Tarbiah Sentap


Channel's geo and language: World, English
Category: not specified


Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
World, English
Category
not specified
Statistics
Posts filter




Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Penghantaran buku Tarbiah Sentap berjalan seperti biasa bermula hari isnin sehingga jumaat. Kalau nak dapatkan buku secepatnya boleh lah buat pembelian sebelum jam 12 tengahari!

Koleksi buku kami ni korang boleh dapatkan di mana bersama dengan harga diskaun?

Boleh dapatkan di link di bawah 👇🏻

https://my.shp.ee/TnegNVn


1) Rukhsah Jamak dan Qasar diberikan untuk orang yang bermusafir hanyalah untuk musafir tujuan yang harus sahaja seperti pergi bekerja, belajar dan bercuti.

2) Keinginan tersebut gugur bagi musafir ke tempat maksiat. Mereka perlu solat seperti biasa dalam waktunya.

Kebenaran yang pahit untuk menerima tapi inilah hakikat yang nyata. Semoga kita boleh mengambil pengajaran dan ilmu ini untuk masa akan datang.


menantikan... Pengumuman gencatan senjata di Palestin.

Semoga sinar cahaya buat seluruh Umat 🤲🏻


Kata ustaz, kalau ada amalan nak buat masa Ramadan nanti, mulakan dari sekarang.

Solat berjemaah di masjid, baca Al-Quran, tidur awal, bangun awal pagi untuk qiamullail, banyak bersedekah, jaga akhlak, berlapar dan lain lain.

Ramadan nanti dah terbiasa.


Orang-orang yang meninggal semalam itu rupanya sama seperti kita .Mereka sangkakan hari ini mereka masih hidup.


Mari mengisi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan baik dan tekad untuk menjadi lebih baik.


Kami ada buat flash sale sempena tahun baru tau....

kalau korang nak kumpul koleksi buku tarbiah sentap, ini lah masanyaa!

Boleh dapatkan di kesemua platform kami iaitu tiktok dan shopee. tekan je link di bawah 👇🏻

https://www.tiktok.com/@tarbiahsentapofficial?_t=ZS-8swyrUXXLTc


Memasuki bulan Rejab, bererti dah perlu beringatkan hubungan diri kita dengan Tuhan, memperbaiki langkah, mentaubati dosa dan menjadi hamba baik untukNya. Perjalanan menuju Ramadhan... sempatkan lah kami.


kalau belum, kami nak ajak korang ramai ramai tekan link di atas!

Terima Kasih terus menerus support Tarbiah Sentap

sokongan padu dari korang akan buatkan kami lebih semangat lagi dan lagi.

Doakan kami 🥰🤲🏻


siapa dah dengar lagu dan tengok short filem baru kami? 🙋🏻‍♂️
Poll
  •   Dahhhh
  •   Belum lagi
24 votes






untuk tahun 2025 Alhmdulillah, Tarbiah Sentap telah bermula dan akan konsisten dengan membawakan short filem dari Tarbiah Sentap Records 🔥

buat semua followers kami,

terimalah short filem pertama untuk tahun ini iaitu It's Okay, Papa! yang telah pun release sebentar tadi.

kami mahu mengajak anda semuaa untuk menonton short filem ini dan semestinyaaa terus memberikan sokongan padu untuk kami menghasilkan banyak lagi karya dakwah yang hebat - hebat! dengan izin Allah...


vote dulu, kalau ramai baru kita cerita 🙂‍↕️


kalau ramai nak tahu, kami nak story malam ni jugaaa
Poll
  •   nak tahu!
  •   dah tidur!
97 votes


ada nak cerita sikit perjalanan Tarbiah Sentap permulaan 2025 ini, siapa nak tahu? ke dah tidur?


maka dalam tiap keterhijaban takdir :

jodoh, rezeki, ajal dan akhirat... tugas kita berprasangka baik, doa baik, ikhtiar baik, tawakal baik.


kita tenang, kerana semua ujian telah diukur dengan kadarnya.

Allah bukan hendak menguji kemampuan, melainkan menguji kemahuan untuk berjuang, untuk kembali padaNya dan bersandar padaNya.


𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧... 𝐬𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 :

1. Dipertemukan dengan Ramadhan.

2. Dimampukan membuat kebaikan.

3. Diampukan dosa yang lalu, sekarang dan akan datang.

4. Tahun 2025 banyak takdir luar biasa yang datang dengan kebaikkan, kelembutan Tuhan dan keafiatan.

5. Akhlak bertambah baik.

6. Mati dalam husnul khotimah, di tempat dan ‘keadaan’ yang baik-baik.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.

20 last posts shown.