𝑳 𝑰 𝑭 𝑬 𝑳 𝑬 𝑺 𝑺 🌷 dan repost
KISAH SERAM ; MISTERI KOLEJ UITM PUNCAK ALAM
Nama aku Hani, student UITM Puncak Alam. Dah masuk sem 3 aku kat sini. Blok-blok kolej kat sini memang banyak. So aku memang tinggal kat kolej dia la. Kolej dia ni nak kata dikelilingi hutan pun tak jugak tapi sunyi la time malam.
Cerita dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Actually aku sampai awal untuk daftar tapi sebab tunggu kawan-kawan punya pasal untuk serumah so dekat pukul 3 petang jugak la daftar. Masam jugaklah muka pengurusan asrama tu sebab kami student yang last daftar nak masuk kolej. Sebab daftar last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki hanya rumah kami. Scary.
Satu hari tu aku balik kolej lewat malam dah sebab keluar beli barang. Tu hari ketiga selepas daftar. Pukul 1 pagi lebih kurang. Memang sunyi sepi kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terbukak sebab awal sem kan, siapa je rajin nak stay up. Lepas je kereta kawan aku pergi, aku pun tengok sekeliling kot-kot ada teman nak naik lif sekali. Aku ni cuak sikit dengan tempat sempit sensorang. Tapi memang tak adalah time macam tu. Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak. Aku fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat.
Tingkat satu, dua pastu tingkat tiga. Lif berhenti kat tingkat tiga. Aku dah lega dah sebab ada yang naik maybe tapi kau tahu siapa tunggu nak naik? Perempuan pegang buku lusuh berdebu kat tangan dia. Dengan pucat muka dia tu. Actually aku memang boleh nampak makhluk halus ni. Cuma setelah sekian lama tak pernah nampak sejak nenek aku tutup hijab aku yang terbuka, ni lah first time aku nampak balik. Aku dapat rasa badan aku sejuk gila.
Menggeletar seluruh badan tapi benda ni kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. So aku berdiri kat penjuru lif tu. Benda tu pulak kat depan. Aku memang nak nangis waktu tu sebab dia tak tekan lif. Aku fikir time tu, camne aku nak turun tingkat 9 nanti sebab dia halang aku. Sampai je tingkat 9, dia keluar heret kaki dia. Aku dah siap nak pecut masuk rumah dah lepas je keluar lif tapi guess what, dia berdiri depan rumah aku before lesap. Aku punyalah tak tau nak buat apa terus call housemate aku suruh bukak pintu.Takut macam mana sekalipun aku tutup je mulut walaupun diorang tanya kenapa muka aku pucat semacam.
Sebenarnya aku dah boleh agak. Rumah aku tu ada empat bilik. satu blik dua orang. Bilik A, B, C penuh tapi bilik D kosong. Aku dapat rasa bilik tu berpenghuni jugak. Cuma malas nak kecoh. Satu malam tu, beberapa hari lepas kejadian aku bangun nak ke toilet dalam pukul 2 pagi tak salah. Housemates aku semua dah tidur time tu.
Toilet kat sini ada tiga bilik kecik; shower, jamban duduk dengan jamban cangkung. Aku masuklah jamban cangkung tu. Waktu kat dalam tu aku dengar bunyi orang heret kaki. Dup dap dup dap dah jantung aku. Aku jenguklah kat bahagian pintu bawah tu sebab ada space kan, kotlah kawan-kawan aku, tapi ada kaki pucat gila macam mayat tu. Sebelah je okey. Bukan dua belah. Senyap je. Aku pun senyap. Tak berani nak keluar. Nak baca doa perlindungan pun tak boleh kat tempat syaitan tu. Beberapa minit lepas tu baru kaki tu hilang. Bukan nak kata aku ni berani, tapi kita tak boleh takut sangat dengan benda ni. Kita kena takut dengan Allah je. Tapi kena jugak hormat mereka ni sebab mereka pun makhluk Allah.
Ingat tak yang kecoh pasal geng jubah hitam masuk kolej di beberapa uni dulu tu? waktu tu tempat aku pun heboh gila. Sampai ada satu malam tu, diorang kecoh nampak jubah hitam tu dalam lif. Disebabkan takut, semua housemates aku tidur bilik aku. Bilik aku bilik C, sebelah bilik kosong tu. berhimpit-himpit enam orang tidur sekali. Bila dah tutup lampu, kawan aku sorang ni bukak sikit pintu sebab nak cari barang apa ntah kat pintu tu. so hanya ada sinaran lampu luar bilik je sikit. Time tu, aku ternampak dia berdiri tepi pintu bilik aku.