Berita Harian


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


This is unofficial channel for Berita Harian.

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


SP BY THE CREATOR'S

@MrTalkk
NUKILAN : SEKADAR MENULIS APA YANG
TERLINTAS KADANG BERHIAS, KADANG
BERALAS

@KamiSarcasm
NUKILAN : KAMI SARCARSM TROLL SERTA DEEP

@sukehatisaye
NUKILAN : MADAH PUISI DAN MASALAH CINTA

@chocolicious
BISNES : MENJUAL BUBBLE RICE COKLAT BANJIR

@PILIHAN_VIDEO
HIBURAN : DOWNLOAD BERMACAM² MOVIE DISINI

@islamtalk
NUKILAN : DAKWAH & NASIHAT

@ImanQowiyy
NUKILAN : TARBIAH HATI MU,BANGKIT DEMI ILAHI.

@AkulahPerempuanItu
NUKILAN : MOTIVASI BERDAKWAH, MADAH JIWA

@bungastoriesinside
NUKILAN : CERPEN DAN KATA2 HIKMAH

@ukiranhati
NUKILAN : LUAHAN JIWA DAN SANUBARI

@Ketenanganumat
NUKILAN : KETENANGAN ITU HADIR DI SISI ILAHI.

@hatimenangis
NUKILAN : PERITNYA HATI JIKA KEHILANGAN

@PhotoliciousWorld
UMUM : FOTO2 WOW & CANTIK! AYAT2 DEEP!
SELURUH DUNIA!

@Hidden_History
UMUM : DISEBALIK SEJARAH TERSEMBUNYI

@sentaplaatuu
NUKILAN : AYAT DEEP, AYAT SENTAP SERTA TERBIAH

@sigadiskuat
NUKILAN : KANVAS UJIAN MENJADIKAN KAMU KUAT!!

@insnare
NUKILAN : HIDDEN BENEATH A SMILE .

@queenofpsycho
HAVE A SASSY MOUTH BUT HELLA SENSITIVE
AT THE SAME TIME

@otakbercakap
NUKILAN : RANDOM QUOTES

@Deepline4u
NUKILAN : KADANG KALA HATI PERLU DITARBIAH

@Hatibengkak
NUKILAN : TAK MAMPU KU SELINDUNGKAN
APA AKU RASA

@TetapTersenyum
NUKILAN : BANYAK YANG NAK DILUAHKAN BUT DIRI
ALWAYS SAID " TAKPE LAH"

@Bertabahlahati
NUKILAN : KAU TAK SELEMAH YANG KAU BAYANGKAN

@Lawakstatus
NUKILAN : AYAT LAWAK, DEEP DAN MOTIVASI


KLIK!! ☺️ JOIN 😆 HAVE FUN 😱
SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN & IBRAH


Nak join? Pastikan channel 5k keatas pm @Tcbyownbot


'Mu Buat Kami Bantu' menjana pulangan lumayan
By:

BESUT: Konsep 'Mu Buat Kami Bantu' yang membawa maksud anda lakukan kami membantu yang dilaksanakan di Pasar Ternakan Hidup, di sini ternyata berjaya memberi pulangan lumayan kepada penternak selain membuka ruang dan peluang kepada pembeli untuk mendapatkan binatang ternakan terbaik.
Pasar yang merupakan perintis di Malaysia dan mula dilaksanakan pada 2016 mencatatkan hasil peningkatan jualan sehingga RM250,000 pada tahun lepas berbanding RM193,800 pada 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata pertama kali pasar itu diwujudkan di Pusat Perkhidmatan Veterinar Manir dan kemudiannya dikembangkan ke Kampung Baru, Besut.
"Ia dilakukan dua kali sebulan. Awalnya ia mendapat kerjasama Persatuan Penternak Kambing yang melibatkan jualan ternakan hidup seperti lembu, kambing dan unggas serta produk hasilan ternakan seperti susu kambing, daging dan produk pertanian lain, "katanya.
Rata-rata penternak memperoleh pendapatan agak tinggi pada setiap sesi jualan berlangsung berikutan harga ternakan yang mencecah antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi seekor lembu, manakala harga seekor kambing bermula daripada RM500 hingga RM1,000 seekor.
Lebih menarik, pihak kerajaan negeri dan Jabatan Vaterinar turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pengangkutan untuk membawa haiwan ternakan ke lokasi jualan dan sekiranya penternak mengalami masalah, makanan ternakan turut disertakan berikutan proses jualan akan berlangsung dalam tempoh beberapa jam.
"Kami cuba membawa satu semangat baharu kepada penternak supaya memikirkan sektor yang mereka ceburi ini mampu memberi pendapatan lumayan.
Sungguhpun ketikanya jualan tidak berlaku pada hari berkenaan tetapi apabila platform tersebut disediakan, pembeli akan mula membuat rangkaian dengan penternak dan mereka akan berhubung secara berterusan," katanya.
Mengikut rekod, dalam satu sesi jualan yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, ada penternak mengumpulkan 20 ekor lembu dan lebih 30 ekor kambing untuk dijual. Ada juga yang menjual ayam serta itik.
Muhammad Pehemi berkata, pusat jualan juga mendapat perkhidmatan tambahan daripada kerajaan negeri serta Jabatan Veterinar menerusi maklumat yang disebarkan dalam laman sosial seperti Facebook dan WhatApps.
Selain itu, katanya Terengganu kini sedang giat membangunkan industri penternakan kambing menerusi projek Lembah Kaprima Hulu Seladang di Setiu yang merupakan satu daripada lapan lembah kaprima dengan keluasan keseluruhan 20 hektar melibatkan lima buah kandang.
Pada awalnya, penternakan kambing di kawasan itu mengetengahkan kambing dari baka Jamnapari bagi pengeluaran daging, namun bermula 2016, baka tersebut digantikan dengan baka Saanen yang merupakan baka kambing tenusu.
Tambah Muhammad Pehimi, selain dari penternakan kambing, kawasan lapang di situ ditanam dengan rumput jenis 'pasture humidicola' yang menjadi sumber makanan kambing dan hampir dua hektar lagi ditanam dengan tanaman kontang sebagai sumber ekonomi sampingan para penternak.
Bagi mencetuskan transformasi penternak, Muhammad berkata pihaknya juga kini giat memberi penerangan kepada penternak lembu sado supaya mengkomesialkan penternakan lembu jenis itu daripada sebagai hobi semata-mata.
"Dulu orang bela lembu sado untuk hobi tetapi sebenarnya ia boleh dikomersialkan sebab proses pembesarannya yang bukan sahaja cepat malahan mampu memberi pendapatan tinggi dalam masa singkat," katanya. - BERNAMA

Permalink


Ramos intai rekod penampilan La Roja
By:

MADRID: Kapten Sepanyol, Sergio Ramos bercakap mengenai keinginannya untuk muncul pemain paling banyak penampilan bersama La Roja sepanjang zaman ketika dia bersiap sedia bagi perlawanan ke-150 menentang Jerman, awal pagi esok.
Rekod itu dipegang penjaga gol Iker Casillas dengan 167 aksi namun Ramos berpeluang memecah angka itu dan membayangkan dia sedia melanjutkan karier antarabangsanya selepas Piala Dunia tahun ini.
"Ia satu saat istimewa buat saya. Dalam sukan ini, setiap perkara berlaku terlalu pantas dan mungkin kami tidak menikmati beberapa perkara seperti sepatutnya," kata Ramos kepada wartawan, semalam.
"Saya masih suka mewakili negara saya, satu daripada perkara paling menarik boleh dilakukan pemain bola sepak. Anda imbau semula dan lihat pencapaian anda dan ia hebat, tapi saya tidak akan bersenang-lenang.
"Saya masih mahu terus menang dan meraih sasaran baru. Harapnya saya boleh kekal di sini lama lagi dan muncul pemegang rekod penampilan terbanyak buat Sepanyol."
Antara tonggak utama generasi emas Sepanyol yang memenangi Piala Dunia 2010 selain Euro 2008 dan 2012, sudah hampir genap 13 tahun sejak Ramos, 31, melakukan penampilan sulung bersama Sepanyol ketika berusia 18 tahun menentang China.
Dia muncul pemain termuda Sepanyol meraih 100 penampilan lima tahun lalu dan mengambil alih tugas kapten skuad kebangsaan daripada Casillas pada 2016.
Sepanyol berdepan Jerman pada aksi persahabatan di Duesseldorf ketika mereka meneruskan persiapan menjelang Piala Dunia tahun ini. - Reuters

Permalink


Laluan ditutup sempena LTDL 2018
By: Mohd

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama sekitar ibu kota akan ditutup sempena perlumbaan akhir Le Tour de Langkawi (LTDL) 2018, lusa.
Antara laluan terbabit ialah jalan di Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Cheras, Jalan Tun HS Lee dan Jalan Kinabalu.
Selain itu, laluan sekitar Masjid Negara, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja, Dataran Merdeka, Leboh Pasar Besar, Jalan Hang Lekiu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kesemua jalan itu akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 1.30 tengah hari lusa.
Katanya, laluan berkenaan akan dibuka semula kepada lalu lintas secara berperingkat sekitar jam 4 petang.
"Perlumbaan akhir LTDL 2018 yang bermula di Rembau, Negeri Sembilan, akan memasuki ibu negara sekitar jam 2 petang Ahad ini.
"Justeru, bagi memastikan kelancaran siri akhir perlumbaan itu, beberapa laluan akan ditutup kepada lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Zulkefly menasihati orang ramai agar merancang perjalanan pada hari berkenaan dengan menggunakan jalan alternatif atau pengangkutan awam sedia ada untuk memasuki ibu negara.
"Sepanjang berlangsung perlumbaan akhir LTDL 2018, kita akan menempatkan anggota trafik bagi mengawal lalu lintas.
"Kita berharap orang ramai dapat mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan daripada anggota trafik bertugas pada hari itu," katanya.

Permalink


Argentina bergantung kepada Messi
By:

MANCHESTER, England: Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli mengakui peluang juara dunia dua kali itu pada Piala Dunia di Russia lebih banyak bergantung kepada Lionel Messi berbanding pengaruhnya sendiri.
Sampaoli mengendalikan empat perlawanan terakhir Argentina pada pusingan kelayakan namun kecemerlangan Messi dengan hatrik ketika menang 3-1 di Ecuador pada perlawanan terakhir mereka memastikan La Albiceleste tidak terlepas ke Piala Dunia.
"Ini adalah pasukannya," kata Sampaoli, menjelang aksi persahabatan menentang Itali di Stadium Etihad, awal pagi esok.
"Dia yang terbaik dan di peringkat kematangan yang membolehkannya mengemudi pasukan. Ia lebih kepada pasukannya berbanding saya."
Sekalipun berjaya di peringkat kelab bersama Barcelona, Messi tidak pernah menang kejuaraan utama antarabangsa bersama Argentina.
Pemenang anugerah Ballon d'Or lima kali itu sekali lagi akan memikul harapan besar negaranya.
Namun pada usia 30 tahun, ia mungkin peluang terakhir Messi untuk melengkapkan karier gemilang dengan kejuaraan Piala Dunia.
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero tidak cergas untuk berdepan Itali kerana kecederaan hamstring dan Sampaoli berkata, dia juga tidak mungkin beraksi menentang Sepanyol di Madrid, awal pagi Rabu depan.
"Kami bercakap dengan City mengenai Aguero. Jika ada peningkatan ketara dia mungkin boleh bersama pasukan tapi saya lihat ia sukar kerana masa yang suntuk," ujar Sampaoli. - AFP

Permalink


Pendekatan kreatif MSUA tarik kariah elit
By: Latifah

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Permal
ink


Bursa Malaysia dibuka lebih rendah
By:

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka dengan kejatuhan mendadak hari ini, berikutan penurunan yang ketara di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,858.84, turun 18.03 mata berbanding 876.87 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks utama dibuka 16.29 mata lebih rendah pada 1,860.58.
Peniaga berkata, saham AS dan Eropah mengalami kerugian semalaman yang ketara dan bon kerajaan melonjak kerana rancangan AS untuk mengenakan tarif ke atas import China mencetus kebimbangan baru mengenai kemungkinan perang perdagangan global.
"Pentadbiran Trump mendedahkan rancangan untuk mengenakan tarif 25 peratus sehingga AS$60 bilion import tahunan dari China, sebagai tindak balas kepada penemuan bahawa Beijing telah mengamalkan strategi yang tidak adil untuk memperoleh harta intelek AS," katanya.
Di Wall Street, Purata Perindustrian Dow Jones mengakhiri dagangan Khamis 724.42 mata atau 2.9 peratus lebih rendah pada 23,957.89, SP 500 turun 2.5 peratus kepada 2,643.69, sementara Indeks Komposit Nasdaq susut 2.4 peratus kepada 7,166.68.
Di Eropah, DAX 30 Jerman merosot 1.7 peratus untuk ditutup kepada 12,100.08, indeks CAC 40 Perancis susut 1.4 peratus kepada 5,167.21 dan indeks FTSE 100 UK jatuh 1.2 peratus kepada 6,952.59.
Di pasaran tempatan, Indeks Emas FBM turun 137.62 mata kepada 13,022.43, Indeks FBMT 100 berkurang 131.689 mata kepada 12,801.49 dan Indeks Syariah Emas FBM jatuh 132.699 mata kepada 13,146.82.
FBM 70 merosot 185.08 mata kepada 15,490.13 dan FBM Ace turun 99.55 mata kepada 5,673.26.
Dari segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 201.631 mata kepada 18,174.12, Indeks Perladangan lebih rendah 20.42 mata kepada 8,021.58 dan Indeks Perindustrian turun 33.75 mata kepada 3,237.95.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 12 sen kepada RM10.42, Public Bank turun 20 sen kepada RM23.84, TNB jatuh empat sen kepada RM15.74, CIMB merosot lima sen kepada RM7.24 dan Petronas Chemicals berkurang tujuh sen kepada RM8.14 .
Antara saham aktif, Sapura Energy dan AirAsia jatuh 1.5 sen tiap satu kepada 52.5 sen dan 38.5 sen, UMW OG dan CME masing-masing turun setengah sen kepada 30.5 sen dan 4.5 sen manakala Compugates tidak berubah pada 2.5 sen.
Suasana pasaran adalah negatif dengan 458 kaunter rugi berbanding 46 untung, sementara 146 kaunter tidak berubah, 1,245 tidak diniaga dan 18 lagi digantung.
Jumlah dagangan berada pada 194.55 juta saham bernilai RM79.87 juta.
-- BERNAMA

Permalink


China senarai potensi tarif produk AS
By:

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Permal
ink


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
By:

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi berikutan permintaan yang berterusan untuk unit tempatan, kata peniaga.
Pada 9.08 pagi, nota tempatan didagangkan pada 3.9110 / 9140 darpada penutup Khamis pada 3.9120 / 9150.
Bagaimanapun, Ketua Perdagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata ringgit sebagai mata wang yang berisiko memandangkan gelombang penghindaran risiko besar mencengkam pasaran dan dijangka merosot ke arah yang lebih tinggi daripada julat semasa berbanding dolar AS.
"Kemungkinan peningkatan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) adalah sentimen serantau. Tambahan, kerana akan ada kesan jangka pendek, memandangkan eksport yang sangat berorientasikan ekonomi serantau, "katanya dalam nota hari ini.
Sementara itu, unit tempatan sedikit berubah berbanding dolar Singapura pada 2.9732 / 9771 daripada 2.9735 / 9770 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7290 / 7333 daripada 3.7028 / 7074.
Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.5208 / 5254 daripada 5.5312 / 5370 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8223 / 8271. - BERNAMA
I

Permalink


Buffon ibarat 'tua-tua kelapa'
By:

MANCHESTER, England: Penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon menegaskan dia masih mempunyai peranan bagi masa depan Itali sekalipun sudah melepasi usia 40 tahun.
Bintang Juventus itu bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Itali secara mengejut gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia.
Bagaimanapun, dia mengubah keputusan itu dan akan beraksi menentang Argentina pada aksi persahabatan di Etihad awal pagi esok, selain kekal sebagai kapten.
"Setiap orang tahu kebenarannya. Peranan saya dalam skuad sering kali positif dan saya sering menyatukan orang. Saya sering kali mementingkan mereka berbanding diri sendiri," kata Buffon, yang memegang rekod Eropah dengan 175 penampilan antarabangsa.
"Saya tidak berada di sini untuk menunjuk-nunjuk. Saya masih berguna. Saya mungkin sudah 40 tahun tapi saya penjaga gol Juventus.
"Itali negara yang melucukan kerana ramai suka dengan kontroversi tapi apa-apa kontroversi mengenai saya hanya disensasikan.
"Selepas beberapa ketika, kontroversi ini akan tenggelam begitu saja."
Buffon sebelum ini membayangkan musim ini mungkin terakhir buatnya namun dia jelas tidak merancang untuk bersara lagi, terutama dengan Juve dalam landasan terbaik bagi satu lagi kejuaraan Serie A dan suku akhir Liga Juara-Juara.
"Saya tidak tahu bila perlawanan terakhir saya dengan Juventus atau pasukan kebangsaan tapi ia pasti menyedihkan, biasalah," katanya.
"Saya tiba bagi perlawanan pertama saya dengan menaiki skuter dan satu-satunya kereta yang saya ada diberikan Juventus kepada saya."
Selepas perlawanan awal pagi esok, Itali menuju ke London untuk bertemu England di Wembley, awal pagi Rabu depan. - AFP

Permalink


Saman keluarga mendiang bintang Star Trek selesai
By:

LOS ANGELES: Ibu bapa pelakon 'Star Trek', Anton Yelchin sudah menyelesaikan tuntutan mereka terhadap pembuat kereta milik mendiang anaknya selepas kenderaan itu berundur sendiri dan membunuhnya, kata keluarga itu semalam.
Pelakon kelahiran Russia berusia 27 tahun itu meninggal dunia apabila kenderaan jenis Jeep Grand Cherokee 2015 menghimpitnya di peti surat konkrit kediamannya di Los Angeles pada 19 Jun 2016.
"Ia adalah salah, tiada ibu bapa yang sepatutnya mengebumikan anak mereka sendiri," kata bapa Yelchin, Victor pada sidang media 2016 ketika mengumumkan tuntutan saman berkenaan.
Peguam ibu bapa Yelchin, Gary Dordick, berkata dana dari penyelesaian yang tidak didedahkan itu akan disalurkan kepada Yayasan Anton Yelchin untuk golongan muda yang sakit dan kurang upaya dalam bidang seni.
Wang penyelesaian juga akan membantu membiayai dokumentari mengenai kehidupan Yelchin, menurut peguam itu.
Fiat Chrysler, pemiliki Jeep, mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu gembira selepas mencapai penyelesaian yang baik dan maklumat itu adalah sulit.
Syarikat pembuat kenderaan itu menarik balik kereta itu dan model lain pada April 2016 selepas pegawai penyelaras keselamatan kenderaan AS berkata 117 kemalangan dan 28 kecederaan dikaitkan dengan kenderaan yang bergerak sendiri walaupun pemandu menyangka mereka sudah menguncinya.
Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan Amerika Syarikat berkata masalah itu berkaitan dengan reka bentuk pergerakan gear automatik transmisi kereta berkenaan. - AFP

Permalink


'Bukan nak tiru Siti Nurhaliza'
By: Fatin

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wany Hasrita, menafikan dakwaan kononnya beliau cuba meniru Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila muncul bersama single irama Malaysia, Ewah Ewah.
Bukan sekadar bintang yang baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung itu, malah kata Wany, 26, beliau tidak berniat untuk meniru mana-mana artis yang memperjuangkan muzik berkenaan pun apabila merakamkan lagu terbabit.
"Jujurnya, saya tidak berniat meniru Siti mahupun artis lain yang menyanyikan lagu irama Malaysia. Saya menyanyikan lagu dalam genre ini kerana minat. Pada masa sama, saya mahu memastikan irama terbabit tidak tenggelam begitu saja.
"Sebenarnya, banyak lagu tradisional yang bagus, tetapi tidak diketahui ramai. Saya pula cukup bersyukur apabila diberikan ruang untuk muncul dengan muzik sebegini.
"Semoga usaha saya ini secara tidak langsung memberikan dorongan kepada penyanyi irama tradisional lain untuk tampil ke depan," katanya kepada BH Online.
Sejak awal kemunculannya, Wany sememangnya tidak dapat lari daripada kritikan dan perbandingan bersama penyanyi lain. Sebelum ini, beliau dikatakan mempunyai suara hampir sama dengan Siti Nordiana.
Menyentuh single baharunya itu, video muzik rasmi Ewah Ewah yang dimuat naik ke laman YouTube pada 4 Mac lalu sehingga kini sudah pun meraih hampir 1.8 juta tontonan.
Wany sendiri tidak menyangka sambutan diterima begitu baik, apatah lagi beliau sedar muzik sedemikian, katanya, bukanlah pilihan stesen radio arus perdana.
"Alhamdulillah, jumlah tontonan video lagu ini semakin meningkat. Ia menjadi bukti masih ada yang meminati lagu irama Malaysia. Karya Pak Ngah sendiri masih mendapat tempat di hati pendengar," katanya.
Dedah Wany, pada awalnya beliau tidak mempunyai perancangan untuk menerbitkan lagu itu.
"Lagu ini juga sebenarnya kurang dipromosikan oleh saya. Ia dikeluarkan ketika saya dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.
"Malah kalau nak diikutkan, tiada rancangan pun untuk mengeluarkan lagu ini. Saya rakam video muzik pun sekadar untuk dimuat naik ke Instagram. Namun, selepas berkongsi video itu awal Februari lalu, ia mendapat maklum balas sangat baik.
"Ramai yang menyokong usaha saya mengeluarkan Ewah Ewah. Selepas melihat sambutan diberikan, saya keluarkan juga sebagai hadiah untuk penyokong," katanya.
Menurut Wany, Ewah Ewah akan turut dimuatkan dalam album mini yang diusahakannya ketika ini.
Selain lagu itu, album berkenaan akan turut menyenaraikan lagu popularnya, Menahan Rindu; Rintihan Rindu; lagu duet bersama Tajul, Di Sana Cinta Di Sini Rindu; serta sebuah lagu baharu.
Selain itu, Wany juga akan mengeluarkan koleksi baju raya dan makanan sunnah berbentuk jeli dalam masa terdekat.

Permalink


Tiga indeks utama Wall Street susut
By:

Perindustrian utama merosot. Pembuat kapal terbang Boeing Co kehilangan 5.2 peratus, Caterpillar Inc jatuh 5.7 dan 3M Co kehilangan 4.7. Ia adalah pengurangan terbesar pada Dow Jones Industrial Average. Sektor industri S & P susut 3.28 peratus.

Permalink


AS dan China: Perkongsian ekonomi yang tidak selesa
By:

WASHINGTON: China dan Amerika Syarikat (AS) berkait rapat sebagai rakan perdagangan sejak gergasi Asia itu menyertai ekonomi global hampir 20 tahun lalu.
Bagaimanapun Washingting menuduh Beijing melakukan pelbagai amalan perdagangan yang tidak adil, termasuk mencuri teknologi AS.
Dalam protes terbaharunya, Presiden Donald Trump mengejutkan negara itu dengan tarif sebanyak AS$60 bilion (RM234.75 bilion) terhadap produk China, dengan menyatakan langkah itu adalah yang pertama dengan beberapa lagi tindakan susulan.
Jumlah defisit perdagangan dengan China berkembang pesat kerana perdagangan antara kedua-dua negara meningkat.
Pada tahun 2017, eksport barangan dan perkhidmatan AS ke China melonjak kepada AS$186.8 bilion, naik 9.8 peratus daripada 2016 dan import dari China adalah AS$524.0 bilion, naik 9.3 peratus.
Ini bermakna defisit perdagangan meningkat kepada AS$337.2 bilion, berbanding hanya AS$67.4 bilion pada 1999.
Trump telah berulang kali mengecam ketidakseimbangan ini sebagai tanda utama kelemahan AS, tetapi kebanyakan ahli ekonomi menganggap defisit perdagangan menjadi penunjuk buruk prestasi ekonomi.
Tahun lalu, AS menjual barangan bernilai AS$ 130.4 bilion tetapi mengimport AS$505.6 bilion.
Eksport AS termasuk jet Boeing dan kelengkapan penerbangan lain, bernilai AS$16.3 bilion, kacang soya bernilai AS$12.4 bilion dan AS$10.5 bilion membabitkan kereta baru dan terpakai, serta AS$6.1 bilion dalam mikropemproses.
Bagaimanapun, AS turut membeli pelbagai barangan dari China iaitu telefon mudah alih (AS$70.4 bilion), komputer (AS$45.5 bilion), peralatan telekomunikasi (AS$33.5 bilion), peranti digital (AS$31.6 bilion), permainan (AS$26.8 bilion) , pakaian (AS$24.1 bilion) dan perabot (AS$20.7 bilion).
Namun perkhidmatan adalah sektor dominan bagi ekonomi AS, dan jika barangan dikecualikan, AS mencatat lebihan AS$38.5 bilion dengan China tahun lalu.
Sejak akhir-akhir ini, eksport perkhidmatan AS terbesar ke China adalah pelancongan dengan pelancong China ke AS adalah komponen utama yang dikira di bawah sektor perkhidmatan.
Pelaburan langsung China di AS berjumlah AS$29 bilion pada 2017, turun 35 peratus daripada 2016, disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh Beijing mengenai pelaburan asing, khususnya dalam industri perumahan dan pelancongan.
Pada November, Trump bekerjasama dengan Presiden China Xi Jinping apabila China Energy Investment menandatangani memorandum persefahaman untuk melabur AS$83.7 bilion dalam pembangunan pelantar minyak dan projek kimia di negeri West Virginia bagi tempoh 20 tahun.
Minat Cina turut membantu melancarkan Pusat Inovasi Michigan-China di Detroit pada tahun 2016 untuk memulihkan ekonomi negeri di tengah barat AS itu.
China mendahului Jepun sebagai pemegang terbesar hutang kerajaan AS. Pada Januari, Beijing mendahului sedikit dengan AS$1.2 trilion dalam bon Perbendaharaan AS, kira-kira 20 peratus daripada jumlah yang dipegang oleh institusi asing.
Pegangan saham berkenaan adalah sokongan utama bagi mata wang dolar AS. - Reuters

Permalink


Toure guna alasan keluarga
By:

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Permal
ink


Lelaki maut pandu lawan arus
By: Junaidi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut ekoran memandu melawan arus apabila keretanya bertembung dengan sebuah van di Jalan Tuaran Bypass berdekatan restoran makanan segera di sini, tengah malam tadi.
Dalam insiden jam 12.30 tengah malam, pemandu kereta Toyota Vios, Yong Yuk Ken, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan.
Pemandu van berusia 44 tahun pula patah kaki kanan dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) II, manakala dua penumpangnya tidak mengalami kecederaan.
Kejadian itu turut dirakam melalui video papan pemuka pada sebuah kenderaan lain dengan durasi satu minit 24 saat yang menunjukkan Toyota Vios terbabit dari arah Inanam menghala ke Manggatal.
Berdasarkan rakaman itu, pemandu berkenaan dipercayai melawan arus dari Simpang Kalansanan menyebabkan beberapa kenderaan, termasuk lori dan bas ekspres, mengelak daripada melanggar keretanya.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dilihat gagal mengelak lalu bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki dipercayai melawan arus lalu melanggar sebuah van dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Vios disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor.
"Siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Permalink


Diam diri petanda langkah kiri di Gold Coast?fieldimagelistingfeatured.variant.jpg)
By: Olehdevinder Singh

KUALA LUMPUR: Apakah yang boleh diharapkan peminat sukan di Malaysia daripada kontinjen negara di Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan apabila pegawai sukan lebih senang mengunci mulut?
Sikap berdiam diri pegawai sukan ketika mengetengahkan ramalan pungutan pingat untuk skuad Malaysia mungkin menggambarkan sikap 'pengecut' pentadbir sukan terbabit atau membayangkan petanda kegagalan.
Baik pegawai dari Program Podium hinggalah ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), tiada siapapun yang berani mengumumkan secara rasmi apa yang boleh dijangkakan terhadap kontijen seramai 178 orang itu.
Mungkin kebimbangan terhadap pencapaian terburuk Malaysia dari aspek pingat dimenangi dalam tempoh 24 tahun, yang mampu menjejaskan matlamat Program Prodium untuk berada dalam kelompok 10 teratas, membuatkan pegawai terbabit enggan meletakkan sasaran rasmi.
Selepas Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia bulan depan dan Datuk Nicol David gagal memenangi sebarang gelaran Jelajah PSA dalam tempoh setahun, timbul kebimbangan bahawa Malaysia akan pulang dengan kurang daripada enam emas, tujuh perak dan enam gangsa yang diraih di Glasgow empat tahun lalu.
Seandainya berbasikal dan skuasy gagal membawa pulang pingat seperti yang diharapkan, tumpuan kini terarah kepada badminton (tiga), terjun (satu) dan boling padang (satu) untuk membawa pulang pingat buat negara.
Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei memerlukan dua pingat emas untuk menyumbang pingat emas terbanyak sepanjang zaman buat Malaysia di Sukan Komanwel sekiranya cemerlang dalam acara individu dan berpasukan campuran.
Pingat emas ketiga dari badminton, yang menyaksikan skuad badminton menyumbang sekurang-kurangnya tiga pingat emas setiap edisi sejak 1998, mungkin hadir dari acara beregu lelaki dan campuran atau mungkin kedua-duanya.
Penerjun Pandelela Rinong pula menjadi pilihan untuk memenangi sama ada dalam acara 10m platform wanita atau 10m platform seirama bergandingan dengan juara dunia Cheong Jun Hoong.
Menerusi sukan boling padang, pasukan fours wanita menjadi pilihan untuk meraih emas tetapi mereka berpeluang menang lebih daripada itu dengan Siti Zalina Ahmad memburu emas ketiga dalam acara pairs, selepas meraih emas dalam acara singles pada 2002 dan 2006.
Bagaimanapun rekod angkat berat yang pulang dengan satu pingat emas setiap edisi sejak 1998 mungkin lebur dengan ketiadaan Hafifi Mansor selepas digantung akibat doping.
Tidak dinafikan kejutan mungkin berlaku dalam mana-mana edisi sukan, biarpun sukar untuk meneka dari mana datangnya namun atlet lompat tinggi  Nauraj Singh Randhawa, penembak Johnathan Wong dalam acara pistol dan atlet gimrama Amy Kwan Dict Weng berpeluang mencuri tumpuan.
Sebelum menduduki tangga ke-12 di Glasgow, Malaysia menamatkan saingan Sukan Komanwel dalam kelompok 10 teratas pungutan pingat, empat edisi berturut-turut sejak 1998 di Kuala Lumpur.
Namun daripada pencapaian terbaik iaitu 36 pingat termasuk rekod 12 pingat emas yang dimenangi di New Delhi pada 2010, pungutan pingat mengalami kejatuhan mendadak apabila pulang dengan separuh pingat berbanding edisi lalu, termasuk enam pingat emas.
Di sebalik jutaan ringgit dibelanjakan MSN dan Program Podium, rakyat Malaysia mungkin perlu bersedia berdepan pencapaian mengecewakan.

Permalink


Takut suami, wanita tunda buat dialisis
By: Halina

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran wanita mengenai kepentingan rawatan dialisis masih rendah berbanding lelaki sehingga menyebabkan mereka berdepan dengan masalah penyakit lebih kronik.
Pakar Nefrologi Hospital Selayang, Dr Rosnawati Yahya, berkata sikap rendah diri dan takut membuat keputusan sendiri antara punca mengapa golongan terbabit tidak menjalani dialisis.
Katanya, ada antaranya terpaksa menunggu persetujuan suami untuk menjalani rawatan berkenaan membuatkan mereka mungkin menghadapi kegagalan buah pinggang kronik (CKD).
"Kenyataan itu amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku pada zaman serba moden ini. Faktor lain adalah dari segi sosioekonomi.
"Mereka tidak boleh membuat keputusan sendiri menyebabkan rawatan tertunda sehingga penyakit melarat dan terlambat untuk dirawat," katanya pada program Oh My Ginjal: Sepetang Bersama Pakar, di sini.
Yang turut hadir, pakar dietetik KPJ Sentosa KL Specialist Hospital, Theresa Yap Yi Min dan pakar nefrologi Hospital Selayang, Dr Suryati Yakob.
Dianggarkan 195 juta penghidap CKD di seluruh dunia adalah wanita. Di Malaysia, sembilan peratus masyarakat dewasa menghidap penyakit ginjal pada tahap satu sehingga lima.
Pada 2015, seramai 1,200 pesakit daripada satu juta penduduk di negara ini mengalami penyakit ginjal dan dianggarkan 40,000 pesakit sedang menjalani dialisis.
Dr Rosnawati berkata, kebanyakan pesakit wanita yang ditemui meluahkan keinginan menjalani dialisis, tetapi takut berbuat demikian tanpa kebenaran suami.
DARI kanan; Rosnawati, Yap Yi Min dan Suryati pada program Oh My Ginjal: Sepetang Bersama Pakar, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Aziah Azmee

Katanya, tidak ramai wanita yang menjalani rawatan itu disebabkan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang lebih perlahan, selain gagal mengikuti amalan hidup sihat seperti disarankan.
Wanita yang menghidap CKD juga terpaksa berdepan risiko tinggi sekiranya hamil kerana tidak dibenarkan merancang keluarga oleh suami.
Katanya, CKD boleh menjejaskan kesihatan ibu yang sedang hamil dengan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kehilangan protein yang banyak di dalam air kencing yang boleh menyebabkan kematian.
Anak dalam kandungan turut berdepan komplikasi seperti pembesaran janin terbantut dan kelahiran pramatang.
"Selain itu, berdasarkan data di Hospital Selayang yang juga antara pusat pemindahan buah pinggang, mendapati jumlah penerima buah pinggang lelaki lebih ramai berbanding wanita," katanya.

Permalink


Pengasas Toys R Us meninggal dunia
By:

LOS ANGELES: Pengasas gedung rantaian permainan Toys R Us, Charles Lazarus meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun, seminggu selepas syarikat itu mengumumkan penamatan operasinya di Amerika Syarikat.
"Banyak detik sedih melanda Toys R Us dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan tidak ada yang lebih menyakitkan daripada berita kematian pengasas tercinta, Charles Lazarus, selepas sekian lama mengalami masalah kesihatan," kata satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.
Lazarus yang sekian lama lebih selesa berada di belakang tabir menubuhkan syarikat itu pada 1948.
Bermula sebagai sebuah kedai barangan penjagaan anak kecil ia kemudian berkembang menjadi salah satu jenama kanak-kanak yang paling dikenali di dunia.
"Beliau adalah bapa perniagaan permainan kanak-kanak," kata Michael Goldstein, yang menggantikan Lazarus sebagai ketua eksekutif, kepada CNN.
Minggu lalu, Toys R Us mengumumkan akan membubarkan operasinya di Amerika Syarikat dengan menutup semua 735 kedainya.
Syarikat gergasi yang menjadi mangsa ledakan jualan runcit dalam talian itu turut menyaksikan lebih 33,000 kakitangannya hilang pekerjaan. - AFP

Permalink


Arab Saudi tidak harap AS bantu teknologi nuklear
By:

WASHINGTON: Arab Saudi tidak bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat sekiranya enggan bekerjasama berhubung potensi teknologi tenaga nuklear kerana bimbang ia berkembang di luar kawalan," kata Menteri Tenaga kerajaan itu, Khalid al-Falih, dalam satu wawancara.
"Jika AS tidak bersama kami, mereka akan terlepas peluang untuk mempengaruhi program itu dengan cara yang positif," kata Falih selepas beliau dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertemu dengan Presiden Donald Trump, Setiausaha Tenaga, Rick Perry dan pegawai lain berhubung pelbagai isu minggu ini.
Difahamkan Perry secara senyap bekerjasama dengan Arab Saudi membabitkan perjanjian nuklear awam yang membolehkan kerajaan itu memperkayakan uranium dan mengolah semula plutonium.
Namun teknologi itu dibantah pembangkang yang bimbang ia akan menjadi tapak rahsia untuk menghasilkan bahan untuk senjata nuklear.
Kerajaan itu juga sedang berbincang dengan syarikat dari Russia, China, Korea Selatan dan negara lain ketika gesaan untuk membina dua reaktor di Arab Saudi semakin memuncak.
TRUMP dan Rick Perry (kanan) ketika bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Salman, di Washington, pada Selasa. - Foto Reuters

Arab Saudi berkata ia memerlukan kuasa nuklear untuk beralih dari pembakaran minyak mentah kepada menjana tenaga elektrik dan mempelbagaikan ekonomi.
Awal bulan ini, kabinetnya meluluskan program dasar negara yang mengehadkan aktiviti nuklear untuk tujuan damai.
Beberapa penganalisis nuklear percaya, Arab Saudi tidak mungkin memilih untuk bekerja dengan Russia kerana ia mempunyai perkongsian dengan projek nuklear di Iran. - Reuters

Permalink

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

2 735

obunachilar
Kanal statistikasi