The Little Dakwah


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Saya tidak sempurna,,
Berazam untuk berhijrah kearah yang lebih baik,,
Mengorak langkah untuk ke jannah,,

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Jodoh itu ada 2 cara.

1. Berjodoh dgn orang yg kita selalu sebut namanya.

2. Berjodoh dgn orang yg selalu sebut nama kita.


Ustazah galakkan wanita membaca Al-fatihah, 3 qul, al-mukminun (ayat 115-118) utk menjaga rahim dari gangguan apa yg nampak dan tak nampak.


"Rabbi isyrahli shadri"

Tuhanku, lapangkanglah dadaku

"Wayassirli amri"

Dan permudahkanlah urusanku


Tanda-tanda kematian hati:

● Banyak bermaksiat.

● Banyak ketawa.

● Banyak tidur.

● Banyak berbual kosong

Al-Fatihah buat hati yang mati


Forward from: DiaryMujahadah ✨
T.me/diarymujahadah

Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan, maka ketahuilah keletihan itu akan hilang, sedangkan kebaikan itu akan terus kekal.

Sekiranya kamu seronok dengan dosa, maka ketahuilah, sesungguhnya keseronokan itu akan hilang, sedangkan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

- Saidina Ali -


Forward from: DiaryMujahadah ✨
T.me/diarymujahadah

"Kebaikan bagi seseorang muslim itu ialah apabila ia meninggalkan sesuatu yang sia-sia baginya"


3 syarat wajib untuk mendapat doa yang makbul : 💕☝

1. Ada nama Allah . ✔

2. Ada nama Rasulullah . ✔

3. Ada nama ibu bapa . ✔

Kongsi ☝✔


" Kau kene ingat, selepas kesedihan Allah akan hadirkan kegembiraan " 😄🌈

Kuncinya? 🔐

Sabar . 😊☝


Habis solat fardhu , amalkan ayatul kursi. Sebab apa ? Allah janji amalan ini bila buat, jarak syurga dengan kamu hanyalah mati.


Forward from: Nukilan Si Qowiy ?
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jika kita jadi murid, jadilah murid yang beradab pada guru, ingatlah bahawa adab itu lebih mulia dari ilmu. Bagaimana ilmu yang kau dapatkan akan barakah jika engkau tidak punya adab pada gurumu? Ingatlah menghina dan memperolokkan guru hanya berakibat engkau menjadi orang yang dihinakan orang kelak.”

[Habib Nabiel bin Fuad Al-Musawa]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama

@ararisaaa_


Kekuatan ukhuwah itu,
terletak pada tali doa.

Bukan sekerap mana berjumpa,
Bukan serapat mana di laman sosial.


Assalamualaikum,, dikesempatan ini admin nak minta tolong semua doakan admin dan calon spm 2017 untuk mengambil keputusan pada hari esok,, doakan kejayaan kami semua dalam setiap bidang yang kami ceburi,, semoga keputusan spm tahun ini menunjukkan peningkatan yang baik daripada keputusan tahun-tahun yang sebelumnya,,


Daripada kau usha "last seen" dia

Lebih baik kau usha "last sin" kau .


"Nak Tenang, Solatlah."

"Nak Menangis, Sujudlah."

"Nak Mengadu, Berdoalah."

"Nak Ingatan kuat, Selawatlah."

"Nak Syurga, Beribadatlah."


" Akan sampai satu saat doa-doa itu akan dimakbulkan Tuhan. "

Sabar dan teruskan istiqomah.


Forward from: Tarbiah Sentap
Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat:

“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

[ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]


Ustazah said :

Kalau sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkn rasa cinta. Tapi luahkan pada Allah. Itu lebih baik.


Air mata kamu itu menitis dengan izin Allah.

Ingat, Allah pencipta cinta, jangan pernah lupa setiap ujian itu tanda cinta-Nya kepada kita.


Forward from: Amira
Jom share channel anda di sini😉...Klik link di bawah⤵️ untuk spam Promote!!😘

Telegram.me/channelpromote


Bila cemburu, bila rindu, bila sedih kehilangan sesuatu.

Ucapkan :

Ma Fi Qalbi Ghairullah

"Tiada di hati ku melainkan Allah".

20 last posts shown.

183

subscribers
Channel statistics