Forward from: Mamat
kirannya kala itu. Dia bersiap siaga dengan sebarang ancaman yang mungkin muncul mendadak.
Sebaik jarinya menyentuh papan tingkap, tidak semena-mema satu jeritan kuat kedengaran. Bebola mata Badrul bergerak-gerak. Itu suara anak perempuannya! Badrul membatalkan niat membuka tingkap tersebut. Fokusnya terarah kepada satu-satu anaknya itu. Segera Badrul menghambur larian menuju ke bilik anaknya. Cemas menujah dada.
Pintu bilik ditolak keras. Suis lampu ditekan tetapi tidak bernyala. Kelibat anaknya dilihat sedang duduk berpeluk tubuh sambil menangis teresak-esak di atas katil. Bingkas Badrul mendapatkan anaknya itu.
“Kenapa ni Mia?”Badrul menyoal cemas sambil memeluk tubuh anaknya. Matanya meliar ke kiri dan kanan.
“Kawan abah tadi ada dalam bilik ni. Dia tengah berdiri belakang abah. Muka dia buruk sangat.”beritahu Mia dengan suara bercampur esak tangis.
Berderau darah Badrul mendengarnya. Kepalanya terasa kebas. Bulu romanya meremang ketika itu! Lekas-lekas Badrul memangku anaknya itu. Tidak sesekali dia menoleh ke belakang. Dia membawa anaknya keluar dari bilik dan berlalu ke biliknya sendiri. Dia seakan dapat mengagak semua yang berlaku ini berkait dengan jenazah yang diuruskannya siang tadi.
Pintu biliknya ditolak. Hairannya lampu biliknya bernyala. Badrul melangkah masuk. Tatkala itu matanya terbuntang luas. Isterinya dilihat sedang memeluk…
Mia!
Jantung Badrul terasa terentap dari tangkai. Seluruh tubuhnya menggeletar.
“Apa yang abang tengah dukung tu?”suara Hasnah menggeletar sambil jarinya menuding ke arah ‘Mia’ yang sedang dikendong oleh Badrul itu. Mia dilihat kian erat memeluk tubuh Hasnah dengan esak tangis yang menggila.
Perlahan-lahan Badrul menggerakkan retina melihat ke bawah. Tatkala itu urat takungan nyawanya terasa putus. Satu jasad siap berkafan sedang berada dalam pangkuannya! Hanya bahagian wajahnya sahaja yang terserlah. Matanya terbuntang luas, lidahnya terjulur panjang, kulit mukanya hitam seperti terbakar hangus!
Badrul dihambat kejutan bukan kepalang. Dia menjerit semahu-mahunya.
***
Keesokan harinya, Ustaz Fahim yang merupakan imam di masjid kampung tersebut telah dipanggil. Sebaik kakinya menginjak ruang tamu, Badrul dilihatnya sedang berbaring di tengah-tengah halaman. Dia meracau dan matanya terbeliak-liak memandang sekeliling. Beberapa orang jiran yang sedang duduk di ruang tamun segera bangun dan memberi laluan kepada Ustaz Fahim.
Ustaz Fahim merapati Badrul. Wajah Badrul diperhatinya. Kulitnya dari muka hingga ke kaki kekuningan tidak ubah seperti mayat. Langsung dia tidak menegur Ustaz Fahim yang berada di hadapannya. Matanya terbeliak merenung ke arah kipas sebelum berkalih melihat ke arah penjuru ruang tamu.
Ustaz Fahim mendapatkan Hasnah yang duduk tidak jauh dari situ.
“Apa sebenarnya yang berlaku dengan Badrul?”soal lelaki berusia lingkungan 50-an itu.
Hasnah segera menceritakan segala peristiwa yang berlaku semalam. Ustaz Fahim hanya mengangguk-angguk faham sebelum pandangan dimuntahkan sekilas ke arah Badrul.
“Dari apa yang saya lihat, laki kamu ni terkena badi mayat. Dan ada sesuatu yang tengah cuba berdamping dengannya.”ujar Ustaz Fahim tanpa berselindung.
Tatkala itu, Badrul yang sedang merenung kipas perlahan-lahan memandang ke arah Ustaz Fahim. Seolah-olah mendengari dirinya menjadi subjek perbualan. Bibirnya mengukir senyuman sebelum dia tertawa mengekeh. Suaranya garau tidak seperti suara Badrul kebiasaan. Bulu roma Hasnah tegak terpacak. Mia memeluk tubuh ibunya erat. Dia ketakutan.
Ustaz Fahim memanggil tiga orang lelaki yang sedang duduk di sekitar ruang tamu. Dia mengarahkan mereka berdua supaya duduk mengelilingi Badrul. Sekadar mengawal jika lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas. Dan seorang lagi lelaki diarahkan ke kubur arwah Pak Hamid bagi mengambil segenggam tanah kuburnya.
Ustaz Fahim berdiri menghadap Badrul. Bibirnya mula mengalunkan al-Fatihah, surah Muawizzat (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) dan ayatul Kursi. Tamat bacaannya, Badrul tidak semena-mena membengis. Kakinya dihentakkan bertubi-tubi ke arah lantai kayu. Matany