PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Amalan Menjelang Malam
ุนููู ุฌูุงุจูุฑู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู ุฅูุฐูุง ุงุณูุชูุฌูููุญู ุงูููููููู ุฃููู ููุงูู ุฌูููุญู ุงูููููููู ููููููููุง ุตูุจูููุงููููู ู ููุฅูููู ุงูุดููููุงุทูููู ุชูููุชูุดูุฑู ุญููููุฆูุฐู ููุฅูุฐูุง ุฐูููุจู ุณูุงุนูุฉู ู ููู ุงููุนูุดูุงุกู ููุฎูููููููู ู ููุฃูุบููููู ุจูุงุจููู ููุงุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุงูููููู ููุฃูุทูููุฆู ู ูุตูุจูุงุญููู ููุงุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุงูููููู ููุฃููููู ุณูููุงุกููู ููุงุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุงูููููู ููุฎูู ููุฑู ุฅูููุงุกููู ููุงุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุงูููููู ูููููู ุชูุนูุฑูุถู ุนููููููู ุดูููุฆูุง
Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: "Apabla menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka jagalahlah bayi-bayi kamu kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu isyak, bolehlah kamu biarkan mereka dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya". (HR Bukhari No: 3280) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggangu khususnya bayi, menggoda atau menumpang makan.
2. Rasulullah SAW melarang kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain di luar rumah apabila menjelang waktu senja kerana syaitan dan jin berkeliaran pada waktu tersebut.
3. Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh berupa pencuri, penjenayah dan sebagainya.
4. Rasulullah memerintah agar menutup bekas minuman dan makanan bertujuan agar makanan yang berbaki dapat dijauhi daripada virus, bakteria, debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut seperti cicak, lipas dan sebagainya.
5. Sunnah untuk kita menutup bekas-bekas makanan dan minuman agar tidak dihinggapi kuman dan bakteria. Ia sebagai salah satu usaha untuk menjaga kesihatan daripada pelbagai penyakit.
6. Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah tidak lain dari memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara makhluk.
Pastikan anak-anak kita telah pulang kerumah sebelum masuknya waktu maghrib atau bagi anak lelaki, dapat bersama ke masjid.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
08hb Disember 2021
03hb Jamadil Awal 1443H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram