#penagenic ☁ dan repost
Sahabat
Tidak perlu aku mendefinisikan erti sahabat kerana aku yakin semua mengerti tentang ini .
Aku pernah terbaca bahawa betapa peritnya ditinggalkan sahabat berbanding ditinggalkan kekasih ; ya mungkin betul . Sahabat adalah seorang manusia yang bukan sahaja ketawa tatkala kita bahagia tetapi turut menangis disaat kita bersedih . Ya , turut menangis bersama-sama kerana sahabat itu sering berkongsi suka duka bersama ..
Sahabat ; Insan yang sering menghulur bahu untuk kita bersandar . Insan yang menghulur tangan disaat semua manusia kian menjauh dari kita . Insan yang sering berjaya menghembus rasa sedih yang kita hadapi dan menghadirkan tawa di wajah kita . Inilah sahabat.
Jika kau ada insan yang sebegitu rupa ; hargailah mereka . Jarang sekali untuk kita ketemu dengan insan yang benar-benar memahami kita seperti seorang sahabat .
Kadang manusia itu alpa lalu memilih kaca sebagai sahabatnya ; sedangkan kaca itu yang akan menggores luka pada diri mereka kelak .
-- AA | 2108
@queenofpsycho