Sedikitkan Ketawa, Perbanyak Menangis
Ketawa itu perkara yang harus, tapi bila banyaknya ketawa akan menyebabkan kerasnya hati.
Banyak ketawa dapat mematikan atau mengeraskan hati.
Sedikitkanlah ketawa dan banyaklah kamu menangis.
Menangis kerana akhirat itu yang dituntut dalam agama kita.
Ada suatu kisah, seorang Sahabat Nabi yang menangis kerana kehilangan untanya.
Maka berita itu diketahui Rasulullah SAW, lalu Nabi bertanya.
Maka dijawab, kerana Untanya hilang.
Lalu Nabi mengatakan,
"Saya menyangka kamu menangis kerana terlepas takbiratul ihram bersama imam"
Kata sahabat itu, "Ya Rasulullah, adakah takbiratul ihram itu lebih baik dari unta aku?"
Jawab Nabi "ia lebih baik dari apa yang ada di muka bumi ini walaupun dipenuhi dengan unta kamu."
Rasulullah SAW mendidik para sahabat, supaya tidak merasa selesa/puas dengan kedudukan yang ada, supaya sentiasa mencari maqam yang tinggi disisi Allah.
👳🏻♂ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
@BicaraHatiLukisanJiwa