SOAL JAWAB
MAKAN DENGAN TIGA JARI
SOALAN:
Berkenaan sunnah makan dengan tiga jari saya ingin tahu jari makakah yang tiga itu dan adakah ia satu kewajipan bagi kita mengikutnya dan apakah hukumnya jikalau kita makan seperti biasa menggunakan lima jari ?
JAWAPAN:
Jari yang dimaksukdan ialah jari ibu dan jari telunjuk dan jari tengah.
Diriwayatkan daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a. katanya:
رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث : بالإبهام والتي تليها والوسطى
Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW makan ia dengan menggunakan tiga jarinya yaitu dengan ibu jari dan jari telunjuk dan jari tengah. [Hadis Riwayat Imam At-Tabarani dalam kitab Al-Awsath]
Hendaklah diketahui bahawa hukum makan dengan menggunakan tiga jari ini ialah sunat dan bukannya wajib.
Siapa yang memakan dengan lima jari seperti biasa masyarakat kita amalkan maka tidaklah menjadi kesalahan hanya menggunakan tiga jari itu sunnah iaitu lebih afdhal kerana tidak banyak makanan yang diambil masuk kedalam mulut kerana memasukkan makan yang banyak sekali suap ke dalam mulut itu adalah adab yang kurang elok.
Dan bukan semua keadaan kita disunatkan makan dengan tiga jari adakalanya terpaksa makan dengan lebih dari tiga jari mengikut keadaan semasa dan jenis maknan yang kita makan.
Kalau sukar mengangkat atau mengambil suatu makanan dengan menggunakan tiga jari maka harus menggunakan dua jari lagi ketika itu.
Berkata Imam Muslim:
وَاسْتِحْبَابُ الْأَكْلِ بثلاث أصابع ولايضم اليها الرابعة والخامسة إلالعذر بأن يكون مرقا وغيره مما لايمكن بِثَلَاثٍ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِنَ الْأَعْذَارِ
Maksudnya: “Dan disunatkan makan dengan tiga jari dengan tidak ditambah dua lagi jari melainkan kerana uzur seperti mengambil lauk atau kuah daripada yang tidak mungkin mengambilnya dengan tiga jari dan lain dari yang deikian itu daripada segala uzur.” [Kitab Syarah Muslim]
Kesimpulan
Makan dengan menggunakan tiga jari adalah afdhal kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Jika memerlukan lebih dari tiga jari ketika makan maka hukumnya adalah harus.
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial