*Ia sekali gus memenuhi tuntutan penswastaan skuad Harimau Malaya yang sedang diusahakan.*
*Menerusi satu perkongsian di story Instagram frfuturetalents hari ini, laman pencari bakat itu berkongsi kepada Tunku Ismail senarai calon pemain kacukan yang sedang beraksi di liga di Eropah.*
🫱🏻🫲🏽 *Kuala Lumpur 21 Nov: Skuad Harimau Malaya mendapat tonik terbaik sebelum sepak mula saingan Piala AFF 2024, bulan depan apabila dijangka mengharungi perlawanan persahabatan menentang Yaman dalam tempoh terdekat ini.*
*Walaupun tiada sebarang perkhabaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun media Yaman iaitu Yemen Sport memberitahu pasukan berpengkalan di Asia Barat itu akan menjalani kem latihan di Malaysia sebagai persediaan untuk menghadapi Piala Teluk Arab 26.*
🐅 *Johor Bahru 21 Nov: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio enggan berada dalam keadaan selesa biarpun pasukan itu tampak sebelah kaki melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) 3-0 pada aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di Iskandar Puteri, malam tadi.*
*Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, walaupun berbekal tiga gol di 'tempat lawan', JDT tidak boleh terlalu gembira dengan pencapaian itu tatkala ada lagi satu perlawanan yang perlu diharungi pada 30 November ini.*
🐆 *Georgetown 21 Nov: Penang FC dijangka berdepan laluan getir apabila gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah ditundukkan Kuching City FC, 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.*
*Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Kumbang mengorak langkah kiri terutama buat jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail yang baru mengambil alih pasukan daripada Akmal Rizal Ahmad Rakhli, minggu lalu.*
👣 *Kota Kinabalu 21 Nov: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan keputusan untuk meninggalkan skuad itu apabila kontraknya tamat hujung bulan ini.*
*Berita mengejutkan itu dikongsikan beliau menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, pagi ini.*
*Kim Swee bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut keputusannya itu, lebih-lebih lagi sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Sabah, Datuk Shahelmey Yahya mengumumkan keputusan menyambung kontraknya hingga tamat saingan Liga Super musim ini.*
🦏 *Kota Kinabalu 21 Nov: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menyerahkan kepada pengurusan Sabah FC untuk melantik 'caretaker' atau jurulatih sementara bagi mengendalikan skuad Sang Badak.*
*Ia berikutan keputusan mengejut Datuk Ong Kim Swee menamatkan kontrak sebagai Ketua Jurulatih pasukan itu yang dimaklumkan menerusi satu kenyataan media, hari ini.*
*Presiden SAFA, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata pelantikan 'caretaker' itu akan diputuskan pada mesyuarat pengurusan Sabah FC dalam masa terdekat.*
⚽️ *Kuala Lumpur 21 Nov: Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) mahu memburu keputusan positif dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia apabila bertandang ke Stadium Darul Aman untuk menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam esok.*
*Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac mengakui KDA FC bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukkan, apatah lagi beraksi di gelanggang keramat skuad Kenari itu.*
*Bagaimanapun, Kuljanac sudah mempunyai formula terbaik untuk menghadapi aksi itu dengan beliau mahu kemenangan diraih bagi memudahkan anak buahnya untuk berdepan lawan sama pada aksi timbal balik di Cheras, pada 1 Disember ini.*
🦜 *Alor Setar 21 Nov: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain enggan mengulas mengenai spekulasi mengaitkan dirinya sebagai calon ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, biarpun dihujani pertanyaan dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan sejak semalam.*