SOAL JAWAB
SOLAT TIDAK BERNIAT
SOALAN:
Adakah sah solat seorang itu jika dia tidak berniat?
JAWAPAN:
Sekelian ulamak mazhab yang empat mewajibkan berniat ketika solat. Ulamak mazhab Maliki dan Syafie berkata bahawa berniat adalah rukun solat manakala ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali berkata bahawa berniat adalah syarat sah solat.
Solat dengan meninggalkan satu rukun adalah tidak sah manakala orang yang meninggalkan satu syarat dari syarat-syarat sah solat maka solatnya tidak sah.
Oleh kerana itu maka siapa yang mengerjakan solat tanpa berniat atau dia berniat tetapi dengan niat yang salah maka solatnya tidak sah dengan sepakat ulamak.
Tersebut dalam ktab Al-Fiqhu ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:
أن المالكية والشافعية اتفقوا على أن النية ركن من أركان الصلاة، فلو لم ينو الصلاة فإنه لا يقال له: قد صلى أصلاً، والحنفية والحنابلة اتفقوا على أنها شرط؛ بمعنى أنه إن لم يأت بها فإنه يكون قد صلى صلاة باطلة
Maksudnya: “Sungguhnya ulamak mazhab Maliki dan Syafie sepakat atas bahawa sungguhnya niat itu satu rukun dari segala rukun solat maka jika dia tidak berniat maka sungguhnya tidak dikatakan baginya telah mengerjakan solat.
Dan ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali pula sepakat atas bahawasanya niat itu adalah syarat sah solat dengan makna jika dia tidak berniat maka sungguhnya solatnya itu batal.”
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial