ANCAM
Engkau ibarat singa membaham mangsa
tiada ampun dan kasihan
kau ratah mentah-mentah ke lubuk perasaan
tapi hari ini aku merasa hairan
singa itu menangis meleleh hingus
sampai kura-kura yang menyaksikan
ketawa terbahak-bahak
berguling-guling di tanah menahan senak.
Hujahmu ibarat belati
menyantuni segala tingkah dan peri
dan pabila kau dilontarkan
sebaris ayat serta kelakuan
yang datangnya daripada
insan-insan kau bilangkan sebagai keparat
amarahmu menyala dendammu membuak
ternyata pedoman yang kau beri semalam
seusai ditanak langsung menjadi basi.
Esok aku tidak tahu
kau mahu melakonkan watak
sebagai apa
cukuplah menjadi hamba
usah disalin karekter mergastua.
@CatatanSenjaa
Engkau ibarat singa membaham mangsa
tiada ampun dan kasihan
kau ratah mentah-mentah ke lubuk perasaan
tapi hari ini aku merasa hairan
singa itu menangis meleleh hingus
sampai kura-kura yang menyaksikan
ketawa terbahak-bahak
berguling-guling di tanah menahan senak.
Hujahmu ibarat belati
menyantuni segala tingkah dan peri
dan pabila kau dilontarkan
sebaris ayat serta kelakuan
yang datangnya daripada
insan-insan kau bilangkan sebagai keparat
amarahmu menyala dendammu membuak
ternyata pedoman yang kau beri semalam
seusai ditanak langsung menjadi basi.
Esok aku tidak tahu
kau mahu melakonkan watak
sebagai apa
cukuplah menjadi hamba
usah disalin karekter mergastua.
@CatatanSenjaa