DUNIA MANA YANG DICELA?
Istilah dunia ialah segala yang terdapat di atas muka bumi ini dari berbagai-bagai barang dan benda yang menarik nafsu syahwat dan kelazatan. Maka semua jenis benda dan barang yang memang nafsu anda mengingininya dan tertarik kepadanya serta sangat mengutamakan, itulah dikira dunia yang tercela. Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 14 :
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّسَآءِ وَالْبَـنِيْنَ وَالْقَنَاطِيْرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَـيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْاَنْعَامِ وَالْحَـرْثِ ؕ ذٰ لِكَ مَتَاعُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۚ
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia."
Barangsiapa yang mencintai dan mengejar semua itu, serta menumpukan semua perhatian kepadanya, tiada cita-cita dan maksud yang lain daripada memuaskan nafsu dan kelazatan dunia serta mengecap segala kenikmatannya. Maka terkiralah dia dalam golongan para pecinta dunia dan orang-orang yang memberikan perhatian kepada dunia. Andaikata cintanya kepada dunia itu melampaui batas, sehingga ia tiada membuat perhitungan lagi dari mana ia memperoleh matabenda itu, sama ada dari yang halal mahupun yang haram, semuanya disapu bersih.
Lalu ia pun mula melalaikan segala apa yang dperintahkan oleh Allah dan yang diminta mentaatiNya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia itu, sehingga akhirnya ia terjerumus pula ke dalam maksiat dan segala yang diharamkan Allah ke atasnya. Jika telah sampai ke peringkat ini, maka sudah patutlah ia menerima ancaman dan siksa yang dijanjikan terhadap para pecinta dunia, dan orang-orang yang mengejar dunia serta mengambil berat tentang dunia. Tentulah perkara orang ini dalam bahaya yang berat, kecuali jika ia segera bertaubat kepada Allah SWT sebelum mati, dan sebelum ia berpindah dari kehidupan dunia yang sementara ini.
Allahu ta'ala aqlam...