₍🐳₎ ..⃗. ꒰ My First Crush ꒱
*ೃ ──── ୨ epilog ୧ ──── *ೃ
Hani yang berjalan di tepi pantai hanya mengukir senyum tipis. Dia memandang matahari yang hampir terbenam.
"Kisah kita macam matahari terbenam. Indah tapi sayang, hanya sementara. Maybe selama ni memang jodoh awak Hana, saya yang tak sedar diri Hafiz. Semoga awak bahagia dengan dia. Jaga Hana elok-elok untuk saya." Hani bercakap seorang diri sebelum mula melangkah ke arah biliknya.
-----
"Aku terima nikahnya Nur Izzah Hani binti Muhammad Izzat Daniel dengan mas kahwinnya..."
"Hani!!! Eh anak dara sorang ni. Lepas subuh terus tidur. Apa nak jadi? Bangun, kejap lagi nak pergi sekolah!!!" Puan Hanan mula membebel semasa mengejutkan anak kesayangannya yang masih lena mengulit mimpi.
"Nur Izzah Hani Muhammad Izzat Daniel! Nak bangun ke tak?" Puan Hanan menarik Hani bangun dari katil.
"Umi.. orang baru mimpi nak nikah dengan..." Hani memuncungkan bibirnya.
"Haa.. dengan siapa? Dengan Mr. Potato dia la tu. Abi dengar nanti, mahunya kena rotan. Nak?" Puan Hanan memperlahankan suaranya. Hani menggeleng.
"Pergi mandi cepat. Hana dah tunggu dekat bawah dah dari tahu." Puan Hanan menghulur tuala pada Hani sebelum keluar dari bilik tersebut.
"Mana Hani? Saya ada pembedahan pagi ni." tanya Encik Daniel sebaik sahaja melihat isterinya turun. Encik Daniel merupakan seorang pakar bedah saraf manakala isterinya, Puan Hanan seorang Doktor Kardiologi di hospital yang sama dengan suaminya.
"Baru mandi bang. Kejap lagi turunlah agaknya." Encik Daniel hanya menggeleng kepala.
-----
'Aduh, Mr. Potato pula jaga harini. Langkah kiri betul. Ya Allah, lindungilah hamba-Mu yang lemah ini dari sindirannya. Aamin.' Hani hanya menunduk ketika melalui pagar sekolah.
"Pengawas pun lambat. Kau ni pengawas ke mawas?" kata Akmal Hafiz sambil menyatat nama Hana dan Hani.
"Bisinglah kau ni. Lagi 10 minit baru gate tutup kan. Suka hati panggil adik aku mawas. Poyo betul!" Hana menjeling Hafiz tajam.
"Aku tak cakap nama pun. Kau pun pengawas kan?" Hafiz membalas selamba.
"Kau nak cakap aku mawas lah sekarang ni?" kata Hana marah.
"Siapa makan cili dia rasa pedas. Kat umah kau tak de cermin ke? Tak pernah nampak diri sendiri tu manusia ke mawas?"
Hani sudah cuak melihat mereka berdua bertikam lidah. Dia menarik kakak kembarnya ke tepi. "Dah lah tu Hana. Jomlah masuk kelas. Nanti cikgu nampak kita gaduh, semua kena denda. Jomlah."
Hana memandang Hafiz geram sebelum memijak kuat kaki lelaki itu kuat sebelum berlari. Hani mengeluh. Kakaknya dengan Hafiz memang musuh sejati sejak zaman sekolah rendah lagi.
— ˗ˋ ୨୧ ˊ˗ —
| bersambung... |
@WhaleNovel 🐳