"Dah balik?" tegur abang Aykal dimuka pintu. "Abang!" terus Lalissa memeluk abangnya seperti setahun tidak berjumpa. "Lama tak nampak abang eh, dah gemuk dah abang" kata Lalissa lalu ketawa mengutuk abangnya. "Yer ke abang gemuk?" abang Aykal hanya melayan adiknya itu. "Yer lah. Macam tokwan gajah" terus Lalissa ketawa terbahak-bahak. "Abang tokwan gajah, yang ni tokwan sakit kaki" Lalissa terus ketawa riang. "Abang rindu kau" kata abang Aykal perlahan namun Am dapat mendengarnya. "Kita gusti nak?" tanya abang Aykal. "Jom lah" balas Lalissa yakin. Abang Aykal terus menyerang Lalissa dan Lalissa dapat mengelak. Lalissa juga menyerang balas abang Aykal. "Kena sepak" Lalissa ketawa sehingga terduduk. "Dia tak pernah lupa apa yang abang ajar" kata abang Aykal kepada Am. Am hanya mengangguk kepala. "Saya balik dulu" kata Am mengundur diri. "Oi mana boleh balik. Fikir hotel ke boleh keluar masuk. Tidur sini la. Sofa banyak" bengis Lalissa lalu terus ketawa. "Kalau taknak atas sofa, ada satu bilik kosong. Bilik air" terus Lalissa ketawa keriangan. "Bye, jaga diri" baru saja Am ingin melangkah Lalissa menarik tangan Am. "Ey pakcik ni pekak la abang. Orang cakap tidur sini, tidur ini la" bengis Lalissa. Am memandang abang Aykal. "Abang tak kisah" kata abang Aykal. "Alahai malu-malu kucing pula. Duduk sini, baju saya banyak. Taktau la muat je tak dekat tokwan" Lalissa berfikir. "Ha muat-muat" terus Lalissa ketawa. 'Bagi dirinya, semua benda perlu gembira. Aku gembira sebab aku berjaya buat dia ketawa seperti dulu' ngomel Am.
Am sedang lena tidur diruang tamu. Tiba-tiba dia terjaga kerana bunyi seorang perempuan sedang menangis. "Hantu kacau aku?" fikir Am sendirian. "Bodoh punya hantu" terus Am menyelimuti dirinya yang sejuk itu. Namun, Am tidak dapat lelapkan mata. "Mungkin juga Lalissa yang nangis kan? Terjatuh ke luka ke?" fikir Am lalu terus melangkah ke bilik Lalissa untk melihat keadaannya. Ternyata, betul apa yang dia sangka. Lalissa sedang menangis didepan pintunya. "Lalissa kenapa?" perlahan Am menegur. "Pakcik" terus Lalissa memeluk Am. "Lalissa tak boleh macam ni. Lepas eh" Lalissa pun melepaskan tangannya dari leher Am. "Kita pergi ruang tamu eh, ada lampu" pujuk Am. Lalissa pun perlahan-lahan akur. "Kenapa nangis ni?" tanya Am kepada Lalissa. "Lalissa rindu Aqiel" kata Lalissa dengan sayu. "Kita pergi tengok Aqiel nak tak?" kata Am dengan yakin. "Jom" kata Lalissa bersemangat. "Esok la baby. Kan dah malam" ups Am terlepas. "Okay esok" terus Lalissa bangun dan menuju ke bilik. "Dia tak perasan kot" kata Am sendiri lalu terus lelapkan mata.