[ Jangan Tegur ]
Humaira , budak form1 yang sering basuh baju pada waktu malam di asramanya .
member dia ada pesan , “ kalau kau dengar apa apa , jangan sahut , jangan tegur ”
Humaira langsung tidak kisah . dia rasa member dia sengaja nak takut takut kan dia .
pada suatu malam ,
suara lolongan anjing kedengaran bersahut-sahutan . sekejap terdengar jauh sayup-sayup . sekejap kemudian terdengar begitu dekat . membuat bulu roma sesiapa sahaja yang mendengar tegak meremang .
Humaira sedang membasuh baju . seorang . tidak ditemani sesiapa . sejak dari tadi , dia rasakan seperti ada yang memerhati . dia pun mempercepatkan basuhannya .
“ maira ~ ” sayup sayup humaira terdengar namanya memanggil . Humaira membiarkan . benda itu memanggil banyak kali .
“ iyeeee ! kau nak ape ! tak payah la takut kan aku ” Humaira marah . dia sangkakan member dia yang sengaja takutkan .
“ teman lah aku ” benda itu bersuara lagi .
“ aku ada ni ” Humaira menjawab . dia memberus baju sekolahnya .
pili air dibuka . kreeek kreek kreek . pintu tandas seakan ada yang sengaja membuka tutup .
Humaira tak sedap hati . dia menoleh . seorang perempuan sedang tersenyum memandangnya . di dalam mulut perempuan tersebut terdapat pad berdarah dan gumpalan rambut .
Humaira berlari ke dorm . meninggalkan baju .
sampai je dekat dorm , dia terus baring atas katil . membaca ayat ayat ruqyah yang dihafalnya . tunggang langgang .
panggg ! pintu dihempas kuat .
“ humaira ~~ teman aku ”
benda tu menarik selimut Humaira dan dekatkan wajah nye ke wajah Humaira . bau hanyir membuat Humaira loya .
— tamat —
“ @seramasrama