Selepas tahajud, kita akan rasakan kebahagiaan.
Selepas sedekah, kita akan merasakan kepuasan.
Selepas memaafkan, kita merasakan keringanan.
Selepas ibadah apa sahaja, kita akan segera merasakan kesannya dalam hati dan hidup kita.
Benar kata Ibn ‘Athaillah Al-Sakandari :
“Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.”Berkata Ibrahim Al-Khawas :
“Siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.”🌹
@NakPesanBoleh