allah 🌹

@coretanpendosaa💜


GURU SEPERTI IBU BAPA KITA

sekiranya kita mendapat guru yang baik itulah rezeki kita. namun jika disebaliknya itulah ujian bagi kita. ingatlah baik buruk guru yang kita hadapi, dia tetap guru kita. sama seperti ibu dan ayah kita sendiri. tetaplah hadap guru kita dengan sabar, insyaAllah Allah akan merahmati kita dan memberkati kehidupan kita🌹

@coretanpendosaa💜


Turunkan ego.

setiap manusia tidak sempurna dan setiap nasihat adalah kalam Allah melalui manusia kepada hambanya untuk memperingati dan kembali ke jalanNya✨

@coretanpendosaa🤍


MASALAH

setiap orang pasti akan ada masalah sendiri. sama ada masalah peribadi atau masalah dekat tempat kerja. setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. jadi janganlah lari daripada masalah dan menganggap masalah tu akan selesai dengan cara macam ni. tapi hakikatnya, makin menambahkan masalah dan akan jadi bebanan kepada orang lain. jangan jadi orang yang mementingkan diri sendiri sehingga orang memandang hina dengan kita🌹

@coretanpendosaa💜


manusia tak akan faham dengan apa yang kita kata selagi mana mereka sendiri tak merasa dengan apa yang kita laluinya🌹

@coretanpendosaa💜


Andai kata negara kita mempunyai pemimpin seperti zaman rasulullah, rasa-rasa apa yang bakal terjadi?
So‘rovnoma
  •   Negara akan jadi lebih baik
  •   Politik, ekonomi dan sosial akan jadi stabil
  •   Masyarakat yang sentiasa harmoni dan aman damai
14 ta ovoz


PERKAHWINAN

sahabat berkahwin bukan satu perkara yang mudah bagi kita. bila dah berkahwin banyak benda yang kita kena focus. terutama tanggungjawab lelaki terhadap keluarga. berapa ramai dalam kalangan kita (golongan muda) yang sudah berkahwin tetapi masih lagi ditanggung oleh ibu bapa? dah ada anak pun masih lagi ditanggung oleh ibu bapa? apa sebenarnya tujuan kita berkahwin? perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. sama ada tanggungjawab suami atau pun isteri. masing-masing ada peranannya. adakah berkahwin semata untuk keseronokan je? atau berkahwin sebab bertuhankan nafsu? renungkanlah kerana semua jawapan ada pada diri sendiri🌹

@coretanpendosaa💜


Kata ustaz,

Tanda Allah sayang kita bukan kerana Allah beri kita kaya,cantik,berpangkat dan berkuasa sebab itu semua orang bukan islam pun dapat😁.

Tapi, tanda Allah sayang kita apabila Allah memudahkan anggota badan dan hati kita untuk menyembah,memuji dan melakukan kebaikan kpd Allah SWT👳‍♀🧕..

@coretanpendosaa🤍


MUNAFIK

ciri-ciri orang yang munafik

1. Apabila berkata, ia dusta🤥
2. Apabila berjanji, ia ingkari🙌
3. Apabila diberikan kepercayaan, ia khianati🔪

sekarang, ramai umat manusia yang buat begini. ramai yang lupa apa akibatnya. paling sakit bila berjanji tapi diingkiri. tabur banyak janji manis dengan bagi harapan kepada semua orang. tapi hakikatnya itu cuma propaganda sahaja💔

@coretanpendosaa💜

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

54

obunachilar
Kanal statistikasi