🥀🍂° 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐣𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐚𝐡 𝐭𝐨 𝐣𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 °🍃🌹


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


بلِّغوا عَنِّي وَلَوْ آيَة
sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.
ılı.lılılı.ıllı 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 ・゚゚・。
⁎̩͙ ⁑̩͙̩͙ ⁂̩̩͙͙
dan 𝗠𝗔𝗧𝗜 ku ✄┈┈┈

kerana ˏˋ°•*⁀➷
𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Statistics
Posts filter


Forward from: Unknown
"Sebesar apapun dosamu terhadap Allah, jangan sekali-kali berputus asa padaNya. Allah tidak berpaling dari kamu selama kamu tidak berpaling dariNya.

Maka, teruskanlah kembali kepadaNya, sekalipun sudah berpuluh kali dirimu dikalahkan oleh nafsumu."

- Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri -


ASSALAMUALAIKUM WBT.

•• Dari Baginda Rasullullah ﷺ bersabda :

•• Sesiapa yang memasangkan telinganya untuk mendengarkan sepotong ayar suci daripada Kitab Allahﷻ

•• Nescaya dia akan memperolehi cahaya dihari kiamat.

(Riwayat Ahmad).

@fromjahiliah_tojannah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram




Terkadang sibuk mencari punca kesedihan dan kegusaran
Lalu menyalahkan yang di sekeliling
Cuba sesekali lihat pada diri
Seberapa kerap dahi ini menyentuh sejadah
Dan seberapa kerap tangan ini ditadah memohon doa

@fromjahiliah_tojannah


ASSALAMUALAIKUM WBT.

💘 Allah Mengangkat Darajat Orang Pemurah, Pemaaf Dan Rendah Hati

💘 Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabdan:

💘 “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan.

💘 Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (HR Muslim No: 4689).


@fromjahiliah_tojannah


Jangan risau , Allah ada bersama hamba-Nya
Serahkan segalanya pada yang sebaik-baik perancang

@fromjahiliah_tojannah


Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan
Dan jangan pernah melupakan Allah di setiap perjalanan

@fromjahiliah_tojannah


"Dengan mengingati Allah , hati manusia akan tenang "

(Ar-Rad : 8)

@fromjahiliah_tojannah


CARA NAK BAGI SALAM MELALUI ORANG TENGAH.

Rupanya....cara yang kita jawab salam yg dikirim melalui orang tengah selama ini salah memang salah.
Dah pula begitu, dia tak nak bertanya. Ini lagi salah.


Tapi takpe, lepas baca ni, kita dah belajar cara betul, InshaAllah. Semoga bermanfaat..😊

CARA MENJAWAB, JIKA *ORANG BERKIRIM SALAM KEPADA KITA*:

97% muslim yang kita jumpa bila disebut: "Jef, Naz kirim salam".
Akan dijawab,
"Yeke? WA'ALAIKUMUSSALAM".

Nampak macam takde masalah kan?

Tertanya2 jugak apa masalahnya kan?
Yup, memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam'

tapi...

*"wa'alaika wa'alaihissalam"*.

Sebab apa?
Azuan suruh Ali kirim salam kat Aini.
Aini jawab " wa'alaikumussalam"

Sedangkan:- " *Wa'alaikumussalam* = *Selamat sejahtera ke atas Kamu*.

Jadi, salam Azuan kepada Ani tak terjawab kan?
Sebab Ani doakan salam tu kepada Ali.
SEDANGKAN ALI TU ORANG TENGAH.
Manakala:-

*Wa'alaika wa'alaihissalam* =
*dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera*.

Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

*Sebarkan, jangan mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.*

@fromjahiliah_tojannah


Cantik Puisi ni.

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Tak rindukah pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal soleh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri solehah
Ada suami soleh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.

INGAT...
INI (BUMI) BUKAN RUMAH KITA

( Semoga Allah swt merahmati tuan yg mencipta dan membaca puisi indah ini)

Credit to:
@sumberilmu


┍━━━━●●●●━━━━━━━━━━━━━┑

ᴠᴏʟʟᴇʏʙᴀʟʟ ᴀsᴘ ʙʏ @vibezmood

┕━━━━━━━━━━━━━●●●●━━━━┙

│ ○ @thelarizstore
╰🏐 trending items & DS needed メ

│ ○ @cahayabidadariqoutes
╰🏐 sabar itu kunci bahagia メ

│ ○ @pinteresthinggss
╰🏐 random things from pinterest メ

│ ○ @littleyayastore
╰🏐 let's join and have fun メ

│ ○ @PhoneCaseBySyxf
╰🏐 casing murah, lawa freepostage メ

│ ○ @sweetieeeeshop
╰🏐 murah & trusted seller メ

│ ○ @fromjahiliah_tojannah
╰🏐 coretan maya sebuah perasaan メ

│ ○ @theaestheticme
╰🏐 aesthetic wallpaper here メ

│○ @morelovechannel
╰🏐 the study of mind behaviour メ

│ ○ @deepsikid
╰🏐 saja nak bagi kau sentap メ

│ ○ @randomquotesfree
╰🏐 luahan semua ayat メ

│ ○ @foodiezone
╰🏐 your cheapest food shop here メ

│ ○ @anotherquotes
╰🏐 random quotes メ

│ ○ @dailyrasaku
╰🏐 apa aku harus pendam メ

│ ○ @foryourselfz
╰🏐 start everything with bismillah メ

│ ○ @aestheticssshh
╰🏐 all about aesthetics メ

│ ○ @thememimi
╰🏐 find your aesthetic themes here メ

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
D E L E T E A F T E R 5 H O U R S !
︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶

♡ Join ASP? @sukatiakula_bot
♡ Official Channel : @vibezmood
♡ Powered By : @volleyballasp_bot
♡ More Info : @infoaspbymoodying

︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶︶
t.me/vibezmood


اللَّهُمْ صَلَّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمِّدْ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ۞

Sabda Nabi S.A.W :

"Barang siapa yang berselawat kepada aku, 10X pada waktu pagi dan 10X pada waktu petang setiap hari, dia akan beroleh syafaat aku pada hari kiamat."


Bergaul Dengan Orang Soleh

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ

Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.

2. Dalam Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).

3. Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.

4. Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).

Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.


Forward from: ➷ 𝓟𝓮𝓷𝓪 𝓝𝓲𝓼𝔂𝓪𝓱 °。
Allah mendengar sekecil zarah suara hati manusia
Manakala dunia hanya mendengar suara orang yang berkuasa
💸

🌿 Anisyah 🌿

:: @penanisyah 🔖


Membebaskan Kesulitan Hutang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ الرَّجُلُ يُدَايِنُ النَّاسَ فَكَانَ يَقُولُ لِفَتَاهُ إِذَا أَتَيْتَ مُعْسِرًا فَتَجَاوَزْ عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا قَالَ فَلَقِيَ اللَّهَ فَتَجَاوَزَ عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki yang mampu memberi pinjaman (hutang) kepada orang lain dan dia berpesan kepada muridnya; "Jika kamu datangi mereka untuk menagih (membayar) hutang tapi mereka dalam kesulitan maka bebaskanlah, sebab dengan begitu semoga Allah membebaskan kita (pada hari kiamat) ". Baginda bersabda: "Maka orang itu berjumpa dengan Allah Ta'ala lalu Allah membebaskannya (mengampuninya) ".(HR Bukhari No: 3221) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Saling membantu kepada orang yang memerlukan adalah suatu tuntutan.

2. Orang yang memiliki kemudahan dan mampu memberikan pinjaman kepada orang lain adalah suatu amalan terpuji.

3. Mukmin yang memberi kemudahan atau membebaskan hutang orang yang kesusahan untuk memembayar kembali hutangnya, nescaya di hari akhirat Allah akan membebaskannya (mengampuni) dari dosa.

4. Dalam suasana keperitan dan kesusahan mengharungi kehidupan seperti zaman Covid 19 ini, ramai yang terkesan dari segi kewangan dan mungkin ada yang dibuang kerja, berilah kemudahan kepada saudara yang memerlukan. Jika kita mampu menjelaskan hutang bagi pihak yang berhutang dan berada dalam kesusahan untuk membayarnya, atau memberikan penangguhan tempoh, maka lakukanlah.

Moga di hari kiamat kelak, kita akan mendapat kebebasan dan keampunan daripada dosa.


˚⁀➷ 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒌𝒆 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂 ⤹⋆⸙͎۫˚☽

❀ུ۪ @fromjahiliah_tojannah


Forward from: ➷ 𝓟𝓮𝓷𝓪 𝓝𝓲𝓼𝔂𝓪𝓱 °。
Nadi Puisi

Siapapun diriku
Tetap bergantung pada tali Pencipta
Sekuat apa pun aku
Tetap berlindung di bawah langit Allah

Dari pena
Aku hanya menukilkan sebatas sajak
Kebesaran-Nya ku jadikan bait-bait puisi
Aku tidak hebat
Kerana kehebatan cuma ku lihat pada Kekuasaan-Nya

Kalau mati
Mungkin matiku bagai kerikil kecil tenggelam di lautan luas
Namun jiwaku membumbung dalam baris sajak

Tujuh puncak membilang bilang
Ngeri hari mengucap ucap
Di butir pasir kutulis rindu rindu
Pada pena dan denyut nadi puisiku

🌿 Anisyah 🌿

:: @penanisyah 🔖


Ujian Adalah Kebaikan

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya." (HR Bukhari No: 5213)

Pengajaran:

1. Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.

2. Pelbagai ujian yang kita lalui. Ada orang diuji dengan jangkitan Covid 19, ada yang terkesan akibat Covid 19, kehilangan pekerjaan, ketidak selesaan kerana terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan dan sebagainya.

3. Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

4. Bersabarlah ketika kita menempuh ujian dan cobaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Sentiasa ujian itu menimpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” (HR. Ahmad dan At-Tirmizi) Status: Sahih

Semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini dan digantikan dengan kebaikan yang lebih baik untuk kita.


˚⁀➷ 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒌𝒆 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂 ⤹⋆⸙͎۫˚☽

❀ུ۪ @fromjahiliah_tojannah


Forward from: 🎕° 𝒾𝓃𝒾 𝓈𝑜𝒶𝓁 𝓅𝑒𝓇𝒶𝓈𝒶𝒶𝓃 °🎕
🧡🧡🧡

buat kita yang wanita,
jadikanlah para srikandi islam sebagai inspirasimu.
jadikanlah kisah mereka itu sebagai pedoman buatmu.

semoga saja kita semua menjadi wanita solehah yang cekal imannya dalam menempuhi keperitan duniya.

biarlah,
dalam fikiran itu cuma Allah.
dan,
impian cuma Syurga.

@inisoalperasaan


Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tiada disisinya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tiada disisinya), nescaya malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan, kesihatan juga kesejahteraan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.


˚⁀➷ 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒌𝒆 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂 ⤹⋆⸙͎۫˚☽

❀ུ۪ @fromjahiliah_tojannah

20 last posts shown.

79

subscribers
Channel statistics