π
πππ½πΌπππΌπ ππππΌππ πππππ πππππ π
Buah tomato adalah diantara buah yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri dan juga sangat digemari oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang kebaikan dan kegunaan buah yang sedap dimakan mentah ini.
Kajian pakar telah membuktikan bahawa buah tomato adalah sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman atau pun luaran seperti kulit dan sebagainya, malah buah ini sangat sedap ditambah ke dalam masakan tertentu yang menambahkan lagi kesedapan sesuatu makanan.
Dikatakan tomato yang berwarna merah dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan kandungan setiap vitamin semakin banyak sekiranya buah tomato berkenaan semakin tua atau matang.
Tomato juga mempunyai likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.
4οΈβ£ ΔΈΠ½aΡΞΉaΡ dan cara ΠΌΟ daΠ½ gΟ naΔΈan ΡoΠΌaΡo Ο nΡΟ ΔΈ ΔΈecanΡΞΉΔΈan;
π Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
π Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
π Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
π Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
t.me/arcabeauty