Doa Selepas Tahiyyat Akhir
=====
1. Suatu hari, Saidina Abu Bakar meminta Rasulullah agar mengajarkan kepada beliau doa yang boleh dibaca di dalam solatnya. Kata Abu Bakar:
عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلاَتِي
“Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku doa yang aku boleh berdoa dengannya di dalam solatku.” (Sahih al-Bukhari)
2. Lalu Rasulullah mengajarkan kepada beliau:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah aku dengan keampunan di sisi-Mu serta Kau rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Sahih al-Bukhari)
3. Salah satu waktu yang dibenarkan untuk dibacakan doa-doa sebegini ialah selepas bacaan tahiyyat akhir. Ini kerana, Rasulullah pernah mengajar Saidina Abdullah bin Mas’ud bacaan tasyahhud (tahiyyat) dan kemudiannya Baginda bersabda:
ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ
“Kemudian seseorang itu boleh memilih permintaan apa-apa yang dia kehendaki (setelah bacaan tahiyyat akhir itu). (Sahih Muslim)
4. Oleh yang demikian, mohonlah kepada Allah setelah kita menyelesaikan bacaan tahiyyat akhir dan sebaiknya berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi