Al-Quran dan Hadis


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #80

Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari para sahabat r.hum membicarakan hal dunia di hadapan Rasulullah s.a.w. Lantas Baginda s.a.w bersabda,

"Kamu dengarlah betul-betul, kamu dengarlah betul-betul. Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman. Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman."

Hadis Riwayat Abu Daud




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #79

Naufal r.a meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda,

"Bacalah 'قل يا ايها الكافرون' dan teruslah tidur tanpa berbicara dengan sesiapa pun kerana sesungguhnya surah ini ialah kelepasan daripada syirik."

Hadis Riwayat Abu Daud




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #78

Daripada Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa,

"Apabila Rasulullah s.a.w diberi pilihan dua urusan atau pekerjaan, baginda memilih yang termudah, selama yang termudah itu tidak mengandung dosa, jika pekerjaan itu mengandung dosa, maka baginda menjauhkan diri daripadanya sejauh-jauhnya. Dan baginda tidak pernah mencela seseorang, melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah."

Hadis Riwayat Muslim


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #77

Daripada Abu Hurairah r.a berkata Nabi s.a.w bersabda,

"Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa."

Hadis Riwayat Bukhari


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #76

Daripada Saib bin Yazid r.a berkata, "Saya pernah dibawa menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, sedangkan ketika itu saya baru berumur tujuh tahun."

Hadis Riwayat Bukhari




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #75

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, tetapi Allah melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Muslim




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #74

Daripada Anas bin Malik r.a berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim."

Hadis Riwayat Muslim


Sentuh saja mana-mana surah yg mahu dibaca, page berkenaan akan terus dipaparkan. Ribuan terima kasih kepada yg mencipta PDF ini. Idea yg sangat manfaat. Semoga beliau sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Aamiin




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #73

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata, 'Wahai Fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini'. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi pada pagi hari menampakkan apa yang Allah tutup (pada malam itu)."

Hadis Riwayat Bukhari


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #72

Daripada Malik bin Huwairis r.a, katanya,

"Bila Rasulullah s.a.w takbir (untuk solat), baginda mengangkat kedua tangannya hingga setentang dengan kedua telinganya. Dan bila baginda hendak rukuk, diangkatnya pula kedua tangannya setentang dengan kedua telinganya. Dan bila beliau mengangkat kepala dari rukuk, baginda membaca 'Sami'allahu liman hamidah', sambil mengangkat tangan seperti itu pula."

Hadis Riwayat Muslim


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #71

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman,

“Aku bertindak terhadap hambaKu mengikut sangkaanya terhadapKu. Apabila dia berdoa kepadaKu maka Aku ada bersamanya.”

Hadis Riwayat Muslim


“Talk to Allah. Whether it's 3am or 3pm. Whether you're on a train and you're running late or you're in bed crying yourself to sleep. Talk to Him. It could change everything, even if you're only able to get one word out”

#يارب




Adab dan sunnah Nabi s.a.w #70

Daripada Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda,

"Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan di dalam hatinya perkara-perkara yang benar."

Hadis Riwayat Tabarani

20 last posts shown.

248

subscribers
Channel statistics