'Bukan nak tiru Siti Nurhaliza'
By: Fatin
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wany Hasrita, menafikan dakwaan kononnya beliau cuba meniru Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila muncul bersama single irama Malaysia, Ewah Ewah.
Bukan sekadar bintang yang baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung itu, malah kata Wany, 26, beliau tidak berniat untuk meniru mana-mana artis yang memperjuangkan muzik berkenaan pun apabila merakamkan lagu terbabit.
"Jujurnya, saya tidak berniat meniru Siti mahupun artis lain yang menyanyikan lagu irama Malaysia. Saya menyanyikan lagu dalam genre ini kerana minat. Pada masa sama, saya mahu memastikan irama terbabit tidak tenggelam begitu saja.
"Sebenarnya, banyak lagu tradisional yang bagus, tetapi tidak diketahui ramai. Saya pula cukup bersyukur apabila diberikan ruang untuk muncul dengan muzik sebegini.
"Semoga usaha saya ini secara tidak langsung memberikan dorongan kepada penyanyi irama tradisional lain untuk tampil ke depan," katanya kepada BH Online.
Sejak awal kemunculannya, Wany sememangnya tidak dapat lari daripada kritikan dan perbandingan bersama penyanyi lain. Sebelum ini, beliau dikatakan mempunyai suara hampir sama dengan Siti Nordiana.
Menyentuh single baharunya itu, video muzik rasmi Ewah Ewah yang dimuat naik ke laman YouTube pada 4 Mac lalu sehingga kini sudah pun meraih hampir 1.8 juta tontonan.
Wany sendiri tidak menyangka sambutan diterima begitu baik, apatah lagi beliau sedar muzik sedemikian, katanya, bukanlah pilihan stesen radio arus perdana.
"Alhamdulillah, jumlah tontonan video lagu ini semakin meningkat. Ia menjadi bukti masih ada yang meminati lagu irama Malaysia. Karya Pak Ngah sendiri masih mendapat tempat di hati pendengar," katanya.
Dedah Wany, pada awalnya beliau tidak mempunyai perancangan untuk menerbitkan lagu itu.
"Lagu ini juga sebenarnya kurang dipromosikan oleh saya. Ia dikeluarkan ketika saya dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.
"Malah kalau nak diikutkan, tiada rancangan pun untuk mengeluarkan lagu ini. Saya rakam video muzik pun sekadar untuk dimuat naik ke Instagram. Namun, selepas berkongsi video itu awal Februari lalu, ia mendapat maklum balas sangat baik.
"Ramai yang menyokong usaha saya mengeluarkan Ewah Ewah. Selepas melihat sambutan diberikan, saya keluarkan juga sebagai hadiah untuk penyokong," katanya.
Menurut Wany, Ewah Ewah akan turut dimuatkan dalam album mini yang diusahakannya ketika ini.
Selain lagu itu, album berkenaan akan turut menyenaraikan lagu popularnya, Menahan Rindu; Rintihan Rindu; lagu duet bersama Tajul, Di Sana Cinta Di Sini Rindu; serta sebuah lagu baharu.
Selain itu, Wany juga akan mengeluarkan koleksi baju raya dan makanan sunnah berbentuk jeli dalam masa terdekat.
Permalink