The Tazkirah Iman


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Rasulullah ﷺ
Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad ?

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Berkata guru saya ,

Apabila kita belajar ilmu agama jangan berhenti separuh jalan , belajarlah sehingga habis walaupun pada mula-mula kita agak pening kerana tidak memahami sesuatu ilmu itu .

Jadikan belajar ilmu agama ini seperti seseorang itu belajar menghisap rokok . Pada kali pertama seseorang itu belajar menghisap rokok , pasti dia terbatuk dan rasa pening . Tetapi , dia tetap menghisapnya juga walaupun pening dan terbatuk sehingga dia menjadi ketagih dan akhirnya dia merasai nikmat kesedapan rokok tersebut . Kalau tidak hisap rokok , dia akan menjadi gelisah .

Begitulah juga apabila kita belajar ilmu agama terutamanya ilmu tauhid dan lain-lain ilmu pada awalnya memang agak pening untuk difahami tetapi jangan berhenti belajar , terus bertahan sehingga kita faham dan apabila kita sudah faham kita akan merasa ketagih untuk belajar ilmu agama kerana sudah memahaminya sesuatu ilmu itu dan akhirnya kita akan merasai nikmat kesedapan dalam menuntut ilmu sehinggakan kita akan menjadi gelisah apabila tidak pergi ke majlis-majlis ilmu .

@thetazkirahiman


Kurangilah kesenanganmu pada dunia , agar berkurang kedukaanmu di akhirat .

Imam Syafie

@thetazkirahiman


Kematian bertanya kepada kehidupan ,

Kenapakah manusia terlalu mencintaimu dan membenciku ?

Jawab kehidupan ,

Kerana aku adalah kepalsuan yang manis dan engkau adalah kebenaran yang pahit .

@thetazkirahiman


Ketika dirasa beban terlalu berat untuk dipikul .

Jangan minta untuk diringankan .

Tetapi , mintalah untuk dikuatkan .

Maka , jadi kuatlah kerana Allah .

@thetazkirahiman


Sebelum kematiannya , Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut :

1 . Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat .

2 . Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan .

3 . Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya .

Ditanya oleh salah seorang generalnya , Alexander menjelaskan begini :

1 . Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian , setinggi mana kepakaran doktor dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian .

2 . Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati . Ia tetap akan terus berada di dunia .

3 . Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang iaitu masa .

Kesimpulannya , tidak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidup kamu tidak akan mungkin kamu dapat menyelamatkan diri kamu dari kematian . Pada masa itu terputuslah segala-galanya kecuali amal jariah dan warisan-warisan kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu .

@thetazkirahiman


Allah tidak berjanji tiap-tiap yang berkahwin itu akan dikurniakan anak .

Sayyiditina Aishah berkahwin dengan Baginda Nabi Muhammad SAW pun tidak dikurniakan anak .

Maka , apa yang peliknya ?

Tidak pelik kalau berkahwin tidak mempunyai anak . Yang peliknya belum berkahwin tetapi sudah mempunyai anak .

@thetazkirahiman


Telah ditanya kepada seorang ahli sufi ,

Kenapa manusia itu takut kepada kematian ?

Maka , dijawab oleh ahli sufi tersebut :

Manusia takut kepada kematian kerana mereka menjadikan dunia itu seperti mahligai yang indah dan mereka menjadikan kematian itu seperti pondok yang buruk . Mana mungkin mereka inginkan tinggalkan mahligai yang indah yang telah mereka bina untuk pergi ke sebuah pondok yang buruk . Pasti itu sukar untuk mereka lakukan .

@thetazkirahiman


Saat kita hanyut dengan dosa dan maksiat , lalu Allah menghantar pelbagai teguran kepada kita terutamanya dari manusia supaya kita tidak terus alpa dan lupa kepada Allah .

Alhamdulillah , itu tandanya Allah masih sayangkan kita .

@thetazkirahiman


Walau sehelai daun pun , jika Allah tidak izinkan tidak akan jatuh ke permukaan bumi .

Dan , adakah kita masih ragu-ragu dengan masa depan kita ?

Jangan terlalu keluh kesah dengan masa depan kita kerana jika Allah mahu berikan sesuatu itu kepada kita hanya boleh berlaku dalam sekelip mata .

Maka , yakin tiap-tiap apa yang Allah telah tetapkan untuk kita ianya tetap akan menjadi milik kita kerana semua yang berlaku didunia ini semuanya atas keizinan Allah .

@thetazkirahiman


Setiap kali kamu bersedekah walaupun duit kamu hampir habis . Percayalah rezeki lain akan datang tanpa disangka-sangka .

Maka , sedekahlah sesuatu itu dengan ikhlas kerana setiap apa yang kamu beri itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik daripada Allah .

@thetazkirahiman


Negara kita diperintah oleh pemimpin islam , kita bebas untuk mengamalkan ajaran islam dengan sepenuhnya . Masjid dan surau banyak dibina . Tetapi , dalam keadaan itu pun masih ada yang tidak solat . Dan , kajian yang telah dilakukan hampir 80% orang islam di negara ini tidak solat .

Dan , cuba kita berfikir sejenak negara yang diperintah oleh pemimpin bukan islam . Orang islam sukar untuk mengamalkan ajaran islam sepenuhnya kerana kekangan daripada pemerintah tetapi mereka tetap solat walaupun terpaksa menyorok .

Maka , tersangatlah rugi didunia mahupun diakhirat kita sebagai orang islam di negara ini meninggalkan solat dengan sengaja sedangkan di negara lain masyarakat islam sukar untuk mengamalkan ajaran islam sepenuhnya kerana mereka adalah golongan minoriti , bahkan ada diantara mereka ditindas , dibunuh dan dihalau daripada negara mereka sendiri .

@thetazkirahiman


Tanam rasa cinta kita kepada ulama dan orang-orang soleh kerana mereka adalah insan yang dekat dengan Allah .

Dan , jauhilah rasa cinta kita kepada artis kerana mereka adalah orang yang jauh daripada Allah .

@thetazkirahiman


Dua perkara yang selalu kita kena ingat :

1 . Ingat Allah kerana Allah yang telah memberikan jutaan nikmat kepada kita maka wajib kita syukuri .

2 . Ingat mati kerana kematian itu berlaku setiap saat dan giliran kita pasti akan sampai .

Luqman Al-Hakim

@thetazkirahiman


Barangsiapa mengajak kepada suatu petunjuk (amal kebaikan) . Maka , dia memperolehi pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka .

Dan , barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan (perbuatan dosa) . Maka , dia memperoleh dosa sebanyak dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka .

Shahih Muslim , 2674

@thetazkirahiman


Baginda Nabi Muhammad SAW ditanya ,

Siapakah manusia yang paling baik ?

Baginda Nabi Muhammad SAW menjawab ,

Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya .

@thetazkirahiman


Tidak perlu menjadi perempuan yang cantik kerana perempuan cantik sudah terlalu ramai .

Jadilah perempuan cerdik yang mempunyai sifat malu kerana dunia semakin kehilangan golongan ini .

@thetazkirahiman


Babi masuk masjid bukan sebab mahu solat .

Tetapi , babi masuk sebab ingat manusia sudah lupa masjid itu tempat untuk beribadat .

@thetazkirahiman


Cintailah para ulama dan orang-orang yang soleh kerana kita akan bersama dengan orang yang kita cintai pada hari akhirat kelak .

Dan , jangan mencintai para artis kerana kita akan dibangkitkan bersama mereka di hari akhirat kelak . Mereka mungkin terkenal didunia tetapi di akhirat mereka mungkin insan paling hina .

@thetazkirahiman


Diceritakan oleh guru saya ,

Orang-orang soleh terdahulu apabila nyamuk datang untuk mengigitnya , maka tidak ditampar akan nyamuk itu tetapi dihalau nyamuk itu untuk pergi . Berbeza sungguh dengan kita , nyamuk apabila mengigit kita , ditampar akannya dan dilenyek-lenyek nyamuk tersebut walaupun nyamuk itu sudah mati .

@thetazkirahiman


Lebih banyak diuji itu tanda Allah menyayangi kita . Bukankah para Nabi dan orang-orang soleh dahulu juga turut diuji ? . Maka , ujian itu membawa kita lebih dekat dengan Allah .

@thetazkirahiman

20 last posts shown.

6 784

subscribers
Channel statistics