JIWA TARBAWI 391
Kerana dosa, ukhuwwah jadi retak ...
عن ابن عمر رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول: ( المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله ) ويقول:
( والذي نفس محمد بيده؛ ما تواد اثنان ففرق بينهما، إلا بذنب يحدثه أحدهما )
رواه الإمام أحمد
Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
" Seorang muslim itu saudara seorang muslim ( yang lain). Ia tidak menzaliminya, ia tidak membiarkannya "
Dan Baginda sallahu 'alaihi wa sallam bersabda lagi :
" Dan Demi Zat yang diri Muhammad di TanganNya, Tidaklah dua orang saling mengasihi , kemudian keduanya berpisah ( kerana berselisih ), melainkan pasti disebabkan oleh dosa yang dilakukan salah seorang di antara keduanya.”
HR Ahmad
Justeru, apabila seorang muslim itu mula merasakan kelainan sikap dari saudaranya, maka hendaklah ia bermuhasabah menilai dirinya sendiri terlebih dahulu, mungkin ia telah melakukan dosa seperti mengumpat, mencerca, bersangka buruk atau perlakuan-perlakuan dosa yang lain. Tambah kalau dosa itu dilakukan terhadap saudaranya itu sendiri. Jika benar, maka hendaklah ia segera bertaubat dan mohon kemaafan agar cinta dan kasih sayang saudaranya akan kembali bersemai padanya.
ABi