》Himpunan Doa 《


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Himpunan koleksi Doa2 Majlis Rasmi & Doa Harian

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Doa Munajat Kami buat Murabbi

Ya Rabbi ya Ilahi
Kami bermunajat di malam penuh sepi
Mendoakan agar bumi ini diberkati
Bantulah kami yang lemah ini

Kami tahu ya RABBI
Islam sedang diuji
Masyarakat islam di lagakan sesama sendiri
Oleh musuh MU yang tidak pernah berhenti

Kami mohon ya ILLAHI
Anugerahkan kebijaksanaan kepada kami
Walau musuh sentiasa mencaci maki
Satukan kami bawah panji yg mulia ini
Dengan memberikan akhlak yang terpuji

Kami tahu..semua ini..
Adalah ketentuan mu yang telah terpatri
Tapi dengarlah rayuan kami
Ya Pemilik segala hati
Bantulah kami...
Umat ini semakin jauh dari islam yang hakiki

Bantulah kami menjalankan dakwah ini
Menyatukan ummat dengan ilmu yang ada pada semua insan2 yang mulia ini
Moga semua ummah bersatu hati
Mendidik ummat ini
Yang semakin parah di akhir2 ini

Kami mohon ya Maha penjaga hati
Lembutlah hati mereka yang menzalimi
Mana2 ulama yang berkhidmat utk agama ini
Moga yang batil dijauhi
Yang baik dihormati

Di kala ini ...
Hambamu bermohon penuh rendah hati
Moga islam terus mekar dibumi malaysia ini
Semua ummat islam bersatu hati
Menentang kemungkaran pada ketika ini.

Terimalah doa kami
Bantulah kami
Jauhilah sifat terkeji
Anugerahkan hidayah kepada yg menzalimi
Yang mulia dikalangan kami
Ialah insan yg taqwanya amat tinggi...
Amin ya rabbal alamin

#KatakanAmin
#Share


"Ya Allah, jika seseorang itu bencikanku kerana kelebihan yang dikurniakan-Mu kepadaku lebih baik dari dia dan selalu bahagia, hantarkanlah juga kelebihan dan kebahagiaan itu padanya"


Doa Kemerdekaan,

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.



Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.


DOA MAJLIS HARI LAHIR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ،

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas para nabi dan rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian

اللَّهُمَّ يَا رَحْمَـٰنُ يَا رَحِيْمُ
Ya Allah, di majlis yang mulia dan bersejarah ini, bersempena Majlis Hari Lahir (...) kami menadah tangan dengan penuh kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kurniaan-Mu yang Maha Esa kerana masih lagi diberikan peluang untuk kami hidup dan menghirup udara yang segar dan nyaman

Ya Allah, kami menadah tangan mengharapkan buat pemimpin kami ini (...) agar dipelihara dan dilindungi, dilanjutkan usia dalam sejahtera dan selamat, dalam iman dan taat serta dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan di akhirat. Begitu juga, kami pohonkan cucurilah rahmat keampunan-Mu kepada roh kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kami agar sentiasa di bawah naungan pemeliharaan-Mu

Ya Allah, bersempena dengan majlis ini kami memohon dikurniakan rahmat, keberkatan dan sihat wal afiat kepada kami semua yang hadir di majlis ini

رَبَّناَ ظَلَمْناَ أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَ تَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

@HimpunanDoa


5_6273726392181981336.pdf
7.0Mb
HIMPUNAN DOA NABI-NABI DALAM AL-QURAN. (File: PDF. Size: 7.0 MB)




GiftBook Seronoknya Doa 23




Doa senjata yang paling kuat

Bagaimana cara Nabi Musa berdoa?

Satu kaedah untuk berdoa adalah *berdoa setelah membantu orang yang dalam kesusahan.* Dengan membantu makhluk ciptaan Allah, Insyallah kita akan dibantu oleh Maha Pencipta.

🔰Surah Al Qasas 28:24.

فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Moga Allah mengurniakan rezeki yang diberkati, melindungi dan memberi kesihatan yang baik serta memperkenankan segala hajat kita semua. Amin

👆🏻Cara berdoa yang sangat baik; buat baik dahulu..

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1647522928638192&id=1610891682301317




ISU:
Saya adalah seorang muallaf dan saya musykil dengan ungkapan doa kepada org tua kita yang berbunyi “Ya Allah ampunilah kedua orang tua ku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil”. Apakah doa ini boleh didoakan oleh saya terhadap ibubapa saya yang bukan muslim?

PENJELASAN:
Berdoa adalah satu amalan yang amat dituntut oleh Islam. Namun memohon diampunkan dosa bagi orang yang musyrik adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dalam surah at-Taubah, ayat 113 :“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.

Kepada ibu bapa yang belum beragama Islam, doa yang terbaik ialah memohon Allah s.w.t memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk menerima Islam.

Wallahu A’lam

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=518127774951705&id=479690818795401






Doa Hari Sukan


DOA HARI GURU


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Doa keramat @ PAU2017...amin amin amin. Allah kabulkan doa perhimpunan hati & jiwa serta Allah pasti pelihara perjuangan dan nawaitu suci para pejuang Agama dan Bangsa.


Ya Allah, sesungguhnya kini telah berlaku banjir di sesetengah negeri di negara kami. Oleh itu Ya Allah, Engkau surutkanlah banjir tersebut, janganlah menambahkannya lagi Ya Allah. Mungkin ini satu peringatan-Mu kepada kami kerana kami sering lalai dan leka pada-Mu. Maka dengan itu kami memohon ampun pada-Mu Ya Allah. Kami ini manusia yang cepat lupa pada-Mu apabila mendapat kesenangan. Engkau selamatkanlah mangsa-mangsa banjir itu. Engkau permudahkanlah semua urusan mereka Ya Allah.

Ya Allah, Engkau pandu hati-hati kami ini, Engkau pandulah hati-hati pemimpin kami Ya Allah ke jalan yang telah Engkau redhai.

Selamatkanlah Malaysia ini daripada bala-bala besar yang mana mungkin tidak dapat tertanggung oleh kami. Sekiranya Engkau tetap menghukum kami, siapalah kami di sisi-Mu untuk menghalangnya. Kami hanya seorang hamba yang dilahirkan di dunia untuk mengabdikan diri pada-Mu.




Hukum Membalikkan Tangan Ketika Doa Tolak Bala'

Terdapat anggapan bahawa membalikkan tangan ketika berdoa menolak bala' adalah bid'ah. Menurut mereka Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak melakukannya.

Jawapan

Berdasarkan sejumlah hadith sahih dan sesuai dengan kesepakatan para ulamak baik salafussoleh mahupun khalaf bahawa pada waktu berdoa tolak bala' dianjurkan membalikkan telapak tangan. Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila berdoa tolak bala' membalikkan tangannya seperti disebutkan dalam sejumlah hadith antaranya :

Anas ibnu Malik radiyaLlahu 'anhu berkata :

Sesungguhnya Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, istisqa' maka beliau mengisyaratkan dengan belakang kedua telapak tangannya ke langit

(Hadith Riwayat Muslim) Subulus Salam II/149.

Pensyarah Bulughul Maram dalam Subulussalam memberi penjelasan hadith ini dan mengatakan : Hadith ini menerangkan bahawa apabila RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam berdoa mengangkat kedua tangannya dan membalikkan telapak tangannya dengan cara belakang tangan di letakkan di atas sambil mengangkatnya beliau berdoa menolak bala', namun apabila doanya meminta (bukan menolak bala') beliau mengangkat kedua tangannya dan telapak tangannya menadah ke atas. (Subulus Salam II/149)

Daripada Khalid ibnu al Saib daripada ayahnya ia berkata :

Sesungguhnya Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila memohon kepada Allah beliau memohon dengan menadahkan kedua tapak tangan beliau ke langit (atas) dan bila menolak bala' beliau menjadikan kedua belakang tangannya ke langit.

(Subulus salam Juz 11/149-150)

"Dan mereka memohon kepada-Ku dengan menadahkan tangan mereka dengan membalikkan tangan mereka (bila menolak bala').

Surah al Anbiya' : 95

Abu Hurairah berkata :

Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam keluar pada suatu hari solat istisqa' dan beliau solat dua rakaat tanpa azan dan iqomah kemudian beliau berkhutbah dan berdoa dan beliau membalikkan arah wajahnya ke arah kiblat dengan mengangkat kedua tangannya tinggi-tinggi kemudian membalikkan serbannya dan menjadikan yang tadinya di sebelah kanan kepada sebelah kiri dan yang tadinya sebelah kiri menjadi ke sebelah kanan.

Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi (Fiqh as Sunnah II/74)

Sumber : Drs Kyai Haji M.Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid'ah, Pustaka Al Riyadl, Cet Pertama 2010, Jakarta

20 last posts shown.

2 243

subscribers
Channel statistics