Surah Ad-DhuhaKebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya. Namun, adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad-Dhuha sebenarnya telah memberi pendedahan berupa pengajaran dan kesannya dalam kehidupan seharian kita?
Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.
Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?
Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.
Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.
@QuranMP3SaifulMy