Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama MyAqsa Defenders sempena ulang tahun ke-10 kami!
Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.
Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.
Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024
Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.
Daftar sekarang melalui link
bit.ly/persidangancsmJangan lepaskan peluang!
#salamkemanusiaan