@AnnurHaura


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Kisah silam atau pengalaman seseorang yang hakikatnya tiada siapa yang mengerti. Melainkan Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Ku ingin membantumu walau sedikit. Agar dirimu mampu bangkit dari kisah silam ini.

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Tuhan,
Cukup lah selama ini ku hanya berdiam diri,
Tangisi pada masa yang lalu,
Sukar untuk lupakan,
Namun ku gagahkan juga bangkit demiMu Ya Rabb.

Takut tidak dapat dilawan,
Hanya mampu pendam,
Namun ku masih meluahkan,
Luahan hanya Engkau yang memahami,
Moga hati ini terus kuat untuk menempuhi segala dugaan.

Beri lah aku kekuatan untuk hadapi masa silam dulu,
Agar semuanya menjadi pengajaran untuk aku,
Begitu juga pada masa depan nanti.

@Annurjannah_Quotes🌸






Walau sebaik manapun kita.
Kita tetap manusia yang sering melakukan kesilapan.
Namun jangan gunakan ia sebagai alasan untuk terus berbuat dosa.
Baiki kesalahan kita.Jangan salahkan yang lain.
Muhasabah diri.

🍀 nukilansanghati🍀

@Annurjannah_Quotes


Tanda hati kau makin hitam...

Senang je wehh nak tahu...

Bila kau seronok,dah tak rasa bersalah buat dosa malah lebih teruk bila kau jadi pembela dosa.

🍀 nukilansanghati🍀

Cc: @theheartwriter

@Annurjannah_Quotes




💚Sifat Fizikal Rasulullah SAW:

🤍Rasulullah seorang lelaki yang sangat kacak.
🤍Seandainya kamu melihat baginda,seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
🤍Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
🤍Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
🤍Rasulullah seorang yang tampan
🤍Apabila Rasulullah berasa gembira,wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
🤍Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
🤍Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
🤍Wajahnya seperti bulan purnama.
🤍Dahi baginda luas,raut kening tebal,terpisah di tengahnya.
🤍Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
🤍Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
🤍Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli di bahagian sudut.
🤍Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
🤍Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
🤍Giginya kecil dan bercahaya,indah tersusun,renggang di bahagian depan.
🤍Apabila berkata-kata,cahaya kelihatan memancar dari giginya.
🤍Janggutnya penuh dan tebal menawan.
🤍Lehernya kecil dan panjang,terbentuk dengan cantik seperti arca.
🤍Warna lehernya putih seperti perak,sangat indah.
🤍Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
🤍Rambutnya sedikit ikal.
🤍Rambutnya tebal kadang-kadang menyetuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
🤍Rambutnya terbelah di tengah.
🤍Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
🤍Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
🤍Seimbang antara kedua bahunya.
🤍Pergelangan tangannya lebar,lebar tapak tangannya,jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
🤍Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
🤍Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
🤍Kakinya berisi,tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
🤍Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
🤍Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
🤍Warna putihnya lebih banyak.
🤍Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
🤍Warna kulitnya putih tapi sihat.
🤍Kulitnya putih lagi bercahaya.
🤍Binaan badannya sempurna,tulang-tulangnya besar dan kukuh.
🤍Badannya tidak gemuk.
🤍Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah,kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
🤍Perutnya tidak buncit.
🤍Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

Ma shaa Allah,baginda lah insan yang sangat mulia. Kehebatan dan keanggulan baginda tak akan dapat tanding daripada kita. Ya Rasulullah,pemberi syafaat kepada umat islam. Amalkan lah sunnah baginda,perbanyakkan selawat kepada baginda SAW. Semaikan lah kasih sayang kita kepada Rasulullah jujungan kita.💚

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Surat Cinta Buat Rasulullah SAW💚

Wahai jujungan Rasulullah SAW,
Terasa rindu kepadamu,
Terasa cinta kepadamu,
Tak dapat kami lepaskan cinta dan rindu kami kepada Engkau Wahai Rasulullah,
Walaupun kami tak dapat melihat wajahmu yang kacak,
Namun kami bersyukur kerana dapat mengenalmu walaupun bukan secara depan-depan,
Tapi kami kirimkan doa dan salam kepadamu ya Rasulullah,
Agar kami dapat lepaskan rindu ini melalui doa,
Begitu juga dengan selawat ke atasmu ya Rasulullah.

Wahai Rasulullah yang mulia,
Kami tahu,
Kami bukan umat yang terbaik untukmu,
Malah kami tak layak untuk jadi umatmu,
Kerana kami banyak melakukan dosa,
Kami leka dibuai nafsu dunia fatamorgana,
Sehinggakan kami lalai dan lupa pada Sang Pencipta,
Apatah lagi lupa kepadamu ya Muhammad,
Maafkan kami kerana kami tak mampu jadi umat yang terbaik,
Kami nak sangat berjumpa dengamu di akhirat nanti,
Tetapi layakkah kami berjumpa dengamu?
Sedangkan kami banyak dosa,
Sedangkan kami lupa pada pembawa syafaat ini.

Wahai Muhammad SAW,
Terima kasih atas jasa pergorbananmu,
Terima kasih kerana telah memperjuangkan dakwah islamiah,
Walaupun waktu itu kau sanggup gadaikan nyawa,
Demi mempertahankan Islam,
Tenang lah kau di sana,
Moga kau bahagia di sana,
Kami cuba usaha untuk jadi umat yang membahagiakan dirimu ya Rasulullah,
Agar kami dapat syafaatmu di akhirat kelak,
Agar dirimu juga bahagia bila umat islam mendekatimu di syurga yang bakal dinanti.
In shaa Allah.

Dari umatmu yang hina,
Annur Haura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Biodata Sayidatina Aisyah R.A.(Isteri istimewa Rasulullah SAW)💚

•Namanya ialah Aisyah binti Abu Bakar.

•Lahir di Makkah al-Mukarramah pada tahun kelapan sebelum hijrah.

•Mendapat pendidikan awal daripada kedua ibu bapa. Beliau merupakan anak kesayangan Abu Bakar As-Siddiq.

•Beliau adalah seorang isteri Rasulullah SAW.

•Beliau telah digelar Ummul Mukminin oleh ayahnda sendiri.

•Rasulullah telah mengahwini beliau ketika Aisyah berusia 6 tahun.

•Rasulullah memanggilnya dengan nama manja HUMAIRA yang bermaksud pipi putih kemerah-merahan.

•Beliau meninggal dunia pada tahun 58 hijrah ketika berusia 67 tahun dan dikebumikan di perkuburan al-Baqi Madinah.

🤍Sifat Mulia Sayidatina Aisyah:

•Rajin menuntut ilmu pengetahuan
•Cerdik dan pintar
•Cekal,sabar dan tabah

🤍Sumbangan Sayidatina Aisyah:

•Gigih menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat rujukan kaum muslimin dan muslimat.
•Berjuang menegakkan Islam. Sentiasa mengikuti perjuangan Rasulullah SAW menegakkan Islam.
•Sumbangannya termasuklah tenaga,buah fikiran,ilmu pengetahuan.
•Banyak meriwayatkan hadis.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Biodata Sayidatina Fatimah Az-Zahra R.A(Anak bongsu Rasullah SAW)💚

•Namanya Fatimah binti Muhammad SAW.

•Ibunya bernama Khadijah binti Khuwwalid.

•Puteri bongsu Rasulullah hasil perkahwinan dengan Khadijah binti Khuwwalid.

•Mendapat pendidikan dan asuhan daripada kedua ibu bapa sejak kecil lagi.

•Berkahwin dengan sayidina Ali bin Abu Talib dan mendapat dua orang cahaya mata,iaitu Hasan dan Husin.

•Meningga dunia pada tahun 11 hijrah,6 bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW ketika berusia 28 tahun.

🤍Sifat Mulia Sayidatina Fatimah Az-Zahra adalah:

•Tabah dan sabar dalam menghadapi ujian
•Berkerja kuat
•Belas kasihan
•Taat pada perintah Allah SWT,Ayahnya Rasulullah SAW dan suaminya Ali bin Abu Talib.

🤍Sumbangan Sayidatina Fatimah Az-Zahra:

•Membantu Rasulullah menegakkan Islam
•Mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri.
•pendorong perjuangan suami
•Mengambil berat tentang kesusahan dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Biodata Sayidatina Khadijah Binti Khuwwalid R.A.(Isteri pertama Rasulullah SAW)💚

•Nama sebenarnya Khadijah binti Khuwwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai.

•Beliau adalah berketurunan Bani Naufal daripada suku Quraisy yang terkenal.

•Seorang ahli perniagaan yang kaya-raya.

•Wanita pertama memeluk Islam.

•Berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia 40 tahun manakala Rasulullah berusia 25 tahun.

•Mereka dikurniakan dua anak lelaki dan empat anak perempuan iaitu Qasim,Abdullah,Zainab,Ruqaiyah,Ummi Kalthum dan Fatimah Az-Zahra.

•Meninggal dunia pada tahun 620 Masihi/10 tahun selepas kerasulan Rasulullah SAW.

2. Antara sifat peribadinya ialah merupakan seorang wanita yang cantik,taat perintah Allah SWT,bijaksana,hartawan,dermawan,berperibadi mulia,penyayang,sabar,gigih,cekal hati,berwawasan dan berfikiran kreatif.

3. Rasulullah tidak dapat melupakan Sayidatina Khadijah sehingga akhir hayat baginda kerana:

•Orang pertama menyahut seruan Islam.
•Bersama-sama Rasulullah SAW ketika senang mahupun susah dalam memperjuangkan Islam.
•Mengorbankan semua harta,masa,jiwa dan raga untuk membantu dakwah Islam.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Abu Bakar merupakan seorang sahabat baik Rasulullah SAW,buktinya:

🤍Bersama-sama berjuang dengan Rasulullah SAW menegakkan Islam pada masa senang dan susah.

🤍Menemani dan sentiasa di sisi Rasulullah SAW semasa berhijrah ke Madinah.

🤍Bersama-sama dengan Rasulullah SAW bersembunyi dalam gua Thur semasa peristiwa hijrah.

🤍Sayidina Abu Bakar sanggup menanggung kesakitan kerana kakinya dipatuk ular demi menyelamatkan Rasulullah SAW sedang lena tidur.

🤍Golongan lelaki pertama memeluk Islam.

🤍Sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga beliau digelar As-Siddiq.

🤍Dilantik menjadi Imam semasa Rasulullah SAW sedang sakit.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Biodata Abu Bakar as-Siddiq(Sahabat baik Rasulullah SAW)💚

•Nama sebenar ialah Abdullah bin Abi Qahafah bin Osman bin Omar bin Kaab.

•Dilahirkan di Makkah pada tahun 572 Masihi iaitu 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

•Berasal daripada bangsawan Quraisy terkenal,iaitu dari Bani Tamim.

•Keturunannya mempunyai pertalian dengan Datuk Rasulullah SAW yang bernama Murrah bin Ka'ab.

•Sebelum Islam beliau terkenal dengan panggilan Abdul Kaabah.

•Golongan lelaki dewasa pertama memeluk Islam.

•Digelar As-Siddiq kerana beliau sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan Rasulullah SAW.

•Khalifah pertama dalam Islam mengantikan Rasulullah SAW.

•Memerintah negara Islam selama dua tahun tiga bulan.

•Meninggal dunia pada tahun 634 Masihi ketika beliau usia 63 tahun.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Dalam sibuk mencari cinta yang sia-sia. Lebih baik kita sibukkan diri untuk mencari cinta Allah dan semestinya jujungan Muhammad SAW💚

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚


Jom baca kisah-kisah Rasulullah SAW


Jom amalkan sunnah Rasulullah SAW


Jom banyakkan selawat


Salam maulidur rasul💚


Assalamualaikum..andai Nur pernah terkasar bahasa..maafkan lah Nur ye. Selamat malam dan jangan lupa amalkan sunnah sebelum tidur yg diajarkan oleh Rasulullah SAW. Jangan lupa perbanyakkan selawat dkt baginda SAW. Dan kalau boleh bangun lah tahajud malam ni dan niat puasa sunat hari khamis. Kata sayang Rasulullah,buktikan lah dengan melakukan amalan sunnah Rasulullah ini🤍.

@AnnurHaura🤍
#SalamMaulidurRasul💚



20 last posts shown.

470

subscribers
Channel statistics