𝑪𝒆𝒓𝒑𝒆𝒏 𝑩𝒚 𝑴𝒆 🥀☕️


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Cerpen by 𝑳𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒂𝒓𝒂 🥀☕
"𝗉𝗂𝗅𝗂𝗁 𝗃𝖺𝗅𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗄𝖾𝗉𝗂𝗇𝗀 𝗁𝖺𝗍𝗂"

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘥𝘢𝘮 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘭𝘪𝘩 𝘢𝘳𝘢𝘩? 𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘈𝘥𝘢𝘮 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶𝘪 𝘈𝘺𝘢𝘯𝘢? 𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘈𝘥𝘢𝘮?

𝘫𝘦𝘯𝘨..𝘫𝘦𝘯𝘨..𝘫𝘦𝘯𝘨..𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘋𝘩𝘪𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢𝘪.🥺

-𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶- 🥀☕️

🥀☕️ : @CerpenByMe




CHAPTER 12

Dhia menolak daun pintu bilik mereka ingin mengajak adam bersarapan. Kalau di tunggu terasa lama pula. Jadi dia menerjah masuk ke bilik.

Adam yang sedang mengikat tali leher menjadi santapan matanya. Lelaki itu memang segak mengenakan kemeja berserta tali leher. Aishh suami siapalah ini.

Macam manalah dhia tak jatuh cinta tiap-tiap hari.

"Abang..." panggil dhia.

Adam yang berdiri hadapan meja solek didekati. Adam terus memusingkan tubuhnya menghadap dhia.

"hmmm? kenapa?" soal adam.

"abang lambat lagi ke nak pergi kerja?"

"ada lagi satu jam sebelum masuk kerja, kenapa tanya?"

Dhia mengetuk dagunya. Matanya jatuh pada tangan adam yang mengikat tali leher itu.

"sempat tak kalau abang ajar dhia cara pakai tali leher?" dhia berkata.

"kenapa dhia nak belajar?" dhia nak pakai tali leher ke?" tanya adam lagi.

Dhia geleng kepala. Tangannya menarik tangan aam yang sedang memperkemaskan ikatan. Buatkan adam terus memandang isterinya yang paras lehernya itu.

"Dhia nak belajar sebab nanti dhia bolehlah tolong pakaikan untuk abang. boleh tak?" dhia berkata. Adam mengusap kepala dhia sambil mengangguk.

Tali leher diuraikan semula. Dhia memandang dengan berminat.

"Tengok betul-betul abang buat ini. Mula-mula , letak kat leher abang, lepastu ukur sebelah sini mesti pendek berbading sebelah yang sini. Faham?" ujar adam.Tali leher yang berada di lehernya ditunjuk pada dhia.

Dhia mengangguk.

"Lepastu buat macam ini."

Adam mengikat tali lehernya dengan mudah. Dhia mengangguk berkali-kali macam burung belatuk.

"Lepas itu betulkan sikit bagi kemas."

Tali lehernya diketatkan mengikut keselesaan.

"Okay,dah siap. Faham tak?" adam menunjukkan hasil Tali lehernya pada dhia. Dhia membelek tali leher itu dan mengangguk faham.

"Dhia buat pula." adam membiarkan dhia mengikat tali lehernya semula.

Dhia mengikut seperti apa yang diajarkan. Adam memerhatikan sahaja tapak tangan kecil yang putih menampakkan urat hijau kecil milik dhia.

Aihh putih melepak betul isterinya ini.

"Eh salah tu." adam menegur. Dhia lantas tersengih kecil dan membetulkannya.

Setelah siap, dhia mengetatkan mengikut keselesaan suaminya. Kolar kemeja dibetulkan. Dhia tersenyum puas.

"Okay tak?" soal dhia.

Adam mengangguk . Dia tersenyum kecil. Nasib baik dhia ini cepat belajar.

"Okay dah ini. Terima kasih." pantas adam mencium dahi dhia.

Dhia tersenyum malu.

"Lepas ini bolehlah dhia pakaikan tali leher abang lagi."

"Tali leher je? baju lain tak nak pakaikan ke? macam kemeja ke, seluar ke, seluar dalam ke?" seloroh adam.

Dhia mencebik geram. Adam ini suka betul kenakan dia. Merajuk kang baru tahu.

Cup!!

Dhia terkedu saat bibirnya dicium curi oleh adam. pantas matanya memandang adam yang langsung tak buat muka bersalah.

"Apa? Abang nak claim morning kiss abang je." balas adam saat tersedar pandangan dhia padanya.

"Yelahhh..."

🥀☕️ : @CerpenByMe


𝘕𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘣𝘪𝘵 𝘪𝘪 𝘤𝘦𝘮𝘣𝘶𝘳𝘶 𝘋𝘩𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘈𝘥𝘢𝘮..𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘩𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘭𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘦𝘮𝘰𝘴𝘪𝘯𝘺𝘢?

𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪 𝘺𝘢..

-𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶-🥀☕️


CHAPTER 11

Pukul 11 malam barulah dia pulang ke rumah setelah bekerja. Setelah menyusun kast di rak kasut, pintu rumah ditolak.

Pandangan pertama yang dia lihat adalah televisyen yang terbuka tetapi manusianya sudah terbongkak tidur dengn sebuah tapis baju disebelahnya. Melipat baju rupanya budak ini.

Adam menutup pintu rapat dan dikunci. Kemudian perlahan-lahan mendekati isteri mudanya yang berbaring atas karpet. Tak sakit badan ke?

Bahagian kiri isterinya ada dua tingkat baju milik Adam dan Dhia yang sudah dilipat. Tapi baju pula suah kosong. Adam menggosok rambut ikal mayang isterinya.

Suka betul dia tengok wajah polos itu sedang tidur. Adam menutup televisyen.

Dengan pantas dia mendukung tubuh kecil Dhia persis anak kecil. Kepala Dhia diletak atas bahunya. Tangan Dhia dilingkari ke lehernya.

"hmm.." rengek Dhia saat tidurnya terganggu.

Adam mengucup cangkerang telinga Dhia buatkan Dhia rasa tak selesa. Tangannya menggaru cangkerang telingannya.

Adam terus membawa dhia ke bilik mereka. Lagipun dia sudah penat, inginkan rehat setelah seharian bekerja.

"hmmm... abang?" dhia sudah terjaga rupanya. Dengan wajah mamai, dhia menonyoh matanya.

"bila abang balik?" soal dhia.

"baru je. dhia tidurlah. abang dukung bawa masuk bilik ini." ujar adam. Bibirnya mengucup pipi dhia.

"habistu baju macam mana?" soal dhia. suaranya perlahan sahaja seakan berbisik ditelinga adam.

"esok pagi lah ambil"

Dhia hanya menurut. Kepalanya dilabuhkan ke ceruk leher adam dan tangannya mengetatkan lagi memeluk leher adam.

Adam menolak daun pintu bilik mereka. Perlahan tubuh dhia dibaringkan atas katil. Selimut ditarik sehingga ke dada dhia. Selepas itu adam duduk dibirai katil.

Wajah polos itu ditatap lagi. Mula lah dia membuat perbandingan antara ayana dan dhia. Baginya, ayana lagi cantik daripada dhia.

Wajah ayana yang bujur sireh dan putih kekuningan . Kalau dhia pula, bentuk mukanya bulat dan putih kemerahan. Ayana nampak lebih matang mungkin kerana umur ayana yang sudah hampir sebaya adam.

Kalau dhia, dhia nampak macam babyface. Masih terpalit raut keanak-anakkannya.

Adam menyauk anak rambut yang jatuh atas wajah dhia kebelakang telinga. Terasa usapan di wajahnya, dhia mengalihkan kepalanya atas riba adam.

"dhia, abang nak mandi lah." ujar adam.

Dhia mengalihkan wajahnya ke perut adam. Tangannya memeluk pinggang adam. Terasa hidungnya bergesel dengan perut adam.

"kejap....dhia nak lepas rindu dengan abang je." dhia berkata dengan nada yang mamai. Adam mengusap rambut ikal mayang itu.

"sayang baby abang ini." adam mengucup ubun-ubun dhia.

"sayang abang juga.."

🥀☕️ : @CerpenByMe


𝘕𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘯𝘺𝘢.

𝘚𝘵𝘢𝘺 𝘵𝘶𝘯𝘦𝘥 𝘰𝘬𝘢𝘺!!

-𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶-🥀☕️


CHAPTER 10

Adam menunggu seseorang dengan penuh sabar. Tangannya mengetuk -ngetuk meja cafe berulang kali. Entah kenapa jantungnya berdebar - debar macam nak ambil result SPM pula. Penat menegakkan tubuhnya, Adam bersandar di kerusi.

"sorry Ayana lambat. Dah lama ke Adam tunggu?" seorang wanita mengambil tempat dihadapannya.

Wanita berbaju blouse hijau zamrud itu dipandang atas bawah. Paling menarik perhatiannya, Ayana suddah berpurdah. Setahun yang banyak mengubah Ayana.

"tak adalah." Adam menegakkan tubuhnya.

"kenapa Adam nak jumpa Ayana?" -soal Ayana.

Sebenarnya Ayana lah bekas kekasihnya yang dia cintai suatu ketika dulu. Ayana yang meminta untuk berhentikan hubungan mereka kerana Ayana bakal dikahwinkan dengan seorang lelaki pilihan ibunya.

Mereka dulu sangat mencintai antara satu sama lain. Tapi jodoh bukan berpihak pada mereka.

"Ayana sihat?" soal Adam.

"alhamdulillah , sihat lagi. Adam pula?" anak mata coklat itu naik menatap wajah insan yang pernah dicintainya dahulu.

"sihat juga. Ayana datang jumpa Adam ini ada bagitahu suami tak?" soal Adam.

Ayana sedikit tersentak. Wajahnya menunduk sebentar kemudian naik semula.

"Ayana.. tak bagitahu sebab nanti mesti abang marah kalau tahu Ayana jumpa lelaki lain." balas Ayana perlahan.

"suami Ayana itu panas baran ke?" soal Adam.

Perlahan Ayana mengangguk.

"bukan setakat panas baran je, cemburu buta lagi. tu yang Ayana takut juga nak jumpa Adam. Tapi jangan risau, suami Ayana pergi outstation seminggu kat dubai." balas Ayana.

"Ayana bahagia?" entah kenapa Adam menyoal. padahal mindanya melarang.

Mulut mengkhianati tuan sungguh.

"Adam... sebenarnya hidup Ayana lepas nikah memang teruk. Ayana banyak kali kena pukul dengan suami Ayana hanya kerana cemburu butanya. Ayana bukan nak burukkan suami Ayana tapi selama ini pun Ayana banyak luahkan masalah dekat Adam, Ayana cuma selesa nak bercerita dengan Adam je." Ayana berkata dalam nada yang sebak.

Mengingatkan setiap detik-detik hitam itu buatkan hatinya tercarik. Kalaulah, kalaulah dia memilih Adam pasti dia takkan lalui semua ini.

Tapi sudah takdir Tuhan, Ayana hanya meredhai.

Adam turut terdiam. Pandangan sayu diberi pada Ayana. Kalau dulu dia membenci Ayana tetapi hatinya tak mampu kerana dia tahu, bukan kehendak Ayana untuk memutuskan hubungan mereka.

"kalau Adam cepat -cepat pinang Ayana dulu mesti kita dah bahagiakan sekarang?"

Ayana berkerut mukanya.

"Adam, janganlah cakap macam itu. Adam seolah mempersoalkan takdir Tuhan. Ayana redha dengan semua ni."tegas Ayana berkata.

Adam memalingkan wajahnya . Dia tak suka melihat wajah Ayana yang bersedih. Dia kuatkan hati daripada meluahkannya.

"Asyik tanya pasal Ayana je, Adam pula macam mana? mak kata Adam dah bernikah, cantik tak isteri Adam? Lagi cantik daripada Ayana?" soalnya dalam nada senda.

"Maaflah Adam tak bagitahu sendiri dekat Ayana. Hmm isteri Adam itu cantik, baik, tapi itulah , mak carikan yang muda pula. Umur Adam ini sudah 32 tahun. Jauh sangat bezanya."

"berapa tahun?"

"18"

Ayana terjongket keningnya. Amboi mudanya. Ayana hanya tersenyum kecil di balik purdahnya.

"jaga isteri Adam baik-baik. sayang dia sementara dia masih ada."

Adam hanya tersenyum kecil.

🥀☕️ : @CerpenByMe


╭┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ ✦
αydαr mikαel
✦ ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅׄ╯

ִ۟ ˒ ׁ۪૮ pick y✿ur fαvᨵυrιtᧉ !۪ 𓄳۪ 🐈‍⬛ ˵ ִ ۪۫

✿🐾 @dakwahhoneybear ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ yuk, hijrαh bersαmα Ꮺָ࣪

✿🐾 @honeytipsroom ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ pelbαgαi tips bermαnfααt
di sini Ꮺָ࣪

✿🐾 @aestheticwal ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ enjoying life with αesthetic wαllpαper ! Ꮺָ࣪

✿🐾 @hasyaquote ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ let's istiqomαh together Ꮺָ࣪

✿🐾 t.me/snowflakescafee ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ αesthetic cαfe here ! Ꮺָ࣪

✿🐾 @efwaipiyda ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ efforts to strengthen
heαrt Ꮺָ࣪

✿🐾 @whychannelios ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ comediαn , therαpist & lover Ꮺָ࣪

✿🐾 @aboutwallsv ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ rαndom post ikut mood Ꮺָ࣪

✿🐾 @cerpenbyme ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ cerpen by Lαnα Alααrα Ꮺָ࣪

✿🐾 @quotesoftheday_1234 ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ quotes αnd motivαtion
here Ꮺָ࣪

✿🐾 @urcutieangel ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ me plus you equαl love Ꮺָ࣪

✿🐾 @dyinghopeless ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ give up on everything Ꮺָ࣪

✿🐾 @luvrandom ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ rαndom tips αnd
ideαs here - ! Ꮺָ࣪

──────── ・ ・ ・ ✦
delete αfter 4 hours
・ ・ ・ ✦ ────────

정1OO- 3OO subscribers ♡ˆOˆ♡

ꤠ🎬 stαtus ⨾ 1 seαts left ! ᮫࣭﹆ֹ
ꤠ🎬 direct ⨾ @asptlk_bot
ꤠ🎬 lαnd ⨾ @tiseyypromo ᮫࣭﹆ֹ

╭ ◜ᘏ◝ ⑅ ◜ᘏ◝╮
꒰ ๑•᎑


╭┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ ✦
αydαr mikαel
✦ ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅ┅ׄ┈ׅׄ╯

ִ۟ ˒ ׁ۪૮ pick y✿ur fαvᨵυrιtᧉ !۪ 𓄳۪ 🐈‍⬛ ˵ ִ ۪۫

✿🐾 @dakwahhoneybear ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ yuk, hijrαh bersαmα Ꮺָ࣪

✿🐾 @honeytipsroom ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ pelbαgαi tips bermαnfααt
di sini Ꮺָ࣪

✿🐾 @aestheticwal ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ enjoying life with αesthetic wαllpαper ! Ꮺָ࣪

✿🐾 @hasyaquote ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ let's istiqomαh together Ꮺָ࣪

✿🐾 t.me/snowflakescafee ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ αesthetic cαfe here ! Ꮺָ࣪

✿🐾 @efwaipiyda ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ efforts to strengthen
heαrt Ꮺָ࣪

✿🐾 @whychannelios ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ comediαn , therαpist & lover Ꮺָ࣪

✿🐾 @aboutwallsv ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ rαndom post ikut mood Ꮺָ࣪

✿🐾 @cerpenbyme ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ cerpen by Lαnα Alααrα Ꮺָ࣪

✿🐾 @quotesoftheday_1234 ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ quotes αnd motivαtion
here Ꮺָ࣪

✿🐾 @urcutieangel ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ me plus you equαl love Ꮺָ࣪

✿🐾 @dyinghopeless ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ give up on everything Ꮺָ࣪

✿🐾 @luvrandom ⋆ ꜝꜞ
🎬꒰ rαndom tips αnd
ideαs here - ! Ꮺָ࣪

──────── ・ ・ ・ ✦
delete αfter 4 hours
・ ・ ・ ✦ ────────

정1OO- 3OO subscribers ♡ˆOˆ♡

ꤠ🎬 stαtus ⨾ 1 seαts left ! ᮫࣭﹆ֹ
ꤠ🎬 direct ⨾ @asptlk_bot
ꤠ🎬 lαnd ⨾ @tiseyypromo ᮫࣭﹆ֹ

╭ ◜ᘏ◝ ⑅ ◜ᘏ◝╮
꒰ ๑•᎑


CHAPTER 09

Sinaran cahaya lampu menyilatkannya. Perlahan kelopak mata yang terkatup dibukanya. Kepalanya memusing ke sebelahnya. Kosong.

Mana Dhia?

Adam menegakkan tubuhnya. Matanya yang masih bersisa ngantuk ditonyoh dengan sebelah tangan.

Jam yang melekat di dinding dikerlingnya. Sudah pukul 6:00 pagi. Adam mengeliatkan tubuhnya yang lenguh.

Keriuk-keriuk punya tulangnya. Aihh tanda-tanda sudah tua ke apa ini?

"Abang dah bangun?" Dhia menegur. Isterinya itu baru sahaja masuk ke ruang bilik dengan sehelai kemeja lengan panjang yang digantung pada hanger.

"sayang.." balas Adam.

"Abang, Dhia tak tahu abang nak pakai kemeja mana, jadi Dhia iron mana yang Dhia suka. Abang tak kisahkan pakai yang ini?" Soal Dhia.

Kemeja cotton berwarna biru muda bercorak kosong itu di tunjuk pada Adam. Adam memandang dengan sebelah matanya yang tertutup.

Kepalanya diangguk. Dhia sudah menghela nafas lega. Kemeja disangkut ke tepi almari. Seluar slack hitam yang sudah digosok juga diletak ke tepi almari.

"Abang mandi lah dulu. Nanti kita solat subuh sama-sama."ujar Dhia

Adam yang masih mamai hanya menurut. Tuala yang dihulurkan oleh Dhia diambilnya dan dia mula bergerak masuk ke dalam bilik air.

Dhia hanya memandang pergerakan Adam dengan sengihan. Teruk betul mamainya itu.

**

Setelah doa diaminkan, Adam memusingkan ke belakang. Dhia sudah menadahkan tangannya ingin bersalam dengan Adam. Adam menyambutnya

Dhia mencium kekura tapak tangan Adam. Wajahnya dinaikkan dan bibirnya mencium pipi Adam kedua belah. Kemudian pucuk hidung, kemudian dahi, akhir sekali dagu. Bibir tak disentuh.

"Amboi semua muka abang nak diciumnya" sengih Adam.

"Bibir tak sentuh pula. Abang tunggu je nak dapat morning kiss daripada Dhia". usik Adam

Kopiah ditanggalkan daripada kepala. Wajah Dhia yang bertelekung dipandang Adam. Sentiasa sahaja wajah putih melepak itu kemerahan. Apa memang Dhia malu dengannya setiap masa kee?

"Nak ke?" soal Dhia polos.

Dhia sudah bangun membuka kain telekungnya. Adam sudah merapat pada Dhia buatkan Dhia mengetap bibir malu.

"Cepatlah, abang tunggu ni..." Adam menadah wajahnya.

Sekilas Dhia mengucup bibir Adam. Namun tak sempat nak lepas, Adam menahan belakang kepala Dhia. Bibir itu bertemu lama.

Wajah Dhia semakin memerah.

Adam melepaskan tautan bibir mereka. Dhia sudah menunduk malu-malu.

"Terima kasih". ujar Adam. Bibir merah delima Dhia diusap dengan ibu jarinya.

"Hmm..." mengecil sahaja suara Dhia.

Adam mengucup kedua belah pipi Dhia berkali-kali . Mungkin berasa rimas, Dhia menolak wajah Adam.

"Dhia nak siapkan sarapan kejap, bye!!"

Pantas tubuh kecil itu meninggalkan bilik setelah melipat telekung. Boleh pecah dadanya berlama-lama dengan Adam. Aduhai encik suami....

🥀☕️ : @CerpenByMe


Assalamualaikum ...

sorry kerana lama menyepi. admin cari kekuatan untuk teruskan buat cerpen di sini. wujudnya channel ini adalah disebabkan dengan seseorang yang admin sayang.

Namun, Allah lagi sayangkan dia. Admin kehilangan dia pada 28 Jan 2022. Tuhan je tahu bagaimana perasaan admin saat itu sehingga sekarang. Jujur admin cakap, admin belum kuat sepenuhnya. Namun admin kena juga teruskan hidup ini.

Dan pada hari ini, admin cuba kuat lagi untuk terus menulis cerpen di sini.

Doakan admin -

🥀☕️ : @CerpenByMe




CHAPTER 08

"Dhia masuklah kereta dulu, biar abang bawa masuk barang dalam but kereta." ujar adam

Plastik - plastik bertulis aeon big berwarna oren dimasukkan ke dalam but kereta. dhia masih berdegil. Dia juga memasukkan beg plastik dalam but kereta.

"dhia nak tolong abang. dhia kan isteri abang." ujar Dhia

Adam hanya mengulas senyuman. siap memasukkan barang, adam mengarahkan dhia masuk ke dalam kereta sementara dia menolak troli ke tempat pengumpulan troli.

Kalau ikutkan dia tak rajin nak menapak ke tempat troli. jauh. tapi itulah, hanya sebab lima puluh sen yang dia selit kat entah apa natang tu dia terpaksa tolak juga.

Sayang wooo... Duit itu. Walaupun lima puluh sen je.

"Abang!!!!"

Langkah Adam terhenti. Drama tak sampai lima minit itu buatkan dia terpaku. Seorang lelaki yang baginya dayus, telah menampar seorang wanita bertudung labuh itu.

Tak tahu malu ke gaduh di tempat awam. Bahkan bukan pasangan itu sahaja malu, tapi sebagai kaum lelaki, Adam juga turut malu bila lelaki itu sewenang - wenangnya meletakkan tangan atas wanita itu.

Tak patut betul. Kalau kahwin sekadar nak menyakiti wanita itu, maka tak usahlah kahwin.

Tangannya tergenggam geram. Adam menolak troli ke tempatnya. Lima puluh sen diambil daripada palang troli. Kepalanya memusing.

Dua manusia yang dikira suami isteri itu masih tak berganjak daripada tempat mereka bertengkar. Wajah lelaki itu nampak tegang dan ketat sahaja. Manakala wanita itu pula.....

Adam terkdeu beberapa saat.

"Ayana?"

**

Adam dan Dhia senyap sahaja di dalam kereta. Suasana malam buatkan wajah kedua suami isteri itu diterangi bila hanya ada lampu neon ditepi jalan sahaja.

Dhia meramas kedua tapak tangannya. Kesenyapan Adam buatkan Dhia ingin tahu apa puncanya. Beberapa kali dia menoleh pada raut Adam yang kosong dan seakan memikirkan sesuatu.

Sebelah tangan Adam memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menjadi tongkat menahan tubuhnya di pintu. Jari telunjuknya mengetuk - ngetuk dagunya.

"Abang fikir apa? Senyap aja dari tadi?" Akhirnya terluah juga suara Dhia.

Adam sedang mengelamun tidak menjawab. Dhia bertambah pelik. Tak dengar ke apa?

"Abang?"

Lamunan Adam pecah. Pantas diberi pandangan pada Dhia sekilas.

"Ha kenapa?"balas Adam.

"Abang fikir apa? Jauh termenung ?" soal Dhia.

Kini perhatiannya hanya terarah pada Adam sahaja. Adam hanya senyum dan memberi gelengan kecil.

"Abang tak fikir apa - apa pun." balas Adam

Tangan yang menongkat mengganti tangan yang memegang stereng. Tangan yang memegang stereng terus mencari tapak tangan isteri mudanya.

Tapak tangan Dhia tenggelam dalam genggaman Adam.

Walaupun kurang yakin dengan jawapan Adam, Dhia diamkan sahaja. Baginya Adam sudah bersuara pun buatkan dia lega.

"Kalau abang ada masalah, abang boleh share dengan Dhia. Dhia bekas prs kat sekolah dulu tau." ujar Dhia.

"PRS? Pembimbing rakan sebaya, abang bukan sebaya dengan Dhia pun." balas Adam

"Kalau macam itu, sekarang Dhia dah jadi jawatan lain."

"Apa dia?"

"Pms, pendengar masalah suami."

Tumpah tawa Adam. Ada sahaja gelagat Dhia buatnya terhibur. Walaupun dikategorikan awak hambar, tapi kalau Dhia yang bagi, semuanya jadi lawak bagi Adam.

Dhia tersengih mendengar tawa Adam.

🥀☕️ : @CerpenByMe


CHAPTER 07

Dengan penuh berhati-hati,Dhia mengores pencukur ke pipi Adam. Sisa-sisa jambang di tadah dengan tapak tangannya yang kecil.

Adam tidak lepas memandang wajah Dhia. Tubuh kecil Dhia telah didudukkannya atas para didalam bilik air. Tangan kiri dan kanannya mengepung tubuh Dhia.

Kaki si isteri pula bergerak-gerak tak duduk diam.

"dah ke?" soal Adam. Dhia yang fokus menggores pencukur pantas mengalihkan pandangannya ke arah Adam seraya tersenyum.

"sikit lagi"

"haa okay"

Mereka kembali diam.

Setelah habis, Dhia membuang 'rumput-rumput' kecil di wajah Adam ke dalam singki. Tangannya dibasuh dibawah pancuran pili air.

Adam membasuh wajahnya juga di singki. Setelah basuh, Dhia mengelap wajah Adam dengan tuala kecil.

"baru hensem suami Dhia sekarang." puji Dhia dengan sengihan. Kedua tapak tangannya mengunci wajah Adam.

Adam turut tersenyum dan melagakan hidungnya dengan hidung kecil Dhia. Dhia tertawa kecil.

"selama ii tak hensem ke suami Dhia?" soal Adam sengaja menguji.

"hensem, tapi lepas cukur lagi hensem." puji Dhia ikhlas.

Dhia mengusap pipi Adam.

"nanti dah boleh cium-cium tanpa geli lagi." Dhia tersengih lebar sehingga matanya juga turut tersenyum.

"geli ke selama ini?"

Dhia mengangguk.

"kalau abang cium Dhia selalu jambang abang itu kena pipi Dhia. Dah lah tajam, lepas tu rasa macam pipi Dhia kene geletek je>" luah Dhia.

Adam tertawa mendengar ulah si isterinya. Pantas kucupan berlabuh di pipi Dhia. Pipi yang sedia kemerahan itu bertambah merah lagi.

"geli tak?"

Dhia menggeleng. Adam menggesel pula pipinya pada pipi Dhia. Dhia yang makin malu menolak wajah Adam.

"kenapa? kn dah tak geli." sengaja Adam menduga. Padahal Dhia sudah tersengih malu dengan pipi merahnya.

"malu..." perlahan suara Dhia. Aihh bila Dhia malu-malu buatkan Adam rasa geram je.

kriukkk....

"lapar ke sayang?" soal Adam setelah ketawanya reda.

Dhia mengangguk. Rasanya kali terakhir dia makan semasa di rumah puan Raudhah siang tadi. Itupun sudah beranjak ke pukul 6 petang.

Adam mengendong tubuh Dhia persis anak kecil. Dhia memeluk leher Adam. Tangan Adam pula menampung ubuh Dhia pada bahagian punggungnya.

"Dhia nak turun." pinta Dhia. Malulah kalau dilayan seakan ank kecil oleh suaminya.

"tak boleh. Baby abang ini mana boleh berjalan lagi." usik Adam. Hidungnya bergesel di pipi Dhia buatkan Dhia tertawa kecil.

Tangannya menolak pipi Adam. Lelah dia kerana banyak ketawa.

"abang pun dah lapar. jom kita pergi makan kat luar lah." ujar Adam.

kakinya menghala keluar daripada tandas. Katil didekati dan tubuhnya merebah keatas katil bersama-sama Dhia dibawahnya. Tubuhnya menindih tubuh Dhia.

"kat luar? Dhia baru ingat nak masak," ujar Dhia. Tangannya mengelus pipi Adam.

"tak payah. kat dapur bukannya ada barang masak pun. Kita makan kat luar lah dulu., lepas tu kita beli barang basah kat pasaraya." ujar Adam.

wajahnya diletak atas dada Dhia. Suka dia merehatkan kepalanya disitu. Dhia mengelus pula rambut Adam.

lembut dan halus sahaja. Macam baby rambut Adam ni.

"selama ini abang kalau duduk rumah, makan kat mana? abang masak ke?" soal Dhia.

"pegang sudip pun tak betul. abang biasa makan kat luar je tak pun rumah mak." balas Adam.

"lepas ni tak payah dah. Abang cakap je abang nak makan apa, Dhia usahakan masak."

Hanya "hmm" yang dibalas Adam, Tubuh Adam masih tak beralih daripada atas Dhia.

"abang, bila nak siapnya ni kalau asyik bering je?"

"ala...kejaplah. bagi abang bertenang dulu"

"okay.."

🥀☕️ : @CerpenByMe


CHAPTER 06

setelah solat asar berjemaah dengan isterinya, Adam mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik sahaja. Dhia pula sudah ke luar bilik. Katanya nak menjelajah setiap genap rumah mereka.

Adam bersandar di kepala katil. Ditanganya ada sebuah buku novel English bergenre seram. Memang menjadi hobinya membaca buku novel English. Perangai sejak zaman university lagi.

Keriukan pintu menandakan Dhia sudah masuk ke dalam bilik. Isteri mudanya itu kemudian naik ke atas katil dan merangkak ke arah Adam. Kepalanya menjenguk apa yang sedang suaminya baca.

“abang suka membaca?” soal Dhia

Kepalanya disandarkan ke dada Adam. Separuh tubuhnya sudah diletak atas peha Adam.

Melihatkan Dhia di atas pehanya, Adam merehatkan lengannya atas tubuh Dhia. Sambil-sambil itu, ibu jarinya mengusap tubuh kecil itu.

“suka.” Balas Adam sepatah.

“abang baca novel english? Faham ke?” soal Dhia lagi

“faham?”sekali lagi Adam membalas sepatah.

Matanya masih melekat di aksara-aksara yang tertulis di dalam novel itu.

“dia cerita pasal apa?”

“pasal kisah seram dan mistik di hospital.” Adam menyelak muka surat sebelah.

“pandainya abang. Kalau Dhia, Dhia tau baca aje, nak faham susah. Untung abang,boleh baca dan faham. Mesti abang boleh cakap English lancar.” Ujar Dhia

“hmm..” adam mengucup ubun-ubun Dhia kemudian sambung membaca semula.

“abang, abang ceritalah. Dia cakap apa tu?” dhia menunjuk pada aksara di atas kertas putih itu.

Adam tersenyum….

“dia cerita, malam itu giliran dia menjaga kaunter jururawat dengan kawan dia. Lepas tu macam-macam kejadian seram yang berlaku. Bunyi orang menyanyilah, bunyi orang menangislah. Macam-macamlah bunyi bising. Lepas tu ada jelmaan gadis pakai baju putih lalu depan kaunter jururawat.” Adam berkata.

“ohh.. ishh seramnya. Berani betul dia duduk situ lama-lama. Kalau Dhia, Dhia dah lari pecut dah.” Bersugguh Dhia bercerita.

Membayangkan sahaja sudah kecut perut. Apatah lagi kalau dia mengalaminya. Alamatnya memang demam seminggulah dia.

Adam tiba-tiba menutup buku novelnya buatkan Dhia berkerut. Dia baru sahaja membaca beberapa patah, Adam sudah menutupnya.

Adam meletakkan buku novel ke atas meja kecil sebelah katil.

“kenapa tutup?” dhia baru nak baca” dhia mencebik.

Tubuhnya juga terikut bangun bilamana Adam mengalihkan tubuhnya untuk berbaring. Adam hanya tersengih. Tangannya terus menarik tubuh Dhia berbaring sebelahnya.

Setelah Dhia selesa dalam pelukannya, Adam mencium ubun-ubun isteri mudanya.

“habistu? Abang nak buat apa ni?” soal Dhia polos. Tangannya juga merangkul tubuh Adam.

Adam mengalih bibirnya daripada ubun-ubun Dhia. Wajah Dhia dipandang dengan sengihan lebar. Dhia hanya menayang wajah yang cukup polos.

“hari tu abang dengar mak cakap yang mak teringin…..” adam jeda dan mencium pipi Dhia”…nak cucu”. Adam melepaskan ciuman dengan sengihan nakal.

Merah wajah Dhia. Pantas tangannya menolak dada Adam. Kalau lama-lama boleh putus nyawa dia dengan Adam yang terlalu romantic ini.

“abang ni..” cebik Dhia. Adam hanya ketawa melihat wajah merah Dhia. Tangannya tak lepas memeluk pinggang kecil itu.

Dhia kembali berbaring disebelah Adam. Tangannya mengelus pipi Adam. Dapat dirasa jambang yang semakin menyubur di jawlines itu.

“ab𝖺𝗇g tak cukur ke?” soal Dhia. Matanya memandang kelopak mata Adam yang tertutup.

“biasa abang cukur masa nak pergi kerja. Ini dah seminggu cuti kerja,abang asyik terlupa nak cukur.” Balas Adam dengan mata yang terpejam.

“nak Dhia cukurkan tak?” pelawa Dhia. Tangan yang mengelus pipi Adam sudah jatuh ke dada lelaki itu.

“boleh ke?”

“mestilah boleh.”balas Dhia dengan senyuman lebar.

“okay, jom.”

🥀☕️ : @CerpenByMe




Alhamdulillah, akhirnya malam ini sempat juga admin update 2 chapter kat sini.

selamat membaca guys😉😍

🥀☕️ : @CerpenByMe


CHAPTER 05

Tepat azan asar, mereka sudah tiba dihadapan rumah Adam. Dhia sudah pun keluar daripada kereta milik Adam. Matanya memandang sekitar rumah semi-D itu. Ringkas tetapi sedap mata memandang. Rumah itu bercat cream.

Dhia baru sahaja nak bergerak ke but kereta mengambil beg pakaiannya namun terhenti apabila Adam menarik tapak tangannya.

“nak pergi mana?” soal Adam.

“ambil baju”.

“Tak payah. Nanti abang ambilkan.” Adam menarik Dhia ke depan pintu rumah.

Setelah pintu rumah terbuka, Adam bertindak pantas mencempung tubuh kecil Dhia buatkan gadis itu terjerit kecil. Tindakan drastik, leher Adam dirangkul.

“awak!!” dhia memukul dada Adam kerana rasa terkejut yang berbisa. Adam hanya ketawa lagi.

“apa awak,awak? Panggil apa?” suaranya sengaja ditegaskan. Anak mata Adam merenung anak mata Dhia.Buatkan Dhia malu.

“a-abang.” Balasnya perlahan.

“good girl.” Pipi Dhia menjadi mangsa ciuman Adam. Jambang halus yang mengena kulit Dhia buatkan Dhia tertawa geli.

Adam menutup pintu dengan sebelah kakinya. Dhia terus memerhati dekorasi ringkas bertemakan putih didalam segenap rumah ini. Adam terus membawa Dhia ke bilik utama.

Dengan bantuan Dhia, pintu bilik dibuka. Kini dihadapan ruang mata, bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king, meja solek,almari baju yang boleh tahan besar dan juga pintu tandas. Bilik master bedroom milik Adam. Temanya pula kelabu dan putih.

“cantik?” soal adam

“cantik.. pandai abang hias.” Balas Dhia.

“abang upah interior designer je.” Adam pantas meletakkan Dhia ke atas tilam bercadar kelabu itu. Sempat lagi bibir nakal itu mengucup sekilas pipi Dhia.

Adam pantas menanggalkan tudung Dhia. Tudung berwarna hitam itu diletakkan atas meja di sebelah katil. Tangan Adam sendiri yang menarik getah ikat rambut itu bagi membebaskan rambut ikal mayang Dhia. Sesudah itu pucuk hidungnya mencium haruman tersebut.

“abang suka rambut Dhia.” Ucap Adam.

‘Dhia”.

“ya, abang”.

Adam tersenyum bahagia. Macam ini rupanya rasa abah kalau mak panggil abah abang. Kini dia tahu.

“terima kasih sebab terima abang jadi suami Dhia. Walaupun umur kita jaraknya macam ayah dengan anak.” Adam berkata.

Dhia menggerakkan jarinya melukis-lukis di dada Adam. Senyumannya lebar.

“sama-sama. Tapi bagi Dhia, abang tak adalah tua sangat . 32 je.” Balas Dhia.

Dhia pun turut berbaring disebelah Adam. Adam menyelitkan lengannya ke bawah kepala Dhia sebagai bantal. Dhia pula mengiring tubuhnya menghadap Adam.

Masing-masing senyap memerhatikan antara satu sama lain. Tangan gatal Adam menguis rambut yang jatuh ke wajah Dhia ke belakang cangkerang telinga gadis itu.

“dhia… dhia nak tak jadi isteri abang untuk selamanya? Setia di sisi abang sampai abang tua kerepot nanti?” ujar Adam dalam nada berbisik.

Dhia tersenyum kecil dan mengangguk laju.

“dhia sayang abang tak?” soal Adam lagi.

“sayang. Sayang sangat-sangat.” Balas Dhia.

“abang pula, abang sayang Dhia tak?” soal Dhia persis anak kecil.

“mestilah sayang. Pipi merah abang ini.” Balas Adam. Kucupan berlabuh di pipi Dhia buatkan Dhia tertawa lagi. Geli dengan jambang halus milik Adam.

Dhia mengusap jawlines Adam yang tajam dan jelas terlihat. Adam memejam mata merasai usapan Dhia di wajahnya.

“terima kasih sebab sayang Dhia.” Dhia memeluk tubuh Adam erat.

Adam turut membalas. Dhia merehatkan kepalanya ke dada Adam. Selesa di dalam dakapan suaminya buatkan Dhia dilanda mengantuk.

“sama-sama.. dhia kalau ngantuk tidur jelah. Abang pun dah mengantuk.”

Dhia mengangguk dan mula memejam matanya. Telinganya diperdengarkan selawat-selawat yang dibacakan Adam kepadanya.

Persis anak kecil, Adam mendodoi Dhia dengan menepuk bahu isterinya. Lama-lama Dhia terlelap.

“janji… jangan khianati abang, Dhia.”

🥀☕️ : @CerpenByMe


CHAPTER 04

Adam menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Puan Raudhah dan Dhia pula rancak berbual. Adam langsung tiada niat nak mengganggu sebab mereka berbual tentang memasak, hal perempuan yang memang tak ada kena dengan jiwa Adam.

“sedap tak nasi goregnya, Dam?” soal puan Raudhah.

Adam yang sedang mengunyah pantas menaikkan anak matanya.

“sedap.” Balasnya sepatah. Sudu mengaup nasi goreng ke tengah pinggannya.

“hari ini, Dhia yang masak. Emak cumaa duduk kat tepi je tau.” Ujar puan Raudhah.

“emak dah kata, Dhia ini memang pandi masak. Tulah Adam tak percaya lagi”. Sambung puan Raudhah lagi.

“eh bila Adam cakap Adam tak percaya?”

“ada”.

Malas nak bergaduh dengan emaknya, Adam hanya diam dan menjamu nasi goreng lagi. Memang sedap dan kena dengan citarasanya. Masuk ini dah dua pinggan dia tambah.

“bila Adam nak bawa Dhia pergi rumah Adam?” soal puan Raudhah.

“cadangnya har ini mak. Mungkin petang kot. Sekali pindah terus barang lah.” Ujar Adam.

“haa dengar tak tu Dhia? Nanti naik kemas barang ya.” Ujar puan Raudhah.

Dhia hanya mengangguk. Teko diangkat dan menuang air teh ke dalam cawan Adam. Tersenyum puan Raudhah melihat Dhia yang pandai melayan suaminya.
Sungguh sopan hasil diidikan nenek Tijah. Nenek angkat Dhia. Juga kenalan puan Raudhah. Begitulah bagaimana dia bertemu dengan gadis itu.

“emak tak kisah ke tinggal seorang diri kat rumah?” soal Dhia.

“hmm semenjak arwah abah Adam meninggal dunia lagi, emak dah biasa duduk seorang diri. Adam pula dah pindah rumah masa dia mula-mula kerja dulu.” Balas puan Raudhah.

“tak seram ke ?” soal Dhia lagi.
Mana taknya, rumah puan Raudhah ini walaupun kecil tapi dua tingkat. Kira besarlah tu. dia yang duduk dengan nenek Tijah berdua pun kadang-kadang seram juga.

“alah, asal bias tegal biasa. Ya tak?” balas puan Raudhah dengan sengihan.

Dhia pun membalas dengan senyuman. Melihatkan Adam yang sudah habis makanannya, dengan pantas pinggan Adam diambilnya.
Dhia mengumpul pinggan mangkuk yang kotor dan dibawa ke sinki untuk dibasuh. Pili air dibuka dan satu persatu pinggan mangkuk dibasuh.

“Dhia.”

Dhia memandang ke tepi. Entah bila masa Adam ada disebelahnya. Dhia berganjak memberi ruang kepada Adam untuk membasuh tangannya.
Adam membilas tangannya dibawah pancuran air paip. Dengan cekap bibirnya berlabuh dipipi merah Dhia. Dhia terkedu. Melihatkan isterinya yang bertambah merah wajahnya buatkan Adam tersenyum lucu.

“terima kasih sebab masak untuk abang”. Ujar Adam. Sekali lagi pipi isterinya dikucup.

“janganlah, malulah kalau emak Nampak.” Perlahan sahaja suaranya. Adam tertawa kecil.

Sekilas Dhia memandang ke belakang. Nasib baik puan Raudhah tak Nampak sebab sedang makan lagi. Kepalanya beralih memandang hadapan semula.

Cup!! Sekali lagi pipinya menjadi sasaran bibir nakal Adam berlabuh. Bertambah merahlah pipi Dhia.

“awak!!”

Adam menghambur tawa kecil lagi.

🥀☕️ : @CerpenByMe



20 last posts shown.

342

subscribers
Channel statistics