pelbagai teka teki yang bermain di fikiran alisya apabila dia melihat beberapa lelaki yang dikenalinya keluar dari van mereka dan membawa satu bagasi serta meninggalkannya di tepi tong sampah besar berwarna hijau di jalan sunyi yang jarang digunakan itu .
ya Allah , mana inspektor danial nye ? asal lambat sangat sampai ?
alisya semakin kesal dengan pasukan pihak polis yang terlalu lambat sampai walaupun setelah van itu berlalu pergi .
“ uncle , saya nak turun sekejap . saya nak tengok apa benda dalam bagasi tu . nampak macam suspicious . uncle tolong tengokkan keadaan ya . mana tahu kut kut diorang datang balik ke . “
“ okay noted . “
gadis berani yang mendapat kekuatan dari janji sahabatnya itupun turun dan menghampiri bagasi tersebut .
alisya menyentuh bagasi itu dengan berhati hati .
" eh ? kenapa bagasi ni rasa basah ? ada air tumpah ke pun ? “
alisya menyentuh zip bagasi tersebut dan mula menariknya perlahan lahan .
alisya kaku . mukanya pucat . bagasi yang dibukanya diisi dengan sekujur tubuh manusia yang telah menjadi mayat yang masih mengalir darahnya dalam keadaan memeluk lututnya seakan akan ketakutan sebelum mati . alisya menjadi sangat terkejut sampaikan dia tidak menyedari bahawa dia telah mengundur ke belakang dan telah terpijak seketul batu sehingga menyebabkan dia jatuh di atas jalan tersebut .
“ ma.. mayat ?? mayat si.. siapa tu ?? “
alisya bangun dan berdiri semula . dia perlahan lahan menghampiri bagasi itu kembali . kali ini , dia menabahkan diri dan merapatkan diri dengan mayat tersebut . dia perlahan lahan mengalihkan rambut yang menutupi wajah sekujur tubuh itu tersebut .
bulat mata alisya setelah melihat wajah mayat tersebut . kali ini , dia lemah lutut dan terus jatuh terduduk .
“ tak.. “
“ tak mungkin !! “
alisya tidak dapat menerima kenyataan tentang apa yang baru sahaja dilihatnya . dia terus memerhatikan mayat tersebut . dia mencari sesuatu .
“ kau.. “
“ irdina azmira !! “
“ kenapa kau !! bangun irdina bangun !! “
alisya menangis teresak esak sambil menggerak gerakkan badan irdina . pada mulanya , dia telahpun melihat wajah mayat tersebut . namun , dia tidak mahu mempercayai perkara tersebut . lalu dia pun mencari bekas luka di tangan mayat tersebut yang berbekas akibat irdina ingin menyelamatkan alisya daripada tingkap yang pecah .
bertepatan dengan itu , pihak polis pun tiba . alisya yang masih menangis sambil memeluk irdina yang sudah tidak bernyawa langsung tidak mempedulikan siren kereta polis tersebut .
pemandu Grab yang membawa alisya ke lokasi tersebut pun memberikan penjelasan atas apa yang terjadi .
beberapa anggota polis yang lain pun menuju ke alisya dan cuba menenangkannya .
“ alisya.. lepaskan pelukan awak.. pihak polis perlu segera membawa mayat tersebut untuk lakukan ujian forensik.. “
“ kawan aku dah mati baru kau nak kata perkataan segera ?! sebelum ni mana korang semua hah ?! aku yang jumpa kawan aku ni ! lepastu sekarang kau nak pisahkan kitorang ?! kau tak berjaya selamatkan dia waktu dia masih hidup , dan sekarang , kau nak ambil dia waktu dia dah jadi mayat ?! apehal ?!! sampah ! lembab ! “
alisya meninggikan suara tanpa mengira lagi perasaan hormat ataupun apa sahaja .
“ alisya , saya faham perasaan awak… tapi kita.. “
“ cukup ! kau kata kau faham ? kalau kau faham , kau mesti tahu perasaan aku nak cepat jumpa irdina kan ?! tapi mana kau ? mana korang ?! korang ni sial lah ! kau tak faham apa aku rasa ! jadi kau tak payah cakap kau faham bodoh ! aku akan pastikan korang semua dapat balasan setimpal ! “
inspektor danial hanya menggelengkan kepala . dia berjalan menghampiri alisya .
“ alisya.. dengar cakap saya.. mayat ni perlu dibawa untuk bedah siasat . baru kita boleh buat siasatan lanjut okay ? kalau kawan awak masih hidup , mesti dia pun taknak tengok awak macam ni . ingat alisya , kalau kita nak tegakkan keadilan , kita kena cari punca pangkal dia dulu . “
sambungan : tekan emoji nii 🍯