Tiada kenaikan tarif air di Perak
zahratulhayat@nstp.com.my
IPOH: Tiada kenaikan tarif air di negeri ini seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata dakwaan mengatakan keuntungan diperoleh Lembaga Air Perak (LAP) setiap tahun adalah kerana kenaikan tarif air yang dikenakan sehingga menyeksa rakyat, adalah tidak benar.
"Saya tahu di Facebook ada yang mengatakan kami (LAP) boleh bangga dengan apa yang kami dapat sehingga menyebabkan rakyat terseksa tetapi itu tidak benar.
"Kami tidak tidak pernah menaikkan tariff air, malahan Perak antara negeri yang tidak pernah menaikkan tarif air setiap tahun dengan kali terakhir dinaikkan pada 2006.
"Itu saja dan sampai sekarang kami tidak pernah naikkan dan kami tidak ada niat (naik tarif) sama sekali," katanya.
Zambry berkata pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga yang diadakan di LAP, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah LAP, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
"LAP teruskan tradisinya dengan membantu rakyat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana sebahagian keuntungan diberi balik kepada rakyat seperti bayaran zakat, sedekah termasuk subsidi air untuk golongan miskin.
"Apa yang paling penting ialah pengurusan air yang baik, kita jana hasil yang baik dan hasil yang baik beri pula untuk kesejahteraan rakyat ," katanya.
Mengenai laporan pencapaian LAP, Zambry berkata, jualan air sebanyak RM335.04 juta direkodkan pada tahun lalu, berbanding RM336.16 juta pada 2016.
#bhariancom 🔗 https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/402784/tiada-kenaikan-tarif-air-di-perak