Soalan : Ustazah, boleh ke kalau saya nak menari Panama Dance yang sedang viral tu?
Jawapan : Boleh tapi depan suami la 😁, nak berlenggok ke bergoyang bagaimana pun silakan TAPI depan suami. Kalau yang belum kawin tu, ha..boleh menari depan cermin, tengok diri sendiri atau bersama HANYA kawan-kawan perempuan di tempat TERTUTUP, no problem.
Di khalayak umum, lebih-lebih lagi bercampur jantina, dirakam kemudian dimuatnaik pula ke media sosial, TIDAK BOLEH kerana ia melibatkan banyak isu agama.
Wanita Muslimah yang menyertai Panama Dance secara terbuka dan tersebar video mereka, telah mendedahkan bahagian tubuhnya yang wajib dilindungi dari pandangan lelaki ajnabi, sementara lelaki pula tentu sukar untuk tidak menoleh dan melihat sesuatu yang 'menarik' sebegini.
Aktiviti tersebut jika baik untuk kesihatan sekalipun, jangan dilupakan dari sudut pandang agama padanya.
Aurat,
hijab,
ikhtilat serta sifat malu yang mesti dipertahankan.
Andai semua kepentingan beragama itu dilayan acuh tak acuh sahaja, semakin lunturlah nilai bertudung dan kian mudah maruah muslimah itu dipertikai.
Suami-suami, ayah-ayah, abang-abang dalam keluarga, tolong prihatin dan peduli.
🌹
Ustazah Noraslina
🦋
@Soulofiman