*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Alor Setar: Pertembungan air pasang besar dan limpahan air Sungai Kedah yang berlaku hari ini menyebabkan bandar raya ini dilanda banjir kilat. Air mulai naik secara perlahan bermula jam 1 petang menyebabkan laluan dua hala di Lebuhraya Darul Aman serta hadapan Kompleks Beli Belah Aman Central turut terjejas dinaiki air.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Seremban: Seorang maut, seorang lagi parah manakala dua mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori muatan batu di Jalan Seremban- Tampin, dekat Wisma MBS, di sini, tengah hari tadi. Komander Operasi, PBK I Hamlan Ishak berkata, lelaki berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Putrajaya: 'School boy' (budak sekolah), junta, karpet antara kod panggilan digunakan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting' yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata setiap kod panggilan itu merujuk kepada warga negara kumpulan warga asing yang dibawa masuk menggunakan kaunter khas terbabit.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇱🇧 *Beirut: Agensi perisikan Israel, Mossad masukkan sejumlah kecil bahan letupan di dalam 5,000 alat kelui buatan Taiwan yang dipesan oleh kumpulan Hizbullah Lubnan beberapa bulan sebelum kejadian letupan pada Selasa, kata sumber kanan keselamatan Lubnan dan sumber lain.*
*Perincian itu menjelaskan mengenai pelanggaran keselamatan pada Hizbullah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang menyaksikan ribuan alat kelui meletup di seluruh Lubnan, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan hampir 3,000 yang lain, termasuk pejuang kumpulan itu dan utusan Iran ke Beirut.*
*Hizbullah yang disokong Iran berikrar untuk bertindak balas terhadap Israel, yang tenteranya enggan mengulas mengenai letupan itu.*
🇱🇧 *Beirut: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan hampir 3,000 cedera apabila alat kelui yang digunakan oleh anggota Hizbullah termasuk pejuang dan pegawai perubatan, meletup serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.*
*Letupan bermula 3.30 petang di pinggir selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh dan lembah Bekaa, yang menjadi kubu kuat kumpulan Hizbullah.*
*Letupan kira-kira sejam, dengan saksi Reuters dan penduduk Dahiyeh berkata, mereka masih boleh mendengar letupan pada 4.30 petang.*
*Menurut sumber keselamatan dan rakaman yang disemak oleh Reuters, beberapa letupan berlaku selepas alat kelui berbunyi, menyebabkan pejuang meletakkan tangan mereka atau membawa mereka ke muka mereka untuk memeriksa skrin.*
🇹🇼 *Taipei: Syarikat Taiwan, Gold Apollo, pada Rabu berkata, model alat kelui yang didakwa digunakan oleh anggota Hizbullah, yang secara serentak meletup dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang di seluruh Lubnan, dibuat oleh rakan kongsinya dari Hungary.*
*Gold Apollo mewujudkan "perkongsian jangka panjang" dengan BAC Consulting KFT yang berpangkalan di Budapest untuk menggunakan tanda dagangannya dan model yang disebut dalam laporan media "dihasilkan dan dijual oleh BAC". kata syarikat itu dalam satu kenyataan.*
*Ia selepas New York Times melaporkan bahawa alat kelui keluaran syarikat berkenaan terbabit dalam letupan itu.*
🇺🇸 *Washington: Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*