Medan Tarbiah


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Dengan Nama Allah.
Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w
??Pelajar yang sentiasa belajar????

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


بسم الله الرحمن الرحيم.
اللهم صل على سيدنا محمد

Kalam SYEIKHUNA SYEIKH MUHAMMAD ZAINUL ASRI..

"Andai kamu segan untuk berkhidmat kepada guru, maka ALLAH juga 'segan' untuk beri ilmu pada kamu "

والله سبحانه وتعالى اعلم..

@medan_tarbiahilmiah




Orang yang paling kaya adalah yang paling dekat dengan Allah. Siapa yang dekat dengan Allah, maka dia memiliki segalanya walau tiada ada di tangan. Siapa yang jauh daripada Allah, maka dia tidak memiliki apa-apa meskipun memiliki emas sebesar gunung.

Allah berfirman:
Wahai hambaku, kamu semua lapar melainkan yang aku beri makan, justeru mintalah makanan daripada Aku, Aku akan memberimu makanan."

(Hadith Qudsi riwayat Muslim)

Dr Umar Muhammad Nor

@medan_tarbiahilmiah


SANTAI ZUHUR🌴

“Falsafah Islam menyatakan bahawa manusia perlu berusaha mengadakan perdamaian serta berdakwah dengan hujah yang memuaskan dan teladan yang baik”

-Al Allamah Dr Yusoff Qaradhawi-
🌟🌟

@medan_tarbiahilmiah


Medan Tarbiah dan repost
Iman Wajib Diselamatkan
.
😊😊😊
Apa itu iman??
.
Iman itu keyakinan.. Tidak ragu dan teguh.. Iman itu lengkap pada 3 tempat iaitu lidah,hati dan amal..
.
Ulama' sepakat menyebut iman itu bertambah dengan ketaatan, berkurang dengan kemaksiatan..
.
Benar.. Iman up and down itu biasa, tapi merasa tenang apabila iman down itu bahaya! Betapa ramai yang tidak kisah lagi soal iman berbanding makan. Ada jutawan sanggup menghabiskan RM30 juta membeli rumah untuk duduk 3 orang sahaja, asalkan nafsu bahagia..
.
Berapa ramai yang imannya naik saat di masjid sahaja, lepas melangkah keluar masjid langsung tewas melihat dunia. Dimanakah hasil solat mu?
.
Inilah akibat kejahilan ibadah hanya pada gerak badan. Hilang khusyuk saat rukuk dan tiada sujud dengan penghayatan penuh. Solat sekadar senaman.. Bukan meningkatkan taqwa dan iman.. Betapa ramai yang berpuasa namun hanya mendapat lapar dan dahaga, betapa ramai yang solat namun hanya letih dan penat..
.
Iman lemah, memang tidak akan malu bermaksiat..
‎"إِذَا لَمْ تَستَحيِ فَصنَع مَا شِئتَ"
"Jika engkau tidak malu, buatlah apa-apa yang kamu mahu" (hadith ke20 dalam kitab hadith 40)
.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda, "Tidaklah seseorang berzina dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang meminum minuman keras dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang melakukan perbuatan mencuri dalam keadaan beriman dan tidaklah seseorang merompak sebuah barang dimana orang melihatnya, ketika dia melakukannya dalam keadaan beriman (HR Bukhari dan Muslim)
.
Bukan mudah menjaga iman. Sekejap kuat sekejap berkarat. Kerana itu nabi membentuk lingkungan para sahabat. Menjadi ikutan sepanjang masa, dari mula berjaga hingga tidur semula. Saat Alquran diturunkan perlahan lahan menguatkan iman para pejuang kebenaran

@medan_tarbiahilmiah


”Orang yang ikhlas itu membenci kemasyhuran sekalipun (perkara yang dimasyhurkan berkenaan dirinya itu) benar, manakala orang munāfiq pula mencintai kemasyhuran walaupun (perkara yang dimasyhurkan berkenaan dirinya itu) bātil.”

- Syaîkh ’Abdul ’Azīz al Tarifi فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ

@medan_tarbiahilmiah


"Kemajuan sains mestilah sejajar dengan kemajuan moral. Tanpa kemajuan kedua-dua unsur ini, walaupun akal manusia mencipta ubat ubatan, tetapi akal itu juga yang mencipta bahan pemusnah dan letupan bom nuklear,"

#pencintabinbayyah

@medan_tarbiahilmiah


Siapa takut Allah, semua makhluk akan takut kepadanya.

قال عمر بن عبد العزيز رحمه الله:
من خاف الله أخاف الله منه كل شيء، ومن لم يخف الله خاف من كل شيء.

Berkata Umar Ibn Abdil Aziz:
"Sesiapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan jadikan semua makhluk takut kepadanya. Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, dia akan takut kepada semua makhluk"

-Ustaz Abdul Rahman Hafizahullah-

@medan_tarbiahilmiah


SOLAT DHUHA AFDHAL DIBUAT DI MASJID.🌟

Seorang sahabat dari Putrajaya bertanya: "Benarkah solat dhuha lebih afdhal dikerjakan di masjid berbanding di rumah? Sebab baru-baru ni saya dengar ada ustaz cakap macam tu. Tapi bukankah semua solat sunat lebih afdhal dikerjakan di rumah?

Jawapan: Ya, sememangnya solat sunat lebih afdhal dikerjakan di rumah berdasarkan hadis:

عليكم بالصلاة في بيوتكم، فإن خير صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

"Hendaklah kamu mengerjakan solat di rumah-rumah kamu kerana sesungguhnya sebaik-baik solat seseorang ialah di rumahnya melainkan solat fardhu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun dalam mazhab kita, dikecualikan beberapa solat sunat atau beberapa keadaan daripada keafdhalan di atas, antaranya: solat sunat ihram, solat sunat tawaf, solat sunat istikharah, solat sunat sebelum bermusafir, solat sunat pulang dari musafir dan lain-lain (rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, m/s 286).

Jadi, jelaslah bahawa solat dhuha termasuk dalam pengecualian di atas. Tapi apakah dalilnya? Dalilnya ialah sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunan-nya yang berbunyi:

من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة فأجره كأجر الحاج المحرم ومن خرج إلى تسبيح الضحى لا ينصبه إلا إياه فأجره كأجر المعتمر... الحديث.

"Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci, (menuju) ke (masjid untuk) solat fardhu, maka pahalanya seperti pahala orang yang berihram untuk menunaikan haji. Dan sesiapa yang keluar (menuju) ke (masjid untuk) menunaikan solat sunat dhuha tanpa ada sebab lain yang menyebabkannya keluar melainkan untuk solat dhuha, maka pahalanya seperti pahala orang yang menunaikan umrah...".

Namun demikian, status hadis di atas diperselisihkan oleh para ulama hadis. Puncanya ialah kerana dalam rantaian sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama al-Qasim Abi 'Abdir Rahman. Ditambah pula hadis ini tidak diriwayatkan melainkan daripada jalan al-Qasim. Kalau nak diperincikan akan jadi panjang.

Apa pun, apa yang disebutkan oleh ustaz tersebut adalah benar di sisi mazhab Syafie dan itu sudah memadai bagi orang awam. Wallahua'lam.

Akhukum,
Abdul Rahman.

@medan_tarbiahilmiah


Toleransi adalah kesucian hati dan kejernihan jiwa daripada dengki dan penyakit hati yang lain. Dalam sebuah hadis, Rasulullah berdoa:

"Ya Allah cabutkan sifat dengki daripada hatiku,".

Bertoleransi ialah bersifat dengan tawaduk yang mulia. Sesiapa yang merendah diri, Allah akan mengangkat darjatnya.

#PencintaBinBayyah

@medan_tarbiahilmiah


SYARIAT DAN HAKIKAT😇

Seseorang yang melihat maksiat di hadapan matanya perlulah melakukan 2 jenis tindakan.

Tindakan pertama: Syariat

Seseorang yang melihat maksiat dihadapannya perlulah menegur dengan cara yang berhikmah terhadap pelaku maksiat tersebut. Hal ini adalah tuntutan syariat yang perlu dilakukan oleh setiap muslim.

Tindakan kedua: Hakikat

Seseorang yang melihat maksiat kemudian dia mencegahnya, haruslah membuat tindakan hati iaitu hakikat. Dalam proses mencegah, perlulah merasakan bahawa setiap insan didunia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan itu adalah takdir Allah. Mungkin suautu pelaku tersebut akan bertaubat.

Dengan adanya dua tindakan ini, maka pendakwah yang mencegah kemungkaran tidak akan sewenang-wenangnya mencela dan membenci pelaku maksiat. Namun pendakwah tersebut akan membenci perkara maksiat yang dilakukan

Wallahualam, doakan kami esok🙇‍♂️

@medan_tarbiahilmiah


HILANG MALU, MARUAH DAN RAHMAH..

Panama Dance telah menunjukkan bahawa budaya Hedonism di kalangan masyarakat kita sudah semakin teruk. Dari pelajar sekolah sampailah ke kakitangan kerajaan seperti anggota bomba, staf hospital, JPJ, semua sibuk nak upload video Panama Dance mereka dengan uniform masing-masing. Apalagi yang nak dikatakan kalau memang hiburan sudah dijadikan agama anutan?
Hayatilah kata-kata Syeikh Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi حفظه الله :

في آخر الزمان ينزع الحياء من وجوه النساء وتذهب المروءة من رؤوس الرجال وتنزع الرحمة من قلوب الأمراء.

"Pada akhir zaman, dicabut sifat malu daripada wajah-wajah wanita, hilang maruah daripada kepala-kepala kaum lelaki dan dicabut sifat rahmah (kasih sayang) daripada hati-hati para pemimpin".

الله المستعان

- Al Fadhil Ust Abdul Rahman-

@medan_tarbiahilmiah


JAGA SOLAT BERJEMAAH !💯💯

Kata Imam Auza'ie:

كانت لسعيد بن المسيب فضيلة لا نعلمها كانت لأحد من التابعين : لم تفته الصلاة في جماعة أربعين سنة . عشرين منها لم ينظر في أقفية الناس .

"Sa'id Ibnul Musayyab / Musayyib memiliki suatu kelebihan yang setahu kami, tiada tabi'in lain yang memilikinya. Sepanjang 40 tahun, beliau tidak pernah tertinggal solat berjemaah. 20 tahun daripadanya beliau tidak pernah melihat tengkuk orang lain (maksudnya: sentiasa duduk di saf pertama)".

Kata Imam Waki' Ibnul Jarrah:

كان الأعمش، قريباً من سبعين سنة، لم تفته التكبيرة الأولى.

"Hampir 70 tahun Imam Al-A'masy tidak pernah ketinggalan takbiratul ula (takbir pertama / tak pernah masbuq)"

Azam insyaAllah!

__________________________
*Jangan nanti ada pulak yang kata: ni semua tipu ni.. karut.. tak logik.. khurafat!! :D

C/p from al fadhil Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah


TERUSKAN BERDOA👤

Teruskan berdoa dan meminta kepada Allah. Semua permintaan kita didengar dan dikabulkan. Selagimana kita tidak bosan meminta, Allah tidak akan bosan mendengar dan mengabulkan.
Ibn al-Jawzī (m. 597 H) berkata:

“Ketahuilah, doa seorang mukmin tidak akan ditolak. Akan tetapi, terkadang yang lebih baik baginya adalah ditunda, atau diganti dengan yang lebih baik dengan segera ataupun bertempoh. Justeru, seorang mukmin sepatutnya tidak meninggalkan meminta kepada tuhan sebab ia disuruh untuk berdoa sebagaimana disuruh untuk berserah kepada kepada keputusan tuhan.” (

Dinukil oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari 11:141)

-Alfadhil Ust Umar Muhammad Noor-

@medan_tarbiahilmiah


HIKMAH✨

“Carilah hikmah dalam setiap perkara yg kita kerjakan

kerana hanya dengan itu
diri kita akan tersenyum dan terus tersenyum 😀

Walaupun kita di uji dengan ujian yang tidak pernah di rasakan oleh ssesiapapun di dunia ini .”

Oleh Alhabib Ali zaenal Abidin didalam bukunya Nasihat Buat Hati

@medan_tarbiahilmiah


"Bila Allah gerakkan hati kita untuk baca Surah Al-Mulk pada setiap malam, maknanya Allah nak selamatkan kita daripada azab kubur.."

🍃🍃🍃

-Syaikh Zainul Asri Hafizahullah-

@medan_tarbiahilmiah


"Seorang Muslim bukanlah seorang pelaknat dan pencaci. Sebaliknya seorang Muslim ialah orang yang berakhlak mulia. Budaya murni ini perlu kita sebarkan.

Allah berfirman: «Hendaklah kalian berkata baik kepada manusia»,"

-shaikh 'Abdullah Bin Bayyah hafizahullah-

#PencintaBinBayyah

@medan_tarbiahilmiah


Simpan Benda Haram

Sesuatu yang haram dibuat, dilihat, dimakan, diminum dan sebagainya

Haram juga untuk disimpan

Benda itu akan memanggil-manggil

-Al Fadhil Ust Shauqi B Ismail Hafizahullah-

@medan_tarbiahilmiah


Apabila kita dizalimi namun tidak mampu membela diri, disakiti namun hanya boleh berdiam diri; Ingin mengadu, namun tiada siapa yang peduli. Pada saat semua manusia menjauh, Tuhan Alam Semesta mendekat. Ucapan kita yang diabaikan oleh manusia diambilperhatian oleh Raja Yang Maha Berkuasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Waspadalah doa pihak yang dizalimi.Sesungguhnya tiada hijab antara dirinya dengan Allah." (al-Bukhari).

Usah terlalu kecewa. Anda tidak bersendirian. 😌😌

- Dr Ust Umar Muhammad Nor Hafizahullah-

@medan_tarbiahilmiah


mendapat satu rakaat bersama Imam. Semoga penerangan ini dapat memberikan kebaikan kepada kita semua.

Wallahua’lam.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

220

obunachilar
Kanal statistikasi