Luahan hati seorang Netizen.
Saat Menteri kewangan,Tengku Zafrul mengumumkan tuntutan rakyat sejak sekian lama,maka seluruh Malaysia bagaikan gegak gempita ,ada yang menangis,sujud syukur dan jeritan gembira. Manakan tidak ,Kwsp yang yang diperjuangkan selama ni bakal menjadi realiti. Rata-rata netizen menjadi cukup aktif di media sosial meluahkan hasrat kepada kerajaan sekarang,mendegar denyut nadi dan luahan mereka. Bukan 100K diharapkan tetapi 10K yang cukup untuk membawa sinar baharu untuk mereka dikala keresahan masyarkat untuk menghadapi hidup di balik birai pandemik Covid 19. Ada melaungkan terima kasih kerajaan,anda prihatin. Namun ,pengumuman syarat baharu oleh Kwsp untuk melayakkan mereka memohon i-sinar bagi merentap jiwa-jiwa yang penuh pengharapan. Kekecewaan yang jelas terpancar, rata-rata meluahkan rasa kecewa ibarat diberi janji palsu. "Sangat² mengecewakan.. sy buat 2 kerja tapi 1 dah tutup.. hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung.. sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman.. kereta cari makan sy dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan.. 😠-komen salah seorang netizen. Ada pula yang meluahkan bahawa gaji hanya sekitar rm1500,memanglah tiada pengurangkan,tapi kami perlukan untuk membayar hutang ,kos sara hidup tinggi dan pelbagai perkara. Sedih lihat banyak hantaran dan komen rakyat yang begitu sedih ,mereka begitu berharap kerana kekangan kehidupan sekarang. Kekecewaan rakyat jelas terpancar,mereka perlukan kerajaan di saat kini,kalau kita atasan boleh makan makanan sedap,tidur di katil yang empuk dan menaiki kenderaan. Rakyat hakikatnya berhujan panas,menaiki kenderaan dalam kesesakkan lalu lintas dan meredah ranjau hanya untuk sesuap nasi. Memanglah gaji mereka tidak terjejas, tiada pemotongan ,tidak hilang pekerjaan tapi kita perlu sedar sebahagian besar terjejas terutamanya B40 dan M40. Dengan kenaikan kos sara hidup yang ketara,mereka mengharapkan kwsp sebagai alat untuk meringankan beban mereka ,dapatlah tampung kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi. "duit sendiri pun susah nak bawa keluar"komen yang menghiasi laman-laman fb terutamanya pimpinan kerajaan. Diharap tulisan ini memberi kesedaran kepada pimpinan kerajaan untuk memperhalusi perkara ini, jika yb ii sekalian boleh makan sedap -sedap,boleh duduk sedap-sedap, adakah kami rakyat di bawah ini.? Adakah kita ingin membiarkan rakyat di bawah bermandi peluh demi sesuap nasi dan kita nyeyak dengan kesenangan setelah mendapat mandat rakyat.
#sebarkanBiarSuaraRakyatdidengar
@thepensilkayuofficial