Strive to success


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


✔️ Perkongsian ilmu dari usahawan-usahawan berjaya
✔️ Tips niaga untuk dropship/ejen/stokis
✔️ Kepentingan server followers bagi peniaga online
✔️ Dan sebagainya (updating...)

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Program Keusahawanan : Teknik Menjana pendapatan melalui platform teknologi digital.

Bismillah...


Jom kita recall balik highlighted points dalam bisnes!

Satu perkara wajib awak ada sebelum berbisnes
📍 Impian ( kenapa awak nak buat bisnes? Apa yang lead awak sampai awak nak berbisnes?)

Dua sifat negatif yang awak kena buang dalam bisnes
📍 Malas
📍 Cepat putus asa


Tiga ilmu penting dalam bisnes
📍 Teknik copywriting
📍 Strategi marketing
📍 Cara closing dan follow up yang betul

Empat attitude penting dalam bisnes
📍 Konsisten
📍 Passion
📍 konfiden
📍 Sabar

Lima social platform paling menonjol dalam bisnes
📍 Facebook
📍 Telegram
📍 Instagram
📍 Whatsapp (status)
📍 Twitter


Kuasai semua benda ni in shaa Allah sales pun padu👍 dan paling penting, jangan berhenti belajar ilmu bisnes. Sentiasa belajar, belajar dan belajar. Jangan stop dan jangan sesekali berhenti mencuba. Sekali awak stop fight, bisnes awak on the spot akan mati.

--✍


Kenalpasti punca masalah dalam bisnes.

Ini antara sebab engagement rendah ( sales sendu) -

📌 Audience sedikit (followers tak ramai)
📌 Content tak menepati citarasa audience/followers


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish


3 TIPS JUAL 100 unit SEHARI


1. WHATSAPP 100 ORANG SEHARI
Lagi ramai kau whatsapp lagi banyak potensi kau untuk dapat customer. Takkan dalam 100 kau whatsapp itu 10 tidak akan reply dan membeli? Dalam marketing kau jangan malu, promote je, ye betul akan ada yang reject kau, akan ada bluetick kau, tapi kalau kau tak buat ni kau takkan jumpa orang yang berminat tu kan? Biarkan saja apa mereka nak kata, yang penting aku sudah bagitahu mereka apa kau jual. Secara tidak langsung mereka juga akan bagitahu kat kawan2 mereka tentang apa yang anda niagakan sekarang


2. POST INSTAGRAM STORY
orang suka akan cerita. Jadi sangat penting untuk anda tunjuk story perjalanan anda berniaga. Orang mahu lihat anda punya progress dan perkembangan. Jangan lupa upsate segala, order, cod, ambik stok, postage dan sebagainya.

3 POST GROUP
Saya percaya setiap orang sekurang kurangnya mempunyai 5 group dalam whatsapp. So bayangkan anda bagitahu group ini apa anda sedang jual dan niagakan. Kan mudah untuk mereka war warkan kpd orang lain perkara yang anda sedang buat.

Ingat:- orang tak suka menjual tapi orang suka cerita

--✍


Even awak adalah dropship, jangan sesekali ada mindset sebagai Dropship! Apa mindset biasanya Dropship ada?

+ Ayat promote tunggu HQ buat
+ Poster tunggu HQ edit
+ Suka bagi alasan tak reti itu ini
+ Sempitkan cara promote tak boleh jadi creative hanya sebab tak ada stok kat tangan
+ Tak ambil tau selagi tak perlu tau

Contoh?

HQ update harga, update info baru. Selagi dia tak perlu gunakan dia takkan ambik tahu. Bila customer tanya baru gelabahhh!

Lagi?

+ Nak sale, baru nak promote
+ Promote ikut mood
+ Susah nak bagi commitment untuk consisten
+ Tak upgrade ilmu bisnes

Kalau nak listkan ada sangat banyak lagi! Jadi, walaupun sekarang awak masih Dropship terus setkan mindset sebagai Agent, Stokis.

Tak salah pun!

Trust me, korang punya action & effort pun akan jadi extra..jadi lain dari apa yang dropship biasanya buat!

Tunggu next tips dropship 🔥🔥🔥

====

Sabrina Shuhaimi
Founder Fever Glam Cosmetics


Dapat gaji, dapat komisen, dapat rezeki, amalkan bacaan ini guys. Sharing is caring.


Dalam bisnes kalau u letak nilai duit bukan nilai nak bantu selesaikan masalah customer, memang u takkan dapat jual pon !

Kalau u just post without u share kebaikan apa yang u cuba sampaikan is like “nothing” u post benda tu.

So u nak people tengok apa yang u post, u mesti kena minat apa yang u buat! Hati u , niat u kena betul! Then you boleh success.

Tak perlu tunggu 6 bulan pun pasti akan ada result if u love what u do 💪🏻💪🏻💪🏻


9 Ciri-Ciri keusahawanan Rasulullah SAW

Sejak muda lagi Rasulullah saw telah mula mencari pengalaman berniaga dan menjalankan perniagaan. Baginda menjadi terkenal sebagai seorang usahawan Al-Ameen, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Kehebatan Rasulullah berniaga menjadikannya antara usahawan yang berjaya dan cemerlang pada ketika itu.

Berikut adalah 8 ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw yang diriwayatkan. Semoga kita juga dapat mengamalkannya setiap hari dalam perniagaan dan mencontohi baginda.

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga kos barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

9. Bijak membuat keputusan
Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

Dikatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

Semoga bermanfaat,


9⃣ Sebab Dropship Cepat Giveup 🤯

1⃣ Mempunyai idola dalam bisnes adalah sesuatu yang bagus, tiru apa yang idola buat jugak bagus, tapi yang tak bagus bila dia rasa down bila result dia tak sebagus idola dia. Sedangkan dia lupa nak bandingkan pengalaman idola dia dah 9 tahun berniaga, sedangkan dia baru bermula 9 hari.

2⃣ Expectation terlampau tinggi. Akibat selalu stalk idola dia, yang ada beribu likers, dia jugak mahu mula berniaga. Dan mahu berjaya. Tapi harapan dia hancur bila gambar pertama dia upload tak cecah 10 likers pon. Dia lupa, idola dia dah konsisten selama 5 tahun berkongsi konten berkualiti difacebook, bukan terus berniaga.

3⃣ Tiada kesabaran. Mahu cepat kaya. Akibat terlalu taksub melihat jutawan bisnes viral sana sini, dia jugak terinspirasi nak berniaga. Tapi baru melayan sorang customer, dia dah give up lepas prospek, prospek tsbut reject dia atau tak jadi beli dengan dia. Dia tak tahu, jutawan jutawan yang dia dok puja tu dah lalui 1000 kali rejection.

4⃣ Terburu buru. Baru sehari berniaga, dah tak sabar nak dapat keuntungan. Customer lalu ja depan mata terus nak menjual. Sampai lupa nak cerita kebaikan produk. Sedangkan peniaga dulu dulu jenuh memujuk prospek, ada yg makan tahun, baru prospek decide nak beli.

5⃣ Tidak faham konsep bisnes. Tidak tahu perjalanan bisnes. Dia hanya selalu baca story yang manis manis saja dalam bisnes. Kisah kejayaan sahaja. Tapi dia tak tahu yang setiap kejayaan tu bermula dengan kepayahan. Dia tak tahu bisnes adalah membantu menyelesaikan masalah orang lain. Yang dia tahu bisnes adalah buat duit. Dia hanya tahu dua terma sahaja, produk dan duit. Dia lupa tentang prospek. Dia lupa tentang masalah prospek. Dia lupa nak bantu prospek.

6⃣ Taknak cari pelanggan. Kebanyakan dropship mengharapkan pelanggan akan mula menyerbu mereka hanya dengan upload satu gambar. Lagi banyak produk jual lagi banyak pelanggan datang. Dia hanya mengganggap posting di wall peribadi sudah cukup dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Dia rasa tak perlu untuk membina hubungan di media sosial, dia tak perlu bina trust, dan dia tak perlu ke lubuk untuk menangkap ikan. Ibarat dia ingin memancing ikan, tapi sekadar dipintu rumah, dan berharap suatu hari akan ada ikan yang lalu.

7⃣ Anggap remeh. Tidak serius. Ini penyakit kebanyakan dropship. Apabila tiada stok ditangan untuk dihabiskan, rasa tanggungjawab pun tiada dalam perniagaan. Dia ingat dia bijak berbisnes tanpa komitmen. Tapi dia lupa yang dia sedang jahanamkan adalah syarikat dia sendiri. Jika asas dia rapuh, bila dah jadi bangunan nanti akan mudah roboh. Maksudnya, kalau dia berjaya pun, kejayaan tu tak lama, sebab dia tidak serius dari permulaan.

8⃣ Tiada pendirian. Bermusim. Tidak tahu apa yang dia inginkan sebenarnya. Hanya terikot ikot sebab kebanyakan member member dah berbisnes online. Jadi dia pun terjebak. Sekejap ikot member A, bulan depan ikot member B , tahun depan ikot member C . Sudahnya 7 tahun jadi dropship. Sedangkan dalam masa 5 tahun pun dia dah boleh jadi jutawan kalau dia betul betul serius ada matlamat.

9⃣ Ada kepentingan peribadi. Jadi dropship sebab nak beli dengan harga murah. Jadi dropship sebab nak intip strategi pesaing. Tiada kejujuran dalam bisnes. Maka allah akan jadikan hati dia mudah koyak,mental dia rapuh. Sebab rohani dia gelap.

Boleh share ☺️


Perhatian kepada:-

- Founder
- CEO
- Business Owner
- Agent
- Stokis

Dan sama waktu dengannya. Korang buat business, korang tahu tak apa tu CRM?

Ada certain people yang dah tahu apa itu CRM.

Bagus! 👍

Bagi tang tak tahu, CRM ni adalah Customer Relationship Management.

Apa Fungsi Crm?

CRM ni dalam bentuk software. Kegunaan dia adalah

- Bantu follow up prospek/customer.

- gain trust dari customers/repeat order

- Boleh bertindak sebagai customer service platform.

Kenapa business korang kena ada CRM?

1. Simpan database yang banyak
2. Aktiviti & report sales boleh dipantau
3. Senang nak contact customer
4. Boleh selaraskan "sales pipeline" korang
5. Dapat identify kehendak customer

CRM ni boleh kata sangat penting kalau korang nak go big.

CRM ni pula aku recommend ambik yg available for public. Contoh aku guna is https://t.co/Mimw5o5Ezo

FREE & memang berbaloi. Ada features seperti

1. Marketing automation
2. Sales Funnel
3. Customer Service
4. Communication tools
5. Reporting

Untuk FREE, banyak juga features dia

Macam otai selalu cakap. Database is king!

Simpan elok-elok.

Simpan dekat whatsapp, kang tukar phone hilang semua nombor.

Simpan dekat Excel, kena pula reformat PC.

Baik simpan dalam software CRM. Boleh tengok di mana-mana je. Settle.


Sebulan bisnes, takda sales.

Dua bulan, masih takda sales.

Tiga bulan, still zero sales.

Give up dah. 😌

BACA DULU! 👇🏻

Baru tiga bulan, dah give up. Ada tak yang ada masalah macam ni jugak?

Dah berbulan-bulan berbisnes takde sales.

Betul ke nak give up?
Berbaloi ke nak give up?


Sebelum nak give up, check dulu kot ada ada benda yg kita belum buat.

Atau ada benda kita buat, tapi tak betul.

Dah promote tak?
Macam mana pulak cara kita promote?
Betul tak audiens kita?
Ada orang tak tengok post kita?

Or else,

Kita promote dah betul cara.
Audiens dalam social media pun cun / targeted customer.
Marketing power.

Tapi, mungkin adab kita takda.
Merapu dalam social media.
Berbahas perkara negatif di ruang komen.
Ikut campur benda yang viral.

Sampaikan “attitude” kita ni tak berapa dipersetujui oleh audiens kita, lalu senyap-senyap audiens kita tak follow kita lagi.

Tengok nama kita lalu pun dah gerun, taknak menambah dosa baca post kita yg tak berapa nak sopan.

Kita nak start bisnes ni umpama kita merelakan org “stalk” kita dan kita pulak as a good seller, kena bagi FIRST IMPRESSION yg baik dan wow di depan mata audiens kita.

Bila org dah percaya kita, kita jual sapu tangan pun orang berebut nak beli.

Mulakan pagi anda dengan semangat baru❤️


📌 Tips dropship berjaya

Jangan pandang rendah UNTUNG KECIK! Belum apa apa dah tanya :

“Untung berapa eh?”

Dah dapat tau untung, dia jawab

“Laaa RM5 je? Sikitnya sis?”

Takboleh macam tu ya. Kita yang dm dia dulu. Kita dm dia dengan niat sebab nak join buat bisnes. So kena stick to mind set " aku nak buat bisnes sebab nak belajar cara buat duit " bukan mind set " aku nak buat bisnes sebab nak kaya cepat ".

Selalunya bila harga produk murah, dapat untung rendah. Dan kalau harga produk mahal, dapat untung tinggi.

Tapi bila harga produk murah, nak closing tu lagi mudah.

Jadi belajar lah dulu jual produk yang untung rendah. Gain knowledge. Search for experience. Build database.

Mula dari yang rendah sebelum capai yang tinggi.


3 MOTIVASI KETIKA HILANG SEMANGAT

Cuba renungkan:

1. Apa Impian kita.?"Big WHY"
2. Bagaimana kita bermula?
3. Setelah berjaya apa yang kita dapat?

Kekadang kita bila bermula, bukan main semangat lagi, apabila sampai di persimpangan, tiba-tiba semangat boleh hilang.

Tiada siapa yang dilahirkan untuk GAGAL.

Memang hidup ini kekadang rasa SEMPIT, tapi kita yang olah ia biar jadi LUAS.

Simpan kata-kata ini dalam hati, kita pasti BOLEH..💪💪

Motivasi diri,
Credit MOHAMAD FAISAL




3 Kunci Dalam Markerting

🔑 Jadikan Masalah Sebagai Peluang.


⏩ Jadikan pemikiran kita kreatif.
Berfikir di luar kotak.
Lihat dengan Mata Lebah.
Sesuatu perniagaan sebenarnya terhasil daripada masalah orang ramai.
Masalah bukan penghalang tetapi sebahagian jalan yang kita perlu lalui untuk berjaya.

🔑 Bagi Orang Nampak Dan Tahu Kita Adalah Seorang Usahawan(Berniaga)

⏩ Tanamkan dalam diri walau apapun kita berniaga. Kita adalah seorang Usahawan. Jangan rasa rendah diri.

⏩ Buat iklan secara konsisten.
Walaupun kita ada produk yang paling hebat dan bagus tapi jika orang tidak tahu, tiada gunanya.

🔑 Wujudkan Kepercayaan Orang Ramai Terhadap Diri Kita.

⏩ Selepas beriklan,selangkan berkongsi tips-tips bermanfaat tentang bisnes ataupun kehidupan.

⏩ Ini adalah mewujudkan rasa percaya, yakin dan selesa orang ramai pada diri kita.

⏩ Apabila orang ramai sudah kenal dan selesa dengan kita secara tidak langsung semakin mudah untuk kita berjaya dalam bisnes.


Hari ni target anda nak bantu orang dengan produk anda berapa ramai?
.
.
.
Tuliskan target anda nak bantu orang berapa ramai hari ni. Tercapai ke tak tercapai kira kemudian. Target kemudian tawarkan produk.
.
.
Contoh. Berapa ramai mampu bangun pagi masak karipap? Berapa ramai mampu bangun pagi siapkan sarapan untuk keluarga?
.
.
Jadi, tugas anda sebagai penambahnilai hidup orang ialah.. bantu mereka menyediakan kaipap rangup yang sedap dan berpatutan. Bantu mereka menyediakan sarapan pagi yang mudah dan pantas. (sebab itu mereka beli dengan anda) sebab anda tambah nilai hidup mereka setiap pagi... mereka tak dang aih nak buat semua uli-uli tepung pepagi buta macam kita. :3
.
.
.
Bukan buat karipap sebab nak dapat duit. Bukan buat karipap sebab nak jadi jutawan. Itu namanya mengejar DUIT. Duit tak suka kita kejar-kejar dia. Dia yang suka nak kejar kita. maksudnya, berikan sesuatu manfaat kepada orang, nanti duit sendiri yang akan cari kita. Kalau karipap tu sedap.. esok orang beli lagi.. hari-hari mau beli maaaa... :p
.
.
Betulkan niat. Supaya hidup kita lebih terurus. Penat tau kejar duit.. nanti yang dikejar-kejar tak dapat.

Faham ke? Cuba aplikasikan kepada produk masing-masing. Apa nilai tambah yang anda nak bantu orang hari ni?
.
.
Anda dapat sesuatu?
.
.
.
Nora Yusof.
Pengasas dan Penulis FTR


Bisnes ni konsep dia simple je 😉

Takde iklan, takde customer.
Takde marketing, takde sales.
Usaha sikit. Hasil sikit.
Usaha banyak. Hasil banyak.

Mungkin ada yang rasa usaha dia dah banyak dah. Semua dah buat. Tapi bila kita compare dengan orang lain yang dah berjaya dan lebih berhasil. Rupanya usaha kita ni baru 1% jeee. 😅

Sebab tu jangan pernah rasa selesa dengan apa yang kita usahakan sekarang. Jangan pernah rasa usaha kita ni dah 100% dah. Jangan pernah rasa kita ni dah all out habis-habisan dah.

Orang yang lebih berhasil ni dia selalu fikir untuk buat tindakan yang luar biasa, yang lain dari orang lain setiap hari.

Dia tak ulang benda yang sama kalau hasilnya sama.

Dia tak approach guna kaedah yang sama kalau hasilnya sama.

Setiap hari ada jeee benda baru, idea baru yang out of the box.

Dunia bisnes terlalu luas untuk kita explore.

Do more. Learn more.

Semoga rezeki kita sentiasa melimpah ruah bagai air yang mengalir 👍🏻


Jangan block customer yang tak jadi membeli dengan you. Rugi!

Kenapa?

Sebab kemungkinan minggu depan, bulan depan dia nak beli bebetul, dia tak boleh dengan you dah sbb you dah block.

Once customer tu whatsapp you. Bermaksudnya dia dah berminat. It’s time for you utk beli jiwa dia.

Customer membeli mengikut EMOSI ye.

Kalau emosi and jiwa dia tak terbeli waktu sekarang. Masa akan datang ada lagi.🤓

Since ramai yang dah start meniaga, ramai juga buat kesilapan ni.

“Back out buyers akan diblock”

Uish! Kesilapan besar sangat if you letak ni as copywriting busines you.

Credit : twitter


Glow up. Educate yourself. Dress well. Make money. Work hard.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

157

obunachilar
Kanal statistikasi