Escaping masks.


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


💀 the room of witches 💀
mengumpulkan cerita cerita dan fakta fakta ghaib yang menarik dari pelbagai sumber.
content yang dikongsi bukan sepenuhnya milik kami. credit akan diberikan.
💀 16 October 2020 💀

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


So guys today aku nak share tentang kisah seram di asrama. Dengar cerita pelajar f6 gan f5 Sabah akan stay asrama. So pada yang takut tu jangan baca Okey. Malam ni dalam kul 10 macam tu aku start. Baru syok sekarang ni kalau cerita tak rasa apa sangat. So boleh lah jemput semua orang untuk subscribe dulu channel okey. For those yang nak baca cerita lain selain cerita hantu korang boleh lah baca kat channel @histcreepyfact and for those yang nak request lagu or wallpaper boleh lah subscribe @quewalsong . Korang boleh lah subscribe channel @silentsoulss jugak!




credit : orangkata.my


ok that's all, mungkin esok aku cerita lagi. stay tuned ❤️


Apa yang lebih menakutkan ialah pada masa-masa tertentu Maria akan berubah dan menyerupai wajah seorang wanita biasa sebelum dia menarik tangan kanak-kanak yang berada di jalan. Kanak-kanak tadi akan menyangka bahawa itu adalah ibu mereka dan akan mengikuti sahaja ke mana mereka akan dibawa oleh Maria termasuklah ke sungai. Sehinggalah Maria perlahan-lahan berubah dan menunjukkan wajah sebenarnya dan menangis teresak-esak barulah kanak-kanak tadi sedar bahawa wanita tersebut adalah bukan ibu mereka.


Namun, tidak berapa lama selepas itu, di sebalik air yang deras dari tengah-tengah sungai dia muncul dan melangkah ke tebing. Untuk pengetahuan korang, Maria tidak mati kerana rohnya tidak diterima oleh langit. Dia kemudiannya menjadi roh yang menghantui sekitar kawasan Mexico dan dia akan menangis teresak-esak sambil berkata “Ay, mis hijos!” ataupun oh, anak-anakku.


Maria lebih dikenali dengan berambut hitam panjang, berbaju putih dan seluruh badannya basah seperti baru je terkena air hujan. Kisah asal Maria ini sangat menyedihkan yang mana legenda urban menceritakan bahawa semasa dia masih hidup dahulu, dia sangat kecewa disebabkan oleh suaminya yang tidak mahukan dirinya lagi dan ditinggalkan. Akibat kecewa dengan suaminya, dia kemudian membawa anak-anaknya dan telah membuang mereka satu persatu di sungai sebelum dia sendiri terjun bersama.


Korang pernah tak korang dengar bunyi yang pelik-pelik masa korang tengah berseorangan? Tidak kiralah di rumah atau di mana-mana; tiba-tiba korang terdengar suara perempuan yang sedang menangis? Jika kat negara Malaysia, pada kebiasaannya kita akan beranggapan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi pontianak yang sedang cuba untuk menganggu korang. Namun, di Mexico kelibat perempuan menangis ni dikenali sebagai Maria ataupun La Llorona.


5. Maria (The Weeping Woman), akibat terlalu kecewa, sanggup buang anak-anaknya ke sungai




La Pisadeira gemar untuk menunggu seseorang itu habis makan dahulu, kemudian apabila orang tu dah kenyang, barulah dia akan pergi menganggu orang tersebut dengan cara mengikuti orang tersebut ke dalam bilik dan kemudian akan duduk di atas perut mangsanya dan membuatkan mangsanya tidak dapat bergerak. Kalau korang nak tahu, walaupun mangsa tersebut sedar tetapi dia tidak dapat menjerit ataupun menggerakkan tubuh badannya akibat daripada gangguan La Pisadeira itu tadi.


La Pisadeira ataupun wanita tinggi ni selalunya suka memerhati dan menunggu untuk menganggu seseorang. Cuba korang bayangkan jika seseorang sedang memerhati korang dan ahli keluarga di rumah ketika korang dan ahli keluarga sedang makan, menonton televisyen ataupun sedang istirehat di bilik korang. Tiba-tiba korang terdengar bunyi pelik yang datang dari atas bumbung seperti orang sedang merangkak dengan kuku yang panjang dan bunyi tersebut akan mengikuti korang walau di mana saja korang pergi. Seram bukan?


4. La Pisadeira, akan menindih mangsa menyebabkan mangsa tu tak boleh bergerak


Bagi mereka yang tidak bernasib baik pula, akan ada tangan yang dipenuhi dengan darah muncul dari bawah pintu tandas dan menarik kaki mereka masuk ke dalam “neraka”. Seterusnya, bagi pelajar yang nakal pula, mereka akan mencari tandas tingkat tiga di sesebuah sekolah dan cuba untuk menyeru Hanako San datang kepada mereka. Asal usul kisah urban legend ini pada asalnya ditulis oleh Michael Dylan Foster yang menulis The Book of Yokai: Mysterious Creatures of Japanese Folklore pada tahun 1950-an dahulu yang kini menjadi antara kisah urban legend popular di negara Jepun.


Hanako San menyerupai seorang budak kecil yang berambut pendek dan memakai skirt merah. Untuk pengetahuan korang, terdapat pantang larang bagi mereka yang pergi ke tandas sekolah iaitu mereka harus mengetuk pintu tandas sebanyak tiga kali dan bertanya adakah Hanako San di sini? Jika tiada sebarang jawapan maka tandas tersebut selamat untuk digunakan tetapi jika ada yang menjawab daripada dalam tandas maka beredarlah mereka daripada tandas tersebut dan pergi mencari tandas yang lain.


Di Malaysia, kita ada Melati yang sering menghantui hostel, di Jepun pula mereka ada Hanako San. Nama ini bukanlah semangat yang asing lagi dalam kalangan pelajar sekolah yang ada di negara matahari terbit tu. Legenda menceritakan bahawa Hanako San akan menghantui tandas perempuan tingkat tiga sesebuah sekolah dan akan menganggu mereka yang berada di tandas khususnya yang pelajar yang berseorangan.


dengan aku sekali takut hm


3. Hanako San, “hantu” yang akan menarik mangsanya ke neraka


Tidak beberapa lama kemudian, Mak juga telah melihat satu tangan yang sangat panjang datang dari atas rumahnya dan mengambil semula limau tersebut. Akhirnya, Mak telah mengetahui akan kematian isterinya dan telah meminta bantuan untuk menghantar roh isterinya ke alam kematian.


Sehinggalah pada suatu hari, suaminya kembali daripada menjalani latihan tentera dan kepulangannya telah disambut oleh roh Nak yang dilihat sebagai manusia tetapi hakikatnya itu adalah hantu Nak. Walaupun suaminya sedih akan kematian anak mereka, namun mereka tetap hidup bahagia bersama-sama sehinggalah pada suatu hari di waktu senja semasa Nak sedang menyiapkan makanan, limau yang dihiris telah terjatuh ke tanah dan suami Nak yang pada ketika itu berada di bawah rumah telah melihat limau yang terjatuh itu.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

57

obunachilar
Kanal statistikasi