Nota Al-Faqir


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan



Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


D@kWaH kEcIl kU dan repost


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Muslimah, Hargailah Usaha Rasulullah Memperjuangkan Maruahmu

“Aurat seorang muslimah dengan lelaki ajnabi dan orang bukan Islam (tidak kira lelaki atau perempuan) adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.”

Ramai muslimah hari ini tahu tentang batasan aurat mereka. Namun seramai mana pula yang benar-benar memelihara aurat mereka dengan sebaiknya?

Sayang sekali kerana masih ramai wanita yang belum melaksanakan perintah ALLAH ini dengan sempurna.
Muslimah hari ini, ramai yang bertudung tetapi bertudung yang belum memenuhi syarat sebagaimana yang dituntut di dalam agama.

Firman ALLAH swt di dalam Al Qur’an:

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (Surah An-Nur: 31)

Menerusi ayat ini, jelas bahawa Allah memerintahkan kepada wanita supaya menutup dada-dada mereka. Tapi jika dilihat oleh muslimah pada hari ini ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Duhai muslimah,

Labuhkan tudungmu,
Longgarkan pakaianmu,
Perhiasilah dirimu dengan akhlak mulia,

Sungguh jangan kau ingkari perintah Tuhan.

Muslimah itu lembut,
Muslimah itu sopan,
Muslimah itu begitu dihormati,

Hargailah usaha Rasulullah memperjuangkan maruah dan martabat dirimu,

Bayangkan jika Rasulullah tidak meningkatkan martabatmu. Pasti hari ini muslimah akan dilayan laksana perempuan pada zaman Arab jahiliah.

Wanita dilayan laksana hamba yang hina.
Muslimah, mengapa harus kau rendahkan martabatmu? Mengapa mesti kau biarkan maruahmu diinjak.

Wanita pada zaman jahiliah itu begitu buruk kehidupannya, dipukul dan dihenyak sesuka hati, dilayan mengikut nafsu semata.

Muslimah sepatutnya dihormati dan disayangi!
Muslimah, tidakkah kau merasa simpati akan nasib ayah, abang dan adik lelakimu?
Kerana merekalah yang bakal dilampiaskan dengan azab pedih atas perbuatanmu.

Kejamnya dirimu muslimah membiar ahli keluargamu menangguh pedih derita akibat daripada perbuatan burukmu,
Bangkitlah muslimah, peliharalah akhlakmu, peliharalah pakaianmu, peliharalah hatimu.

Moga syurga buatmu juga ahli keluargamu.
Salam cinta buat seluruh muslimah.


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Tertinggal Anak Dalam Kereta?

👉 Dipanggil Forgotten Baby Syndrome

Boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Boleh dielakkan kalau kita jadikan benda ni habit/rutin :

✅ check seat belakang sebelum keluar
✅ gunakan alarm Child Reminder yang ada dalam aplikasi Waze
✅ Letak kasut pejabat di bahagian belakang
✅ letak loceng atau mainan bayi yg berbunyi di car seat baby
✅ jangan main handphone sebelum keluar kereta

Jom sebarkan!


Kertas khayalan dan repost
Kau percaya cinta? #kertaskhayalan


D@kWaH kEcIl kU dan repost
DOA AGAR ISTIQAMAH

Ingatlah, kita perlu doa agar dapat istiqamah kerana hati kita boleh saja berbolak-balik. Oleh kerana itu, doa yang paling sering Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam panjatkan adalah,

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)”.

Cerita lengkapnya boleh dilihat dalam hadis berikut.

Syahr bin Hawsyab berkata bahawa ia berkata pada istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Ummu Salamah,

يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ عِنْدَكِ

“Wahai Ummul Mukminin, apa doa yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam jika berada di sisimu?”

Ummu Salamah menjawab,

كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ « يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ »

“Yang sering dibaca oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”.

Ummu Salamah pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Wahai Rasulullah kenapa engkau lebih sering berdoa dengan doa, ‘Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya menjawab,

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِىٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

“Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun boleh menyesatkannya.”

Setelah itu Mu‘adz bin Mu‘adz (yang meriwayatkan hadis ini) membacakan ayat,

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami”. (QS. Ali Imran [3]: 8)

(HR. Tirmidzi No. 3522 dan Ahmad [6/315]. Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini hasan. al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan)


Jutawan Jelita:
Kembali Kepada Allah

Selagi belum mencapai khusyuk dalam solat seorang muslim itu dikira belum sempurna kehambaannya di sisi Allah.

Justeru dia belum selesai dari kewajipan asas yang dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atasnya.

Jika solatnya belum sempurna maka ibadat zakat, puasa, haji dan lain-lainnya tidak sempurna dan hampa.

Solat yang khusyuk itu apabila ada padanya ingatan, cinta, rindu dan asyik pada Allah.

Sementara ingatan, cinta, rindu dan asyik hanya akan terbit apabila fana dirinya dari pada pantulan af'al, asma, sifat, dan wujud Nya.

[Walid Al Malik]


D@kWaH kEcIl kU dan repost
As'salaam semua sahabat fillah..

*Pesan Buat sang lelaki*

Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jgn pandang remeh bila seorg wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati kita.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sdg penat atau tidak sihat sgt mudah beremosi.
Wanita yg sdg emosi sgt perlukan perhatian.
Jgn ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dgr saja.
Jgn bantah apa2..

Wanita ketika sdg beremosi hanya perlu melepaskan apa yg terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!

Maka jgn masukkan apa2 lagi.
Ini bknlah masa yg tepat utk memberikan nasihat,
Apatah lagi utk berdebat..

Waktu seorg wanita sdg diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mgkn terbang entah ke mana..
Sekukuh mana pun imannya,
Mgkin dia akan tewas juga. .

Jadi jgn marah seorg wanita ketika dia sdg marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jgn umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yg akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorg wanita yg sdg dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat kita masuk spt air.
Cair dan mengalir.

Seorg wanita itu dianugerahi Allah sifat yg sgt teliti.
Krn teliti,
dia blh menguruskan byk hal2 rumahtangga secara terperinci.
Namun krn teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal2 yg kecil bagi seorg lelaki mgkn dianggap besar baginya..

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yg betul..

Sungguh sifat seorg wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Byk masalah dan musibah dpt dijauhi..

"Wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."

Ini Rasulullah yg pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yg sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorg wanita..

Justeru,
Berhikmahlah..

Lelaki,
Jgn cuma mahu terima seorg wanita dlm keadaan cantik manisnya saja.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya..

Terima org lain seadanya spt mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia..

Wallahualam...

Semoga bermanafaat ya sahabat..


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Jom bersihkan hati.💖

Hati bersih hidup​ ​bahagia.

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang . Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang . Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri"

❤️


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Tips hijrah

1⃣ Niat yang betul

- Hijrah kerana Allah SWT

2⃣ Tetapkan matlamat

- Ada kajian orang Inggeris mengenai matlamat ini. Dalam satu universiti, hanya 3 orang yang mempunyai matlamat dan selebihnya tiada. Selepas beberapa tahun, didapati 3 orang yang mempunyai matlamat tadi, gaji mereka 3× lebih besar daripada mereka yang tiada matlamat

3⃣ Buang persepsi salah

- Sentiasa positive think

4⃣ Hentikan perkataan negatif

- Cakap "Aku boleh" "Aku mampu" Jangan pernah menyerah

5⃣ Banyakkan baca kisah orang berjaya

6⃣ Istiqamah

7⃣ Berdoa


D@kWaH kEcIl kU dan repost
ANCAMAN BUAT WANITA YANG TIDAK MEMELIHARA AURAT

Sabda Nabi ﷺ:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. Suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. Para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka menggoda lagi membuat orang lain tergoda. Kepala-kepala mereka kelihatan seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

(Hadis riwayat Imam Muslim no. 5547)

Nabi ﷺ menyebut tentang wanita yang berpakaian (ertinya menutup) tetapi seolah-olah bertelanjang, disebabkan tidak cukup syarat-syarat dalam berpakaian menutup aurat.

Sekarang ini kita dapat melihat golongan yang disebutkan Nabi ﷺ ini. Ramai yang bertudung tapi sengaja memakai baju ketat yang menampakkan bentuk tubuh badan dengan jelas. Memakai pakaian yang jarang dan menampakkan aurat. Apatah lagi wanita-wanita yang langsung tidak menutup aurat dan berbangga berpakaian mendedahkan tubuh badan tanpa rasa malu.

Satu lagi golongan adalah mereka yang memakai sanggul tinggi untuk kelihatan cantik & berfesyen. Trend sekarang ini pula menyaksikan para wanita muslim melilit turban tinggi dengan pelbagai style yang disangka sudah cukup untuk menutup aurat mereka. Trend ini sangat meluas kerana dipopularkan oleh selebriti-selebriti wanita yang berpengaruh. Sangat menyedihkan.

Wahai para muslimah, jagalah aurat dan maruahmu. Ingatlah ancaman yang diingatkan oleh Nabi ﷺ ini. Jangan sampai dirimu termasuk golongan yang tidak mencium bau syurga!

Na'uzubillah.


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Tengoklah benda baik hari ini,
Takut esok Allah takdirkan kita buta.

Cakaplah benda baik hari ini,
Takut esok Allah takdirkan kita bisu.

Dengarlah benda baik hari ini,
Takut esok Allah takdirkan kita tuli.

Buatlah benda baik hari ini,
Takut esok Allah takdirkan kita pergi.


D@kWaH kEcIl kU dan repost
TEKNIK LANGSAI HUTANG
DENGAN ASMAUL HUSNA
💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰

Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, Sesungguhnya Hutang Ini HukumanMu Kepada Diri Ini Yang Mengutamakan Dunia Dan Mengejar Keuntungan Dunia.

Ya Allah Maafkan dan Ampunkan Kami. Sungguh! Kami Yang Mengzalimi Diri Kami. Ya Allah Terimalah Taubat Kami Atas Kesilapan Dan Kegilaan Dunia Dihati Kami.

Ya Fatah Ya Salam, Bukakanlah Pintu Kemudahan Untuk Kami Membayar Hutang-Hutang Kami. Hanya Engkaulah Ya Baari Mengatur, Menyusun Segala Urusan Dunia Kami.

Ya Allah Ya Baari, Inilah Hutang Kami Dengan Manusia Dan Bank, Kami Serahkan Semuanya KepadaMu. Engkaulah Sebaik-Baik Perancang.

Ya Fatah Ya Mukmin, Kurniakan Keamanan Dihati Kami Dan Sahabat Yang Kami Berhutang. Ya Shobur, Alirkanlah Kesabaran Kepada Mereka.

Ya Razaaq Ya Ghoniy Ya Mughniy Ya Fatah Ya Wasi Ya Basith, Engkaulah Pemilik Rezeki 7 Lapis Langit 7 Lapis Bumi, Kurniakanlah Rezeki Supaya Semua Hutang Ini Dapat Dilangsaikan.

Ya Hafiz Ya Muhaimin, Pelihara Dan Jagalah Kami Dari Syaitan Dan Nafsu Kami. Ya Allah Lindungi Kami Dari Menjadi Hamba Dunia, Ketagihan Dan Mengutamakan Dunia.

Ya Sami' Ya Mujib Dengarlah Rintihan Dan Makbulkan Permohonan Kami.

Langkah:

1. Buat Senarai Hutang, Nama
Dan Jumlah.
2. Memohon Keampunan Allah,
Pasti Kita Berhutang Kerana
Mengejar Kekayaan Atau
Keuntungan.
3. Buat Solat Taubat, Selesai
Solat Mengadu Sebab
Berlakunya Setiap Hutang.
Lepas Itu, Zikir Ya Affuw Ya
Ghafar Ya Ghofur Ya
Tawwab.
Berbicaralah dengan Allah
Memohon Maaf Dan
Keampunan.
4. Selesai Solat Sunat Taubat,
Buat Solat Sunat 2 Raakat.
Solat Memohon Pertolongan
Allah Untuk Mengurus
Hutang Dan Menyerahkan
1000% Kpd Al Baari
Menguruskannya.
5. Lepas Solat, Lafaz
Penyerahan. Ya Allah Ya
Baari, Aku Menyerahkan
Urusan Hutang Ini
KepadaMu.

Kemudian, Zikir Ya Baari 1000x Atau Sebanyak-Banyaknya.

YAQINLAH ALLAH PASTI MENGURUS DAN MEMBANTU KITA.

Setiap Kali Teringat Tentang Hutang, Zikirlah Nama2 Allah.

Berniat Untuk Membayar Semua Hutang. Mohon Allah Mudahkan Semua Hutang Terbayar Sebelum Kematian Menjemput.

Amalkan Zikir 40x Setiap Nama Allah Dan Ya Baari 1000x Semasa Waktu Tahajud.

Ya Allah Ya Mumit, Ya Quddus Ya Jalil Lupuskan Bersihkan #Ketagihandunia Dalam Hati Kami.

Tingkatkan Zikir Dengan Allah, Kerana Kita Juga BERHUTANG ZIKIR Dengan ALLAH.

Mari Zikir Sebanyak-Banyak Kerana Banyak #hutangzikir


D@kWaH kEcIl kU dan repost
TEKNIK LANGSAI HUTANG
DENGAN ASMAUL HUSNA
💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰

Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, Sesungguhnya Hutang Ini HukumanMu Kepada Diri Ini Yang Mengutamakan Dunia Dan Mengejar Keuntungan Dunia.

Ya Allah Maafkan dan Ampunkan Kami. Sungguh! Kami Yang Mengzalimi Diri Kami. Ya Allah Terimalah Taubat Kami Atas Kesilapan Dan Kegilaan Dunia Dihati Kami.

Ya Fatah Ya Salam, Bukakanlah Pintu Kemudahan Untuk Kami Membayar Hutang-Hutang Kami. Hanya Engkaulah Ya Baari Mengatur, Menyusun Segala Urusan Dunia Kami.

Ya Allah Ya Baari, Inilah Hutang Kami Dengan Manusia Dan Bank, Kami Serahkan Semuanya KepadaMu. Engkaulah Sebaik-Baik Perancang.

Ya Fatah Ya Mukmin, Kurniakan Keamanan Dihati Kami Dan Sahabat Yang Kami Berhutang. Ya Shobur, Alirkanlah Kesabaran Kepada Mereka.

Ya Razaaq Ya Ghoniy Ya Mughniy Ya Fatah Ya Wasi Ya Basith, Engkaulah Pemilik Rezeki 7 Lapis Langit 7 Lapis Bumi, Kurniakanlah Rezeki Supaya Semua Hutang Ini Dapat Dilangsaikan.

Ya Hafiz Ya Muhaimin, Pelihara Dan Jagalah Kami Dari Syaitan Dan Nafsu Kami. Ya Allah Lindungi Kami Dari Menjadi Hamba Dunia, Ketagihan Dan Mengutamakan Dunia.

Ya Sami' Ya Mujib Dengarlah Rintihan Dan Makbulkan Permohonan Kami.

Langkah:

1. Buat Senarai Hutang, Nama
Dan Jumlah.
2. Memohon Keampunan Allah,
Pasti Kita Berhutang Kerana
Mengejar Kekayaan Atau
Keuntungan.
3. Buat Solat Taubat, Selesai
Solat Mengadu Sebab
Berlakunya Setiap Hutang.
Lepas Itu, Zikir Ya Affuw Ya
Ghafar Ya Ghofur Ya
Tawwab.
Berbicaralah dengan Allah
Memohon Maaf Dan
Keampunan.
4. Selesai Solat Sunat Taubat,
Buat Solat Sunat 2 Raakat.
Solat Memohon Pertolongan
Allah Untuk Mengurus
Hutang Dan Menyerahkan
1000% Kpd Al Baari
Menguruskannya.
5. Lepas Solat, Lafaz
Penyerahan. Ya Allah Ya
Baari, Aku Menyerahkan
Urusan Hutang Ini
KepadaMu.

Kemudian, Zikir Ya Baari 1000x Atau Sebanyak-Banyaknya.

YAQINLAH ALLAH PASTI MENGURUS DAN MEMBANTU KITA.

Setiap Kali Teringat Tentang Hutang, Zikirlah Nama2 Allah.

Berniat Untuk Membayar Semua Hutang. Mohon Allah Mudahkan Semua Hutang Terbayar Sebelum Kematian Menjemput.

Amalkan Zikir 40x Setiap Nama Allah Dan Ya Baari 1000x Semasa Waktu Tahajud.

Ya Allah Ya Mumit, Ya Quddus Ya Jalil Lupuskan Bersihkan #Ketagihandunia Dalam Hati Kami.

Tingkatkan Zikir Dengan Allah, Kerana Kita Juga BERHUTANG ZIKIR Dengan ALLAH.

Mari Zikir Sebanyak-Banyak Kerana Banyak #hutangzikir


D@kWaH kEcIl kU dan repost
"Tawadhu’ adalah sifat yang sangat diidam-idamkan oleh setiap orang. Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukannya sendiri. Maka hendaklah kamu bertawadhu' dan tidak menonjolkan diri. Jauhilah sikap takabbur dan cinta akan kedudukan.”

Tanamkan sifat merendah diri dan sifat malu dalam diri, agar dirimu sentiasa terhindar dari sifat yang buruk atau tinggi diri


D@kWaH kEcIl kU dan repost
Ape beza istighfar dengan taubat ?

" Taubat ini kita kena lakukan oleh tuan badan sendiri untuk minta keampunan drpd Allah.
Tak boleh nak upah orang tuk lakukan untuk diri kita. "

Istighfar pula ?

" istighfar pula, secara kebiasaannya masyarakat melayu ni suka melakukannya khas untuk mereka yang telah meninggal, tapi ianya khas untuk mereka dan kekal untuk mereka dan takkan memberikan manfaat untuk sesiapa.

Tapi istighfar ini mengikut hadith sahih imam bukhari, yang bermaksud, ' para sahabat nabi muhammad saw sering drpd berjumpa baginda untuk baginda meminta keampunan trhdap diri mereka daripada Allah swt.'

Hal ini kerana, kalau kita mendoakan mereka yang lalai dan leka, jika mereka berubah, manfaatnya tetap akan menjadi sebahagian daripada saham kita untuk akhirat kelak"

Wallahualam

Ngerti dok ?


Allah.🤲

kuatkanlah hati yang rapuh ini.💔
ingatkan diriku bahawa daku masih punya Engkau.
masih punya Tuhan Yang memerhati,…💞


D@kWaH kEcIl kU dan repost
_*Hijrah itu apa...???*_

Jawab :
Hirjah itu artinya berpindah .. Arti berpindah disini adalah berpindah dari keburukan menuju kebaikan🌹

🍁 Hijrah itu untuk siapa?
Jawab :
Hijrah itu untuk semua manusia ,karna sejatinya merubah diri menuju kebaikan adalah WAJIB!

🍁 Dosa ku banyak bagaimana aku bisa hijrah?😔
Jawab :
Kamu pikir kami ini suci? Tanpa dosa? Nggak, kita ini sama! Justru dari sini kita belajar ,belajar menaklukan diri sendiri ,karna musuh terbesar itu diri sendiri. Jadi gak ada alasan utk tidak berubah ..

🍁 Apa yang harus aku lakukan ketika baru memulai hijrah?
Jawab : perbaiki dulu shalat mu, karna shalat adalah ibadah yg pertama kali dihisab & shalat adalah tiang agama!

🍁 Selain shalat?
Jawab : perbaiki dirimu,dengan cara perbanyak menuntut ilmu agama.. Agar kamu tau bahwa ada banyak yg harus kamu lakukan (menjalankan sunnah) ..

🍁 Apakah semudah itu?😞
Jawab : Allah memang tidak menjanjikan semuanya mudah, tapi percayalah selalu ada jalan untuk setiap hamba-Nya yg mau berusaha, apalagi berusaha memperbaiki diri... So, semangat😊

🍁 Terus apalagi?
Jawab : Istiqomah!

🍁 istiqomah artinya?
Jawab : bertahan! hijrah itu gampang kok yg susah itu adalah istiqomah , bertahan pada pilihan, tapi ingat hijrah itu bukan pilihan tapi kewajiban .. Istiqomah juga bisa diartikan memperjuangkan, jadi bersabarlah dalam berjuang menjadi manusia baik "Karna Allah bersama orang-orang yg sabar"

🍁 Kapan Aku harus hijrah?
Jawab : SEKARANG!!!

🍁 Hadiahnya?
Surga-NYA 🌹

🍁 Maa Syaa Allah, aku hijrah yaaa☺ doakan semoga istiqomah
Jawab : tafadhol, hamasah !!! Allah bersama mu ..



Kamu udah hijrah? Semoga tetap istiqomah💐
Buat kamu yg belum hijrah jangan lupa berdoa yaa semoga diberi hidayah, tapi inget hidayah dicari bukan ditunggu🌻

"Jika baik ambil , jika buruk tinggalkan..."


D@kWaH kEcIl kU dan repost
"Janganlah kamu merasa dengki akan seseorang di atas satu nikmat yang ia perolehi, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang telah diambil oleh Allah taala daripadanya, Dan janganlah kamu sedih diatas satu musibah yang menimpa kamu, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang akan Allah taala gantikan kepadamu daripadanya... "maka sentiasalah ucapkan alhamdulillah."


D@kWaH kEcIl kU dan repost
👩🏻🌷 PERBEZAAN ANTARA MUHRIM, MAHRAM DAN AJNABI


⏩ MUHRIM
Muhrim adalah bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.


⏩ MAHRAM
Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita.

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. Begitu juga dengan lelaki.

Contohnya :
Mahram bagi perempuan ialah - Bapa kandung, abang dan adik lelaki kandung, bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa, Datuk (ayah ibubapa).


⏩ AJNABI
Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..

maksudnya .....
AJNABI = BUKAN MAHRAM

Senang cerita, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..

Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.


D@kWaH kEcIl kU dan repost
☪ *I S T I D R A J*

*Apa itu istidraj ?*
Melakukan perkara yg mungkar tapi Allah berikan kemewahan..tunggulah azab Allah..

Ketika Allah SWT tetap memberikan kita :

✅1. Harta yang berlimpah padahal tidak pernah atau jarang sangat bersedekah apa pun jenisnya.

✅2. Rezeki berlipat kali ganda padahal jarang sangat solat dan terus berbuat maksiat.

✅3. Dikagumi, dihormati; padahal akhlaknya buruk

✅4. Diikuti, diteladani dan di jadikan idolakan padahal mendedahkan aurat dalam berpakaian.

✅5. Sangat jarang diuji sakit, padahal dosa-dosa menggunung tinggi dan membukit.

✅6. Tidak pernah diberikan musibah padahal hidup penuh dengan kesombongan, angkuh dan hipokrit

✅7. Anak-anak sihat, cergas dan bijak padahal diberikan makanan dari harta hasil penipuan dan rasuah.

✅8. Hidup bahagia penuh tawa ria padahal banyak orang merana kerananya ternoda dan terluka.

✅9. Kariernya terus melonjak padahal banyak orang yang di pijak dan di susahkan

✅10. *Semakin tua semakin makmur dan bermewah padahal hidup sentiasa berkubang dengan dosa sepanjang umur.*

☪Hati-hati kerana itulah yang dinamakan ISTIDRAJ.!!

Renungan :

👉 *Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka;*
*Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa_..”*
(Qs. Al-An’am: 44)*

Maka janganlah ghairah dengan kejayaan dan kemegahan yang ditampilkan seseorang ;
Kemungkinan dia sedang mengalami istidraj...

Dan pada saatnya nanti Allah SWT tiba2 akan mencabut semua kenikmatan itu, tanpa dia di sedari..

☪ *Sebagai orang beriman yang dikasihi Allah SWT maka Allah SWT akan selalu menjaga kita dari segala kemaksiatan, tidak dibiarkan dalam kesesatan.*

☪ *Jadi kalau kita sudah beramal soleh, namun kita masih diberi ujian/ cobaan, maka itulah tanda kasih sayang Allah pada hamba2-NYA, berupa keringanan dosa-dosa dan menuju keAmpunan-NYA*

*SEMOGA KITA, SAHABAT KU SEMUA, SELAMAT DARI ISTIDRAJ.*

*Aamiiiin Ya RabbalAlamiin.*

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

916

obunachilar
Kanal statistikasi