Buletin Info 1 Malaysia


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: not specified


Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia
Channel ini akan berkongsi info tentang...
🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
not specified
Statistics
Posts filter


🦏 *Kota Kinabalu 16 Jan: Sabah FC memburu bekalan selesa pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, Sabtu ini.*
*Pengendalinya, Martin Stano berkata, pasukannya akan memanfaatkan sebaik mungkin bermain di gelanggang sendiri bagi mencatat keputusan positif.*

🐘 *Kuantan 16 Jan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menafikan kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan FC 10 Januari lalu, mengganggu emosi anak buahnya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan Sabah FC, Sabtu ini.*
*Namun, legenda bola sepak Singapura percaya skuad Tok Gajah dapat menangani keadaan itu sebelum perlawanan ketika misi ke pentas final piala berprestij itu menjadi matlamat utama.*
*"Memang tidak dinafikan bahawa pasti ada dalam fikiran mereka apabila tewas ketika pasukan dalam persiapan aksi separuh akhir Piala Malaysia.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*Persoalan itu timbul selepas difahamkan seorang peguam luar negara yang pernah berkhidmat dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) bakal mengheret FAM ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).*
*Menurut sumber yang boleh dipercayai, satu afidavit bakal dibawa ke CAS serta bahan bukti menunjukkan wujud kesalahan dilakukan oleh setiausaha sebuah Persatuan Bolasepak (FA) ketika menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan FAM.*

🐯 *Kuala Lumpur 16 Jan: Sebaik dipilih menyertai projek revolusi Harimau Malaya, Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr Craig Duncan menetapkan misi untuk menjadikan skuad kebangsaan sebagai pasukan paling cergas di Asia.*
*Berbekalkan pengalaman luas terutama dalam bidang perubatan termasuk di beberapa negara luar sebelum ini, Duncan optimis sasaran itu mampu dicapai hasil daripada strategi bakal digunakan yang selari dengan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia.*

👮🏻‍♂️ *Kuala Terengganu 16 Jan: Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, malam esok.*
*Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata perkara itu bagi memastikan kelancaran trafik sekitar stadium serta perjalanan perlawanan antara pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dijangka dihadiri puluhan ribu penonton.*
*Beliau berkata, polis akan menjalankan pemeriksaan ketat di pintu masuk stadium bagi memastikan penonton tidak membawa barang-barang atau peralatan berbahaya, selain pemeriksaan badan dan beg oleh petugas, sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium.*

🐅 *Johor Bahru 16 Jan: Penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal turun dengan corak permainan berhati-hati apabila berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.*
*Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata, langkah itu bagi memastikan barisan pemainnya tidak terperangkap dengan helah corak permainan yang bakal ditampilkan skuad kendalian Badrul Afzan Razali yang akan berhempas pulas memburu kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan.*
*"Kami akan menentang TFC sebanyak tiga kali iaitu aksi Piala Malaysia dua kali dan satu aksi Liga Super dan ia berbeza kerana dalam saingan Piala Malaysia tempoh 180 minit begitu kritikal dan kami harus waspada dengan corak taktikal yang akan digunakan pasukan itu.*

🐢 *Kuala Terengganu 16 Jan: Bintang lincah skuad kebangsaan, Akhyar Rashid meluahkan perasaan terharu selepas dilepaskan bekas kelabnya, Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam.*
*Pemain yang kini menyarung jersi Terengganu FC (TFC) menjunjung kasih kepada pemilik kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan untuk melepaskannya bermain secara tetap dengan skuad Penyu sehingga musim 2027.*
*Pemain kelahiran Kedah yang mula menyarung jersi skuad Penyu pada musim 2024/2025 ini turut berterima kasih kepada pihak pengurusan bekas kelabnya yang banyak membantunya meningkatkan lagi kualiti permainannya.*

🐢 *Kuala Terengganu 16 Jan: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali akui lega selepas 'ayam tambatannya' Akhyar Rashid dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukannya pada malam esok.*
*Finalis Piala Malaysia musim 2023 itu bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama saingan piala berprestij itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebelum aksi timbal balik di tempat lawan pada 1 Februari depan.*


🏸 *Kuala Lumpur 16 Jan: Pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai mengakui memilih jalan sukar sebelum menang dalam pertarungan tiga set ke atas wakil Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi untuk melangkah ke suku akhir Terbuka India.*
*Menurut Shevon, mereka beraksi cukup baik di set pertama, namun kesilapan mudah dilakukannya di set kedua membolehkan lawan bangkit mengheret perlawanan ke rubber set sebelum kemenangan mutlak memihak kepada mereka, 21-10, 19-21, 21-16 pada pusingan kedua di Stadium Tertutup KD Jadhav Indoor, New Delhi, hari ini.*

🏸 *Kuala Lumpur 16 Jan: Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakui kekuatan mental menjadi faktor utama mereka mengatasi wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran untuk menempah slot ke suku akhir Terbuka India, hari ini.*
*Ee Wei menyedari lawan beraksi dengan bagus dan mempamerkan permainan cemerlang, namun dia dan Tang Jie dapat mengawal momentum serta emosi semasa perlawanan, sekali gus memastikan kemenangan memihak kepada mereka.*
*"Saya rasa kami perlu terus meningkatkan fokus dan komunikasi di gelanggang.*

🏸 *Kuala Lumpur 16 Jan: Dua wakil beregu campuran negara berjaya menepati ramalan untuk mara ke suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing di Terbuka India.*
*Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang terlebih dahulu turun terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka India.*
*Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei turut dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas juara Terbuka Malaysia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand, 19-21, 21-12, 22-20.*

🏸 *Kuala Lumpur 16 Jan: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila hanya memerlukan 33 minit untuk melangkah ke suku akhir Terbuka India.*
*Turun selaku pemain pilihan kelima kejohanan, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan selepas menang straight set ke atas gandingan muda China, Xie Hao Nan-Zhang Wei Han, 21-10, 21-18 di pusingan kedua, hari ini.*
*Aaron mengakui mereka semakin mendapat momentum, tetapi terdapat beberapa perkara harus diperbaiki.*

🎳 *Kuala Lumpur 16 Jan: Pemain tenpin boling wanita negara, Natasha Roslan menyatakan bahawa memburu gelaran dan mencipta sejarah dalam kariernya ketika ini lebih penting daripada mengejar imbuhan wang tunai.*
*Jelas pemenang pingat emas perseorangan wanita di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025, setiap atlet mengidamkan kejuaraan di peringkat tertinggi dan itu memerlukan usaha sangat tekun untuk berada di tahap itu bagi memahat nama selaku pemain boling yang berjaya.*
*Justeru, biarpun kejohanan Piala Dunia tidak berada di bawah senarai skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) tetapi itu bukan penghalang untuk dirinya terus mengejar kemenangan dalam kejohanan akan datang.*

🏃🏻‍♀️ *Kuala Lumpur 16 Jan: Selepas berteka-teki, Olahraga Dunia (WA) akhirnya mengiktiraf rekod kebangsaan bagi acara 100 meter (m) wanita iaitu 11.49 saat (s) yang dilakukan pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.*
*Catatan itu direkodkan Zaidatul pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis, Oktober tahun lalu.*
*Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan menerusi Facebook (FB) hari ini, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memaklumkan rekod dilakukan Zaidatul adalah sah dan dia kini memegang status pelari paling pantas bagi acara 100m di Malaysia.*

📄 *Kuala Lumpur 16 Jan: Adakah Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 15 Februari ini perlu diadakan semula dari awal?*


*"Semua di kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Trevoh atas usaha keras dan pencapaiannya bersama Palace, dan mendoakan yang terbaik untuk masa depannya," kata Palace di laman web mereka, mengesahkan bahawa Chelsea menggunakan pilihan untuk memanggil semula pemain itu.*
*Pemain berusia 25 tahun itu, yang membuat 12 penampilan liga untuk Palace dan menjaringkan tiga gol, akan kembali selepas pertahanan Chelsea, Wesley Fofana dan Benoit Badiashile, terpaksa berdepan kecederaan jangka panjang.*

🧐 *London 16 Jan: Polis melancarkan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial yang ditujukan kepada isteri penyerang Arsenal, Kai Havertz, selepas prestasi buruk terbarunya.*
*Havertz gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan Arsenal melalui sepakan penalti terhadap Manchester United pada pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu.*
*Berikutan kekalahan kedua berturut-turut Arsenal, isteri Havertz, Sophia, berkongsi semula dua mesej berbaur penghinaan yang diterimanya di Instagram.*
*Jurucakap polis memberitahu Press Association Britain: "Pegawai menerima laporan mengenai komunikasi berniat jahat terhadap seorang penduduk Hertfordshire pada 12 Januari. Siasatan sedang dijalankan."*

🥳 *Barcelona 16 Jan: Lamine Yamal bersinar ketika Barcelona mara ke suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Real Betis.*
*Atletico Madrid turut melangkah ke peringkat lapan terbaik selepas menundukkan pasukan divisyen dua, Elche, 4-0.*
*Bintang muda berusia 17 tahun, Yamal, menjaringkan satu gol dan mencipta dua lagi jaringan ketika pasukan kendalian Hansi Flick mempamerkan kehebatan di Stadium Olimpik.*
*Gavi, Jules Kounde, Raphinha, dan Ferran Torres turut menjaringkan gol untuk Barca.*

🎉 *Munich 16 Jan: Bayern Munich menunjukkan kebangkitan dengan membuktikan keghairahan mereka untuk meraih kejayaan selepas musim mengecewakan tahun lalu, kata jurulatih Vincent Kompany apabila mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Hoffenheim.*
*Bayern tidak menghadapi banyak tentangan daripada Hoffenheim yang bergelut, menjaringkan tiga gol dalam tempoh 19 minit pertama untuk mengesahkan kemenangan awal.*

🎾 *Melbourne 16 Jan: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner buat kali pertamanya tewas satu set dalam 14 perlawanan sebelum bangkit dan meletakkan misi mempertahankan gelarannya di Terbuka Australia kembali berada di landasan tepat.*
*Pilihan utama dari Itali itu nyata seakan buntu pada awal perlawanan menentang pemain Australia yang beraksi di atas tiket wildcard, Tristan Schoolkate, namun kembali menemui rentak untuk meraih kemenangan 4-6, 6-4, 6-1, 6-3.*

🎾 *Melbourne 16 Jan: Iga Swiatek, pilihan kedua, melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas menang mudah 6-0, 6-2 ke atas Rebecca Sramkova.*
*Iga, yang pernah mara ke separuh akhir pada 2022, mendominasi perlawanan berkenaan, memimpin 5-0 dalam tempoh 20 minit pertama dan menamatkan set pertama dengan hanya kehilangan 10 mata.*
*Walaupun Rebecca mendapat sorakan hangat dari penonton selepas memenangi beberapa permainan di set kedua, Iga terus mengatasi lawannya dan memecahkan servis Rebecca pada kedudukan 4-2 untuk menamatkan perlawanan dengan gaya.*

🏸 *Kuala Lumpur 16 Jan: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak perlu mengeluarkan banyak tenaga apabila menang percuma untuk mara ke suku akhir Terbuka India.*
*Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Tertutup KD Jadhav Indoor New Delhi, hari ini, wakil negara itu sedang mendahului 11-4 di set pertama sebelum pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian terpaksa menarik diri ketika perlawanan baru berlangsung selama sembilan minit.*


*Ronaldo dilapor akan menerima kontrak baharu bernilai lebih £167.9 juta (RM923 juta), yang akan melanjutkan perjanjiannya bagi tempoh setahun lagi.*
*Bintang berusia 39 tahun itu menyertai kelab Arab, Al Nassr dalam satu perpindahan mega pada Januari 2023 selepas berbalah dengan kelabnya Manchester United.*
*Pemain antarabangsa Portugal itu menerima kontrak mengejutkan yang menyaksikannya menerima sekitar £164 juta (RM901 juta) menerusi sumbangannya di tengah padang, manakala £49 juta (RM269 juta) daripada gajinya menerusi aktiviti di luar padang.*
*Jika dibahagikan lagi, ia menyaksikan dia memperoleh £419,800 (RM2.3 juta) sehari - dan £291 (RM1,600) seminit.*

🐔 *London 16 Jan: Virgil van Dijk menepis dakwaan bahawa pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, sedang mengalami kemerosotan selepas mereka hanya seri 1-1 menentang Nottingham Forest, tetapi kekal enam mata di puncak liga.*
*Diogo Jota masuk sebagai pemain gantian untuk menyamakan kedudukan di City Ground, selepas Chris Wood menjaringkan gol pendahuluan awal, tetapi Reds gagal untuk mencari gol kemenangan walaupun mencipta pelbagai peluang.*
*Walaupun hanya memenangi tiga daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka, pasukan kendalian Arne Slot masih mempunyai jurang selesa di puncak liga, dan mereka juga tewas 0-1 kepada Tottenham dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga minggu lalu.*

🤩 *London 16 Jan: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan bahawa Alejandro Garnacho memiliki potensi cerah di Old Trafford meskipun terdapat khabar angin mengenai kemungkinan perpindahan pemain muda itu pada jendela Januari.*
*Pemain Argentina berusia 20 tahun itu kembali ke kesebelasan utama Amorim buat kali pertama sejak kekalahan 2-3 kepada Nottingham Forest pada 7 Disember, ketika United menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti dalam aksi Piala FA Ahad lalu.*

🤢 *London 16 Jan: Phil Foden mengakui usaha Manchester City untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima berturut-turut sudah berakhir selepas juara bertahan itu terikat 2-2 dengan Brentford.*
*Foden menjaringkan dua gol untuk meletakkan City di depan, tetapi mereka gagal bertahan apabila Yoane Wissa dan Christian Norgaard menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.*
*City yang kini berada di tangga keenam, ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Liverpool, dan Foden mengakui bahawa mereka perlu menumpukan perhatian kepada usaha untuk berada di dalam empat pasukan teratas berbanding meraih gelaran liga.*
*"Gelaran? Iya, iya, ia sudah tamat, sudah pasti," kata pemain sayap England itu.*

😏 *London 16 Jan: Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, melabelkan kempen Liga Perdana Inggeris pasukannya sebagai 'tidak boleh diterima' selepas kekalahan 1-2 di tangan seteru utara London, Arsenal.*
*Walaupun Son Heung Min memberikan pendahuluan kepada Tottenham pada minit ke-25, kekalahan ini menjadikan mereka hanya menang sekali dalam sembilan perlawanan liga terakhir.*
*Tottenham kini berada di tangga ke-13 dengan 24 mata, jauh lebih hampir kepada zon penyingkiran berbanding kelompok empat teratas yang diharapkan pada musim kedua Postecoglou.*

😮‍💨 *London 16 Jan: Mikel Arteta memuji semangat juang Arsenal selepas bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas seteru utama, Tottenham Hotspur.*
*Kemenangan ini menghidupkan kembali peluang mereka dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris.*
*"Kami menunjukkan keberanian luar biasa," kata Arteta.*
*"Ini ujian sikap, keberanian, dan betapa kami mementingkan hasil."*

🦁 *London 16 Jan: Chelsea memanggil semula pertahanan Trevoh Chalobah yang sebelum ini diberi secara pinjaman kepada Crystal Palace.*


*Laporan awal ditetapkan untuk dikeluarkan berikutan penyiasatan menyeluruh ke atas semua fakta dan bahan oleh suruhanjaya penyiasatan nahas pesawat mengikut piawaian dan amalan disyorkan dalam Lampiran 13 ICAO. Ia akan merangkumi maklumat fakta mengenai penyiasatan itu.*

🇹🇼 *Kaohsiung (Taiwan) 15 Jan: Mahkamah Tinggi Taiwan Cawangan Kaohsiung pada Rabu mengekalkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah merogol dan membunuh seorang pelajar Malaysia, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).*
*Keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan kejam tertuduh, Liang Yu-chih yang membunuh dengan niat serta berisiko tinggi untuk mengulangi jenayah, menurut kenyataan mahkamah.*
*Keputusan berkenaan bagaimanapun masih boleh dirayu.*
*Pada 28 Oktober 2020, Liang menculik mangsa, seorang pelajar kolej yang sedang melanjutkan pengajian di Taiwan, ketika mangsa berjalan sendirian berhampiran kolejnya di Tainan.*

🇹🇭 *Bangkok 16 Jan: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Rabu mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.*
*Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.*
*"Penipu itu malah menggunakan suara pemimpin itu, menyapa saya secara langsung dalam rakaman dengan berkata, 'Selamat pagi, Perdana Menteri Thailand.'*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


😈 *Washington 16 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden terpilih Donald Trump kedua-duanya menuntut kredit pada Rabu untuk perjanjian gencatan senjata Gaza yang sudah beberapa bulan dibuat tetapi dibantu oleh wakil Trump.*
*Dalam mengumumkan gencatan senjata, Biden menyatakan perjanjian akhir itu sebahagian besarnya mencerminkan rangka kerja cadangan yang dibuatnya pada bulan Mei.*
*Beliau tersenyum apabila seorang wartawan bertanya siapa yang akan dikreditkan untuk gencatan senjata dan beliau bertanya, "Adakah itu gurauan?"*
*Trump, dalam catatan media sosial, cepat menuntut kredit untuk kejayaan gencatan senjata itu selepas beberapa bulan rundingan terhenti.*

🔥 *Pacific Palisades, California 16 Jan: Di antara runtuhan Pacific Palisades yang hangus, Jeff Ridgway membawa anjingnya Abby seolah-olah tiada apa yang berlaku.*
*Tidak seperti berpuluh-puluh ribu orang yang terpaksa keluar akibat kebakaran hutan, janitor ini enggan berpindah.*
*Dia bersembunyi di rumahnya di kawasan kejiranan Los Angeles yang mewah ini selama seminggu, dan mempertahankan bangunan itu dengan hos dan baldi air.*
*"Ia hanyalah satu peperangan," kata warga California berusia 67 tahun itu kepada AFP, sambil menunjuk ke arah pokok kayu putih hitam yang dihalangnya daripada terbakar, betul-betul di hadapan bangunan pangsapuri tempat dia tinggal dan bekerja.*
*Tanpa bekalan elektrik, sudah berhari-hari dia memakai pakaian yang sama.*
*"Saya perlu mandi," akui Ridgway, bahagian atas tweed dan seluar jeansnya yang dilapisi jelaga.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


🐐 *Riyadh 16 Jan: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dijangka mengekalkan statusnya sebagai pemain bola sepak menerima gaji paling mahal di dunia susulan laporan mengenai sambungan kontraknya di kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.*


🇵🇸 *Gaza 16 Jan: Baru beberapa jam selepas pengumuman gencatan senjata, tentera Israel memadamkan kegembiraan rakyat Palestin dengan melakukan serangan udara yang menyasarkan hospital, tempat perlindungan dan kediaman.*
*Al Jazeera melaporkan, suasana gembira dan lega penduduk Palestin selepas mendengar pengumuman dari Doha itu terhenti selepas tentera Israel meneruskan serangan.*
*"Sejurus selepas pengumuman itu, pesawat pejuang Israel memadamkan kegembiraan itu untuk rakyat dengan hospital, tempat perlindungan dan rumah diserang secara terus dari udara.*
*"Ketika laporan ini ditulis, serangan masih diteruskan," kata wartawan AlJazeera yang berada di Hospital al-Aqsa.*

🇶🇦 *Doha 16 Jan: Ketua perunding Hamas pada Rabu berkata, kumpulan itu "tidak akan memaafkan" penderitaan yang dialami di Gaza semasa perang dengan Israel, selepas perjanjian gencatan senjata dipersetujui.*
*"Bagi pihak semua mangsa, setiap titisan darah yang tumpah dan setiap air mata kesakitan dan penindasan, kami berkata: Kami tidak akan lupa, dan kami tidak akan memaafkan," kata Khalil al-Hayya, ahli biro politik dan ketua Hamas cawangan Gaza.*

🇶🇦 *Doha 16 Jan: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini, lapor Agensi Anadolu (AA).*
*Dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.*
*Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.*

🇶🇦 *Doha 16 Jan: Negara-negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, yang dicapai selepas lebih setahun rundingan intensif dengan pengantara dari Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu (AA).*
*"Saya mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza selepas lebih setahun usaha gigih yang diperantarai Mesir, Qatar dan AS," kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menerusi Facebook.*
*Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.*

🇺🇸 *Washington 16 Jan: Calon Setiausaha Pertahanan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik Donald Trump, Pete Hegseth dikritik kerana pengetahuan ceteknya yang ketara mengenai Asean.*
*Channel News Asia (CNA) melaporkan, ketika sesi pengesahan di Senat pada Selasa di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat di Washington, Hegseth diminta oleh Senator Demokrat, Tammy Duckworth untuk 'menamakan kepentingan sekurang-kurangnya satu negara di Asean' dan jenis perjanjian yang ada dengan AS.*
*Duckworth juga meminta Hegseth menyatakan berapa banyak negara yang terdapat di Asean.*
*Sebagai tindak balas, Hegseth berkata: "Saya tidak dapat memberitahu anda jumlah negara yang tepat dalam hal itu, tetapi saya tahu kita mempunyai sekutu di Korea Selatan, di Jepun dan di Aukus dengan Australia."*

🇰🇿 *Astana (Kazakhstan) 15 Jan: Dua kotak hitam milik pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran Aktau telah dihantar ke Kazakhstan dari Brazil, lapor Agensi Berita Kazinform memetik kementerian pengangkutan.*
*Data yang telah dinyahsulit daripada perakam penerbangan (kotak hitam) yang dihantar ke Kazakhstan sedang dikaji oleh pakar, menurut kementerian itu.*


*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Johor Bahru 16 Jan: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan, di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dan memiliki lebih 100 kilogram dadah, awal bulan ini. Di hadapan Majistret A Shaarmini, tertuduh, Kok Yan Shen, 25; Ng Wei Loon, 30; Lynette Goh Sauk Fung, 25, dan Lim Jia Chun, 30, memahami pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban menghala ke pusat bandar, di sini, hari ini dan dibantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain cedera di buku lali dan tangan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 8.25 pagi membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Johor Bahru 16 Jan: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian; dan Dewan Serbaguna Kahang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇵🇸 *Gaza 16 Jan: Berita yang tersebar bahawa perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan sudah dicapai antara Israel dan Hamas bertujuan menamatkan perang selama lebih 15 bulan di wilayah Palestin mencetuskan suasana gembira pada Rabu dalam kalangan penduduk Gaza, sambil mereka bersorak melaungkan kesyukuran dan berpelukan.*
*Selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan sumber yang rapat dengan rundingan, pertama kali mendedahkan perjanjian itu, Israel memberi amaran bahawa beberapa perkara 'tetap tidak dapat diselesaikan' yang diharapkan dapat ditangani.*
*Tetapi keadaan umpama perayaan sudah berlangsung di Gaza, di mana wartawan AFP melihat orang ramai berpelukan dan mengambil gambar untuk mengenang pengumuman ditunggu-tunggu itu.*

🇵🇸 *Baitulmaqdis 16 Jan: Sebaik sahaja perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa, sebahagian daripada tumpuan akan beralih kepada tugas untuk membina semula dan mentadbir Gaza yang dilanda perang.*
*Israel sebelum ini berikrar untuk menghancurkan Hamas sebagai membalas dendam atas serangan 7 Oktober 2023 disifatkan yang paling terburuk dalam sejarah Israel.*
*Pergerakan pejuang muncul daripada perang Gaza yang paling teruk pernah dilihat, secara besar-besaran pergerakan itu dilemahkan tetapi tidak dikalahkan sepenuhnya. Di pihak rejim, yang takut serangan 7 Oktober berulang, Israel mahu jaminan keselamatan.*
*Bencana kemanusiaan sangat teruk di Gaza yang sebelum perang memang berada di bawah sekatan Israel hingga menyaksikan kemiskinan dan pengangguran semakin memburuk.*

🇵🇸 *Gaza 16 Jan: Pada 15 Januari lalu, pengantara mengumumkan bahawa Israel dan Hamas sudah mencapai kesepakatan untuk gencatan senjata, pertukaran tebusan dan tahanan.*
*Bagi Hamas, yang memerintah Gaza, tebusan adalah jaminan tawar-menawar utama dalam rundingan dengan Israel untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tahanan Palestin.*
*Inilah yang AFP tahu mengenai tebusan yang masih ditahan di Gaza.*
*Seramai 251 tebusan diculik seterusnya dibawa ke Gaza dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.*
*Daripada jumlah itu, 117 sudah dibebaskan, dengan kebanyakannya adalah wanita, kanak-kanak dan pekerja asing.*


*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Empat individu termasuk bekas Datuk Bandar Kuching Utara ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram. Kesemua suspek berusia antara 52 hingga 67 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dalam serbuan Op Ragata pada semalam dan hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Lebih 19,000 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima manfaat menerusi kemudahan bantuan dialisis Perkeso sejak 1999. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, data menunjukkan 15 hingga 16 peratus setahun purata pesakit membabitkan peningkatan 2,550 pesakit dalam kalangan orang berinsurans (OB) Perkeso yang memerlukan rawatan dialisis.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Shah Alam 16 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan sebarang syor atau cadangan berkaitan isu penyalahgunaan atau pelanggaran logo halal. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tidak dinafikan isu berkaitan pelanggaran halal adalah satu perkara tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kluang 16 Jan: Lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17, Kahang, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pengawal keselamatan di kebun berkenaan mengatakan motosikal mangsa, Lee Siew Hat, 73, direkod masuk pada 9.12 pagi dan keluar pada 11.13 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Muar 16 Jan: "Saya takut, sebab itu saya lari," kata seorang wanita warga Myanmar yang ditahan dalam Ops Mahir di sekitar Bakri, di sini, hari ini. Wanita berusia 30-an itu didapati melarikan diri dan bersembunyi dalam stor sebaik menyedari kehadiran pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan operasi di tiga lokasi kilang membuat perabot. Dalam serbuan 11 pagi itu, terdapat beberapa pekerja warga asing cuba melarikan diri, namun gagal sebelum diberkas.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Baling 16 Jan: Kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan termasuk pembinaan rumah baharu kepada mangsa kebakaran di kawasan Kupang, di sini, yang dipercayai berlaku akibat khianat. Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebakaran yang berlaku bermula 24 Disember 2024 hingga 12 Januari lalu dilaporkan membabitkan 10 rumah dengan kerugian mencecah RM791,000.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Dungun 16 Jan: Orang ramai terus mengambil peluang mengutip kerang biarpun polis sudah mengeluarkan arahan supaya menghentikan aktiviti itu. Biarpun jumlah kehadiran menurun berbanding kelmarin dan semalam, tinjauan mendapati, masih ramai yang terus melakukan aktiviti itu.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kepala Batas 16 Jan: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerima sehingga antara 26 hingga 30 permohonan baharu daripada pengusaha perniagaan di negeri ini untuk mendapatkan sijil halal pada setiap dua minggu. Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata ia membuktikan kesedaran mengenai kepentingan memperoleh pensijilan halal kini semakin meningkat dalam memenuhi keperluan pelanggan Muslim serta menitikberatkan aspek kebersihan.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Muar 16 Jan: Pembantu restoran yang memecah masuk rumah hingga tular di media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan termasuk memiliki harta curi, awal bulan ini. Muhammad Arif Shafiq Md Rizal, 29, yang juga bapa seorang anak membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Polis sudah menahan lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik agensi pelancongan, bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun ditahan dalam serbuan berasingan semalam.*


*GOA_L* 9️⃣ *Putrajaya 16 Jan: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan rayuan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo bagi membatalkan perintah larangan bersuara (gag order) ke atasnya untuk menghalang beliau daripada membuat sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan hasutan yang dihadapinya. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengenakan perintah itu ke atas Wan Muhammad Azri.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 16 Jan: Mahkamah Tinggi, hari ini membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022. Ketika membenarkan semakan kehakiman oleh pesara penjawat awam, Aminah Ahmad, Hakim Datuk Amarjeet Singh mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan untuk membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan, bermula dari hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Seremban 16 Jan: Wanita warga Indonesia dan 'kekasihnya' dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan tilik nasib menggunakan kad tarot, secara dalam talian, tahun lalu. Hakim Syarie Zulfikri Yasoa turut memerintahkan Herlin Juita, 39 dan Noriah Mahamad Isa, 40 membayar denda RM1,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara tujuh hari selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza susulan laporan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Sumber peringkat tinggi turut mendedahkan kesediaan Mesir untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan terbesar ke Semenanjung Gaza.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kluang 16 Jan: Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di atas sebuah pacuan empat roda yang hampir ditenggelami air di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 24 Kahang, hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, polis menemui mangsa, S Thilakkumar, 40, selepas menerima laporan berhubung lelaki itu terperangkap di dalam sebuah kenderaan di lokasi kejadian.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Terengganu 16 Jan: Kegembiraan enam remaja bercuti berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan maut selepas terjatuh ke tingkat enam daripada tingkat 14 di sebuah pangsapuri, di sini, hari ini. Mangsa berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan terlentang oleh seorang pekerja bahagian kebersihan di pangsapuri berkenaan, tengahari ini.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya 16 Jan: Polis merakam keterangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung sambutan Krismas yang diadakan di pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, baru-baru ini. Difahamkan, keterangan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan selama 90 minit itu diambil pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di pejabatnya di KPKT.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Petaling Jaya 16 Jan: Isu salah guna sijil halal yang hangat diperkatakan kebelakangan ini seharusnya dilihat sebagai peluang untuk memperkukuhkan naratif integriti halal Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hairol Ariffein Sahari, berkata walaupun isu terbabit menimbulkan kebimbangan terhadap reputasi Malaysia sebagai hab halal global, namun ia sebenarnya bersifat tempatan (lokal).*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Melaka 16 Jan: Kerajaan Melaka mengesan cubaan mempromosikan ajaran sesat menggunakan nama 'The Ahmadi Religion Peace and Light' di negeri itu susulan pemasangan kain rentang mengenai ajaran tersebut di jejantas Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Peringgit Jaya di sini. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada 3 Oktober tahun lalu menfatwakan ajaran itu sebagai sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.*


*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*JUMAAT 17 JANUARI 2025 MASIHI BERSAMAAN 17 REJAB 1446 HIJRAH*

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:04am*
*SUBUH* : *06:14am*
*SYURUK* : *07:24am*
*ZOHOR* : *13:27pm*
*ASAR* : *16:49pm*
*MAGHRIB* : *19:25pm*
*ISYAK* : *20:38pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 16jan*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Hampir 60 peratus pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dikesan mempunyai masalah kolesterol tinggi. Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, kanser dan penyakit jantung kini menjadi ancaman utama kepada kesihatan awam negara.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Pengarah sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta. Suspek lelaki berusia 50-an itu dipercayai meminta wang rasuah sebagai balasan untuk memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja berjumlah kira-kira RM900 juta.*

*GOA_L* 3️⃣ *Shah Alam 16 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan kelulusan permohonan baharu pekerja asing untuk bekerja khususnya sektor perladangan kelapa sawit di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi beliau meminta pihak syarikat berkaitan memberikan jumlah pekerja asing yang diperlukan. "Sejak bulan September tahun lalu, kita sudah tutup permohonan. Tiada lagi permohonan pekerja asing yang baru.*

*GOA_L* 4️⃣ *Ranau 16 Jan: Sebuah rumah inap (homestay) di Kundasang, di sini, ranap akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat, hari ini. Kejadian jam 5.30 petang itu, bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa berikutan tiada penghuni ketika kejadian itu berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang.*

*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau sedar buku "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama. Kamarul Zaman berkata demikian ketika disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya berhubung dua catatan Facebook yang dibuat beliau pada Mei 2017.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Pengarah syarikat kerugian RM1.2 juta selepas pelanggannya membuat tempahan produk kecantikan tanpa bayaran. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berkenalan dengan suspek sejak 2020. "Suspek membuat tempahan produk kecantikan daripada syarikat mangsa pada tahun 2020 yang berjumlah RM1.2 juta.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jan: Tertarik dengan tawaran skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan, seorang pengurus syarikat menanggung kerugian RM1.1 juta selepas ditipu sindiket berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 54 tahun terpedaya dengan iklan yang ditawarkan di Facebook mengenai pelaburan Arcadia Equity Co Limited.*

*GOA_L* 8️⃣ *London 16 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang bakal berkuat kuasa Ahad ini. Bercakap kepada media Malaysia di sini, Anwar yang dalam lawatan kerja ke United Kingdom berkata langkah penting itu memberikan kelegaan yang sangat diperlukan penduduk Gaza, yang telah menanggung penderitaan.*




#AkuSangPendosa
Assalammualaikum wbt... Sy Shah dengan rendah diri, nak mintak tolong sebarkan gambar mak angkat sy cina Muslim Rosmah Loh Bt Abdullah, nama bukan Islam (Loh Lai Leng) dia ade 4 orang anak, 2 orang sy kenal, lagi 2 orang tak tahu dekat mane... Kalau anak dia ade tengok gambar ni datang la tgk mak, mak dah tak larat makan pun dah tak terima, minum air pun sikit jer... Keadaan kesihatan Puan Rosmah semakin merosot... Hari ni pun minum air 3 sudu jer, air susu sikit dia minum... Dia cakap pun dah tak jelas, Semoga Allah swt berikan pertolongan insyaallah dengan izin Allah dan Allah permudahkan urusan kita insyaallah... Allahuakbar 😭
Alamat rumah
Ni 41 persiaran hulu Bercham 2 bandar baru putra 31400 Ipoh Perak
No Tel sy 012-3528243


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Laporan trafik semasa (16/01/25 | 8.00am)

#n9tu JALAN TAMPIN-GEMAS: Sesak dari simpang Air Kuning menghala ke Sungai Kelamah disebabkan ada kemalangan lori balak di simpang Felda Jelai/Bukit Rokan, awal pagi tadi.

📹 Renjer Firdaus


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


9:04hrs Kerja penyelenggaraan KM 292.0 - KM 296.0 arah Selatan dari Simpang Pulai ke Gopeng. Lorong kanan ditutup. Trafik terkawal. Patuhi arahan papan tanda. @llmtrafik




Kemalangan jalan Lunas, kedah pagi ini


Video is unavailable for watching
Show in Telegram

20 last posts shown.