Forward from: ?Ʀ.?ℓe⃟ ✗™
SEMBELIH
“Hahaha! Hihihi!” suara ketawa itu sekejap mengekek, sekejap berdekah bersimpang siur tidak tentu bunyinya. Tetapi yang sangat pasti ketawa yang berselang seli dan berbagai rentak itu hanya menggetarkan hatinya. Dia meligas kiri dan kanan. Namun tiada apa yang kelihatan.
Matanya ditutup dengan kain. Dia pasti sedang duduk di atas kerusi. Namun kedua belah tangannya di ikat ke belakang. Kakinya juga sukar bergerak kerana di ikat pada kaki kerusi. Tengkuknya terasa sengal. Otaknya terbejat buat seketika. Gagal mencerna apa yang terjadi.
Dia cuba menghentak-hentak kerusi. Mahu meleraikan ikatan yang terasa sangat ketat menjerut pergelangan tangan dan kaki. Hampa, tiada satu pun usahanya berhasil. Tubuhnya menggeletar kesejukan. Sepertinya dia duduk dalam peti ais. Sejuk hingga membekukan tangan dan kaki. Malah terasa menggigit sejuknya sehingga ke tulang. Giginya berlaga sesame sendiri. Rasanya sudah ke tahap beku sejuknya.
Sayup telinganya menangkap bunyi sesuatu di gilis. Berlaga. Bunyi seperti gesekan benda tajam di asah. Menerbitkan ngilu pada gigi. Kemudian terdengar derak derak seperti sesuatu di potong dengan mesin.
“Zingggg… terrrrr…” bunyi itu berselang seli dengan ledakan tawa yang bersimpang siur. Bingit dengan gema muzik yang menyeramkan. Seperti lagu memuja atau sebenarnya irama syaitan. Dia tidak tahu. Hanya meneka-neka.
Hidungnya menghidu bau pelik. Hanyir bercampur hapak. Juga bau yang busuk seperti bau bangkai. Tekaknya kembang mahu terjeluih muntah. Namun tiada apa yang mampu keluar lantaran dia teringat perutnya seakan sudah agak lama tidak di isi makanan apatah lagi minuman. Tekaknya haus malah perutnya berkeriut dengan irama entah lagu apa.
Seketika kemudian dia terasa ikatan matanya melonggar. Barangkali akibat gerakannya yang agak kuat. Terkejip-kejip dia seketika menapis cahaya lampu kalimantang yang tiba-tiba sahaja menerpa retina setelah bergelap buat seketika. Kemudian setelah jelas pengelihanatnnya, matanya terbuntang. Terbelalak melihat panaroma ngeri lagi asing di dalam bilik tersebut. Dia berada dalam sebuah bilik. Bilik yang di dalamnya ada besi-besi penyangkuk untuk menyangkuk daging.
Bezanya yang terlihat pada matanya sekarang adalah daging-daging yang dia kenal.
“Arghhhhhh…” jeritannya bergema. Ketakutan terusan menerpa. Tubuhnya bergetar hebat. Di kelilingi gantungan tubuh manusia. Tanpa kepala, tanpa tangan dan tanpa kaki. Ya tubuh badan yang masih mampu di kenali jantina lelaki dan perempuannya. Tempat apakah ini?. Di hujung bilik sejuk itu di atas palet selonggok tubuh dengan warna kulit yang berbeza-beza. Juga tanpa tangan dan kaki. Malah ada tag pula di hujung peha yang sudah togel tanpa kaki.
Dia memerhati dengan ekor matanya. Mengitari dengan pandangan yang agak terhad. Di hujung bilik sebelah kirinya pula ada satu tong besi. Ada lelehan darah merah melimpah lantai. Dia melihat rambut terjuntai. Kepala? Ya kepala manusia barangkali. Kepala mereka-mereka yang sedang di gantung seperti daging lembu dan kambing sebelum di lapah. Terus dia teringat tentang rumah sembelihan. Ya tuhan, ini rumah sembelihankah?. Tapi sembelihannya manusia. Dan rasa mual terus menggelodak hebat sebelum akhirnya dia termuntah hijau. Pahit tekak jadinya.
Dia meronta-ronta keras. Berharap ikatan mengikat tangan dan kakinya melonggar. Dia mahu lari.Mahu menyelamatkan diri. Tempat jahanam dan menyeramkan ini harus di jauhi. Namun gagal. Ya dia gagal. Ikatan itu sedikit pun tidak melonggar. Tetapi semakin ketat di rasakan. Sehingga pergelangan tangan dan kakinya terasa pedih dan sakit. Sudah pasti gilisan tali yang mengikat tangannya itu sudah mula menghiris kulit.
Dalam keadaan terkial-kial mahu melepaskan diri pintu besi bilik itu di tolak dari luar. Serta merta hawa panas dari luar menerobos masuk. Dia terkebil-kebil melihat seoarang lelaki bertubuh besar dan gagah. Dengan apron di badan. Sebilah parang besar pemotong daging tergenggam erat di tangannya. Pisau itu tajam berkilat. Dia menyeringai. Giginya berkarat dengan nikotin. Rupanya jauh daripada kacak. Menggerutu bagai tar jalan dilenyek