Bismillah.


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


🍃 "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." 🍃
[Q.S An'aam:162]
Creator @liquid99
Admin @Fahmz
Admin @InsanTaqwa
Admin @Qasehmurabbi
Admin @hakimizulkifli

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Forward from: IVMist Sembur² Segar
Jadilah insan yang sentiasa bermanfaat😊


Orang yang baik tidak akan berhenti berbuat kebaikan meskipun kebaikan mereka mungkin tidak pernah dihargai.

Kerana yang dicari bukan balasan dari manusia tetapi balasan dari Allah. Teruskan membuat kebaikan, kebaikan yang kita beri inshaAllah kebaikan juga yang kita dapat.

@usahawanberjaya_produkistimewa


Telegram.me/usahawanberjaya_produkistimewa

Ramai orang yang hebat berusaha mengubah isi dunia dengan ideanya. Namun, ramai juga antara mereka yang lupa mengubah dalam dirinya sendiri. Akhirnya mereka menjadi pengubah yang palsu. Sibuk mengubah diri orang lain daripada diri sendiri.




Tujuan belajar adalah bukan untuk melihat ilmu siapakah yang lebih tinggi tetapi tujuan belajar adalah untuk mengeluarkan kita daripada kejahilan kepada ketamadunan.

@usahawanberjaya_produkistimewa




Nota Untuk Hati❤️
"Buatlah baik berkali-kali sampai kita dah tak mampu dah nak buat jahat"

@usahawanberjaya_produkistimewa


📚 Nota Hati 💖

'Nasi'hat adalah suatu perkara yang tidak pernah basi sampai bila2, carilah ia & jadikan pengajaran buat kita.

Setiap nasihat yang baik itu datangnya Dari Allah, maka jika orang nasihati kita maka itu adalah hadiah dari Allah untuk kita.

#muhasabahdiri
#kitataksempurna
#perlunasihat


Assalamualaikum....moga moga saudara dan saudari dirahmati Allah SWT di penghujung tahun 2018 dan akan mendatang...AMIN


Tulislah yang baik-baik, walaupun kita belum baik. Sekurang-kurangnya kita terselamat dari dosa menulis yang buruk-buruk.

Tulislah yang baik-baik, bukan kerana kita baik. Tapi kita berusaha untuk jadi baik.

Tulislah yang baik-baik, kerana kita tahu kita nak perkara baik. Dan apabila kita berikan yang baik, mudah-mudahan perkara yang baik itu balik kepada kita.

Tulislah yang baik-baik, kerana kita nak yang baik-baik itu tinggal, apabila kita sudah pergi.

Cakap yang baik, tulis lah yang baik-baik. Kerana yang baik itu semuanya ibadah. Walaupun hanya sekadar “senyum” dan “bersangka baik”

Wallahua'lam 😊


"Kezaliman akan terus ada bukan sebab ramainya orang jahat, tapi diamnya orang-orang baik."
-Ali bin Abi Thalib ra-


Keajaiban berdoa

Khatib berkongsikan pengalaman peribadinya ketika sedang menunaikan umrah di Mekah. Pada masa itu dia sedang berada di Masjidil Haram dan terlihat seorang tua bersama dengan anaknya. Anaknya sedang memimpin tangan bapanya yang tua, uzurdan buta.

Ketika melalui mereka, Khatib terdengar kata-kata ayah yang tua dan buta itu meminta anaknya melepaskan tangan dari memimpinnya.

“Lepaskanlah tangan aku, aku punya urusan dengan Allah,” kata si ayah yang buta.

“Bagaimana saya mahu lepaskan tangan memimpin ayah, sedangkan ayah tidak dapat melihat. Tentu ayah akan menghadapi kesukaran jika saya lepaskan!” jawab si anak dengan penuh kasih sayang.

“Lepaskan saja tangan aku itu, aku berada di rumah Allah, aku sedang menjadi tetamu Allah dan aku ada urusan dengan Tuhanku, lepaskanlah tangan ku ini,” rayu ayahnya lagi dengan tegas.

Akhirnya si anak melepaskan tangan dari memimpin ayahnya dan membiarkan ayahnya berlalu sendirian. Melihat peristiwa yang menarik itu, Khatib tergerak untuk mengikuti si ayah yang buta dan sakit tersebut. Dia ingin menyaksikan apakah yang akan diperbuatkan oleh si ayah.

Selepas dibiarkan sendirian membawa haluannya, si ayah dalam keadaan berdiri lalu mengangkat kedua belah tangannya ke atas dan berdoa dengan penuh ikhlas dan syahdu. Dia hanya menggunakan bahasa seorang awam dalam doanya tersebut.

“Ya Allah, sudah 60 tahun aku buta dan tidak dapat melihat. Aku sering mendengar cerita berkenaan rupa Kaabah, namun aku tidak dapat menyaksikannya dengan mata aku sendiri.

Demi kebesaranmu ya Allah!, engkau berilah aku kemampuan untuk melihat rupa Kaabah Mu sekarang ini Ya Allah!, aku ingin melihat Kaabah dengan mata ku sendiri!” rayu si ayah yang tua dan uzur itu dengan ikhlas.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran laungan si ayah yang buta itu dengan penuh takjub dan syahdu. Dia memuji-muji keindahan Kaabah dengan tidak berhenti-henti.

“Ya Allah, indahnya Kaabah! Indahnya Kaabah! Indahnya Kaabah!….” si ayah mengulang-ulang ayat tersebut tidak berhenti-henti dengan penuh rasa kegembiraan.

Masyaallah, Khatib dengan penuh kagum merasa amat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Doa si ayah yang telah buta sejak 60 tahun lalu dimakbulkan Tuhan serta merta. Dia dapat melihat Kaabah di depan matanya dengan matanya sendiri yang telah buta.
majalahniaga.com


Tanya pada diri

Adakah kita bersungguh-sungguh ketika berdoa dan adakah kita yakin sepenuhnya dengan doa tersebut?


Dakwah Lembut Atau Dakwah Keras?
================
1. Ramai yang bertanyakan tentang pendekatan yang terbaik dalam menangani isu LGBT ini. Ada yang mencadangkan supaya kita berlembut seperti Ustaz Ebit Lew dan Mufti Wilayah, manakala sebahagian pula mencadangkan supaya kita mengenakan pendekatan yang keras mempertahankan prinsip Islam dalam mendekati kumpulan aktivis ini.

2. Melihat pada Sirah Rasulullah ﷺ, Baginda menggunakan kedua-dua pendekatan ini. Adakalanya Baginda ﷺ berlembut, adakalanya Baginda berkeras.

3. Ketika di Mekah, Rasulullah ﷺ tidak memiliki kuasa dan fasa dakwah masih lagi berada diperingkat yang asas. Pendekatan Rasulullah ﷺ sangat lembut dalam tempoh ini. Sehinggakan Allah menegur Rasulullah ﷺ apabila Baginda bermasam muka kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum. Begitu teliti dakwah diperingkat ini sehingga bermasam muka pun ditegur oleh Allah. Insiden ini direkodkan di dalam surah Abasa.

4. Ketika di Mekah, para sahabat Nabi ﷺ diseksa, Qurasyh meletakkan perut unta ketika Rasulullah ﷺ sedang solat malah berhasrat untuk membunuh Baginda. Semua ini dihadapi Rasulullah ﷺ dengan sabar, tabah dan tidak berkeras.

5. Tetapi lain halnya di Madinah. Apabila Rasulullah ﷺ telah memegang tampuk pemerintahan, Rasulullah ﷺ dilihat sangat menjaga prinsip dan pendirian Islam. Ketika seorang perempuan Muslimah diselak kainnya sehingga terdedah auratnya, seorang Muslim datang mempertahankan maruah perempuan Muslimah ini. Pemuda Muslim ini kemudian dibunuh oleh sekumpulan yahudi lalu Rasulullah ﷺ mengarahkan tentera Islam memerangi Yahudi Bani Qainuqa’ ini. Maka tercetuslah Perang Bani Qainuqa’.

5.1 Nah lihatlah! Demi mempertahankan maruah seorang Muslimah, peperangan telah tercetus! Hari ini Muslimah kita hendak mengenakan tudung di hotel pun masih menjadi isu. Pramugari disarankan berpakaian sopan dikatakan jumud. Lemah sangatkah kuasa Muslim?

6. Malah ketika pembukaan kota Mekah, Rasulullah ﷺ mengarahkan mereka yang mencerca dan menghina Islam ini dibunuh sekalipun mereka bersembunyi disebalik kelambu Kaabah. Tindakan keras ini sangat menggerunkan hati musuh untuk mempermainkan Islam. Lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menggunakan prinsip yang keras bagi memastikan Islam tidak dipermainkan.

7. Melihatkan kepada pendekatan dakwah yang berbeza ini, kami merasakan bahawa setiap individu Muslim seharusnya berperanan sesuai dengan keadaan dirinya. Sekiranya beliau orang awam, barangkali pendekatan terbaik buat dirinya adalah dengan menyantuni dan menasihati kumpulan LGBT ini. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan tidak boleh berkeras apatah lagi mendiskriminasi mereka.

8. Namun, sekiranya beliau adalah seorang yang mempunyai pengaruh, beliau seharusnya menggunakan pengaruh tersebut untuk mendaulatkan Islam. Dan sekiranya beliau adalah seorang yang berkuasa, beliau boleh menggunakan kuasanya untuk bertegas memartabatkan hukum seperti yang disarankan di dalam al-Quran dan hadith.

Semua kita harus berperanan, bukan Pak Menteri sahaja.

Moga Allah membimbing dan merahmati kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=698560453814417&id=630358917301238


In Shaa Allah suatu hari kita akan sampai ke sini


Forward from: المُربي الحبيب عمر ماليزيا
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Dan hendaklah kamu memperbanyakkan amal soleh di awal 10 hari bulan Zulhijjah. Seperti sedekah, berpuasa, silaturrahim, membaca Quran, berzikir kepada Allah Subhanahu wa Taala dan berselawat kepada Baginda صلى الله عليه وسلم, dan yang paling penting adalah taubat bersungguh-sungguh dan menjauhi segala perbuatan maksiat. Kerana 10 hari awal di bulan Zulhijjah ini adalah hari dimana amal soleh dan maksiat akan dilipat gandakan balasannya. Dan juga hendaknya kamu di awal 10 hari awal Zulhijjah ini kamu bertasbih bertahlil dan bertakbir ketika melihat haiwan qurban seperti unta, lembu, dan kambing.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah Subhanahu wa Taala telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.❞

[Sulthonul ‘Ulama Habib Salim Asy-Syathiri Rahimahullah Taala]

https://t.me/iloverasulullah


" Ketika engkau mati, engkau akan mati begitu saja. Namun tulisanmu akan kekal dengan kebaikan selagi ia bermanfaat. "

- Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid -


👄Jaga mulut daripada mengata dan mengumpat.
👀Jaga mata daripada melihat benda yang tidak elok.
👂🏻Jaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang lagha.
👣Jaga kaki daripada melangkah ke tempat maksiat.
🙌🏻Jaga tangan daripada mengambil hak orang lain.
💓Jaga hati daripada mengikuti hawa nafsu.


Sewaktu sujud, jangan lupa minta 3 perkara ;

- Mati dalam keadaan baik (Husnul Khatimah)

- Sempat bertaubat sebelum mati.

- Syurga


salam jumaat bagi semua muslimin dan muslimat....moga hari mulia ini kita manfaatkannya dengan berbuat ibadat yang wajib dan sunnah

20 last posts shown.

203

subscribers
Channel statistics