iamkakadh


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: not specified


Nukilan hati Kak Ad. Sharing ilmiah, motivasi dan keibubapaan

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Start ramadhan.
Nak buat sharing
🦋1 ayat alquran
🦋1 perkataan bahasa arab
🦋1 contoh hukum tajwid
🦋1 tips parenting

Semuanya akan diselang selikan. InsyaAllah. Doakan Kak Adh


Ikrar dan berazam untuk jadi lebih baik adalah lebih baik daripada hanya memberi alasan yg membuatkan kita tidak berganjak dari tempat yg lama.

Kak Adh sentiasa sokong pada mereka mereka yg ada azam nak jadi lebih baik..

Kak Adh hanya mampu doa dari jauh ya!

Kak Adh harap, kalian sentiasa bertabah dan cekal dalam menghadapi cabaran yg mendatang..

Jika jatuh dan tersungkur, x mengapa!
Jangan putus asa dan jangan kecewa.
Tetap teruskan apa yg kalian buat itu..

_Kak Adh_


Tak cukup untuk kita hanya jadi yg soleh sahaja..
Kita perlu juga menjadi yang muslih..

Soleh dan muslih..
Barulah seimbang..

Soleh di mana kita buat baik untuk diri sendiri.
Muslih pula kita menyeru orang lain untuk sama sama buat baik.

See?
Seimbang dan adil, bukan?

Kata nak redha Allah, nak syurga Allah.
Tak kan nak rebut sorang sorang kan?
Tak aci lah gitu 😂😂😂

Apa kata sambil kita ajak diri, kita ajak orang lain jugak..

Jika malu nak buat besar besaran, buat kecik kecik dulu..

Bagaimana? Meh Kak Adh share sikit cara..
➡Buat status yg baik baik.. Share di laman sosial yg kita ada..
➡Buat halaqah dengan ahli keluarga/sahabat yg dikenali rapat

Ini je dulu untuk permulaan. Bila dah rasa ada kekuatan nak buat yg lagi besaq, boleh cuba buat ok..

Jom jadi soleh & muslih..

Hugs
_@iamkakadh_


Perkara2 yang sering bermain di minda tentang mempelajari alquran

*x pandai tajwid. Banyak nak kene ingat*
Takpe. Cari guru. Baca nota. Buat nota sendiri

*x pandai bahasa arab*
Takpe. Boleh beli alquran yang ada terjemahan pada setiap perkataan. Boleh tulis perkataan dan terjemahan dalam satu buku. Jadikan seperti kamus.

*bacaan x lancar. Malu nak baca depan orang*
Permulaan memang malu. Tapi kene paksa diri.

*yuran mahal*
Memang x dinafikan. Tapi kalau pandai cari, ada je yg buat secara percuma dan yuran mampu bayar. Usaha.

Kawan.
Untuk mempelajari Alquran, kene ketepikan sifat malu, segan. Rugi!
Tanya pada diri, sampai bila nak malu segan?
Sampai bila nak biarkan bacaan x lancar sedangkan mengaji bertajwid itu adalah wajib.

Jangan jadikan alasan2 di atas untuk tak nak mengaji.

Perlahan2
Sedikit2
Tapi konsisten.

Dengar bacaan alquran dari satu qari pilihan.
Catat perkataan baru.
Belek tafsir.
Dengar penerangan dari asatizah.
Cari guru.

Usaha usaha usaha!
Semoga dipermudah.

Hugs
Iamkakadh
09102025


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Semoga bermanfaat.

Ni link shoppee nya kalau ada yg nak dapatkan.
https://s.shopee.com.my/8pWmNrIlMG

Ada banyak warna, mestilah pilih my fav color.


Hari ni Kak Ad nak share dua ayat quran favourite Kak Ad yg sesuai sangat dijadikan motivasi buat semua...

Surah AlMaidah ayat 9-10
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu adalah penghuni neraka.

Allah dah bagitahu,
Siapa buat baik pahala menanti..
Siapa kufur neraka menanti..

Bila dengar pahala, Kak Ad rasa seronok sangat... 🥰🥰🥰
Tapi bila dengar neraka, Allahuakbar!
Gerun sangat! 😰😰😰

Apa kalian dapat rasa apa yg Kak Ad rasa x?

Kak Ad pon bukan baik sangat tapi Kak Ad nak seru pada semua,
berlumbalah buat perkara kebaikan..
Berlumbalah buat ibadah pada Allah...
Cukup cukuplah buat kemungkaran..
Cukup cukuplah buat kemaksiatan...

Ingatlah pada balasan yg akan menimpa nanti jika kita masih terleka dan x endahkan perintah Allah 😰

Jom kawan kawan
Muhasabaha diri segera
Mohon keampunan dari Allah
Lekas lekas menyesali
Jom!

_Kak Ad_
5/2/19




Cara nak faham ayat2 alquran ni sebenarnya mudah sangat!

Tiada basic bahasa arab pon boleh!

Antara nak atau x je 😂..

Apa caranya? Ni Kak Ad share sikit cara yang Kak Ad buat...
✅Sediakan satu buku khas untuk alquran
✅Baca ayat arabnya, tanda ayat yang baru diketahui
✅Tulis dalam buku
✅Baca terjemahannya, tulis dalam buku
✅Rajin ulangkaji

See?
Mudah kan?

Setiap kali baca quran, Kak Ad memang sekalikan dengan terjemahan. Satu ayat arab satu terjemahan. Memang lambat. Tapi xpelah, sebab kita nak lebih faham kan😘.

So bolehlah apply nanti...

Hugs,
Kak Adh
5 Februari 2022


Tahu x, segala posting Kak Ad yg berunsur nasihat, teguran, semuanya Kak Ad tujukan buat diri Kak Ad dahulu...

Dan sesungguhnya Kak Ad tiada niat untuk ianya mengguriskan atau melukakan hati kalian...

Kak Ad mintak maaf ya 😖..

Kak Ad sedang berusaha untuk menjadi seorang sahabat yg baik.. Yg mana dia x akan sesekali membiarkan sahabatnya yg lain dengan mudah membuang masa untuk perkara yg mungkar dan tidak berfaedah.. Itu yg Kak Ad sedang usahakan..

Semoga semua faham ya mengapa Kak Ad sering post kata teguran, nasihat!

Jika ada yg suka, teruskan sokongan anda pada Kak Ad ya!
Mana mana yg x suka, x apa.  Kak Ad x memaksa..

Doakan yg terbaik buat Kak Ad ya!

_Kak Ad_


Apa jua status kita, jadilah yang beriman...
Jadilah hamba Allah yg beriman..
Jadilah ahli keluarga yg beriman..
Jadilah sahabat yang beriman..
Jadilah pelajar yg beriman..
Jadilah ibubapa yg beriman...
Jadilah pasangan yg beriman...

Apa jua pekerjaan yang kita pilih, jadilah yg beriman..
Jika bomba, jadilah yg beriman..
Jika doktor, jadilah yang beriman.
Jika pendidik, jadilah yang beriman.
Jika polis, jadilah yg beriman..
Jika tutor, jadilah yg beriman..

Sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri, dalam masa yang lain...
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain untuk kembali kepada fitrah..
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain mentaati perintah Allah..
Sentiasa berusaha mengajak diri sendiri dan yang lain buat kebaikan dan cegah kemungkaran..

Hugs
_Kak Ad_


Tahun 2025 dimulakan dengan PROGRAM BRISK WALK + USRAH (kids only)

Ada warm up
Brisk walk
Ada sharing ilmiah

Bayaran yang dikenakan hanya rm10 sahaja.
Modul + cenderahati

Jika berminat, boleh roger


Dalam ilmu AlQuran, kita mesti menerapkan 7T.

Ape tu?
1️⃣Tilawah
2️⃣ Tafsir
3️⃣ Tadabbur
4️⃣Tazakkur
5️⃣ Tausiyyah
6️⃣Terjemahan
7️⃣Tahsin

Tilawah mesti dengan tajwid yg betul. Mesti rujuk guru.

Tafsir mesti dengan penjelasan yg benar. Mesti rujuk mufassir.

Tadabbur atas diri pembaca. Bagaimana kita ambil pengajaran. Jika pada permulaan x faham, boleh rujuk guru.
Biasanya tadabbur ini refleksi diri kita, doa dan harapan kita.

Tazakkur juga atas kita di mana kita berusaha untuk mengamalkan apa yg terkandung dalamnya.

Tausiah juga atas kita di mana kita berusaha sebarkan ilmu quran kepada yang lain.

Terjemahan pula memahami makna perkata atau perayat setiap ayat.

Tahsin pula memperbaiki bacaan, mencantikkan bacaan. Medti berguru.

Nak x nak, memang kene ada 7T dalam diri kita ttg Alquran.

Usaha ok?
Jom sama sama kita..
Perlahan2, jangan gopoh gopoh.

_Kak Ad_
27.1.2021


Hari ni Kak Ad ada join satu webinar parenting. Dalam bahasa inggeris so kene fokus sikit supaya dapat faham.

So Kak Ad nak share tips yg Kak Ad dapat dari webinar ni.. Berdasarkan soalan yg diberikan peserta..

Satu. How to control anger when the kids do the mistakes.
✅must know the trigger
✅deep breath
✅walking out until feels come
✅take a hot shower
(Kalau dalam islam, kita bolehlah tambah islamik punya part ya)

Dua. How to deal with the teenagers who is addicted to online games and not socialize much.
💕A B C D open communication
✅Active listening - anak habis cakap dulu, baru kita respon
✅Be a coach - giving options instead of instructions
✅Create a safe space - commending instead of condemning
✅Dont be condesending

Susunan semula by Kak Ad.
26 January 2022
Still trying to be a better parent than before


Hari ni nak share 10 secrets dalam parenting yang Kak Ad dapat dari satu webinar.

1. Closure
2. Love Language
3. Open Communication
4. Nurturing Repentant Heart
5. Being Present
6. Comparison Skills
7. Failure is the Stepping Stones To Success
8. magnify you children good traits
9. Sense of Insecurity
10. Discussion boundaries

Maaflah, dalam BI 😂..
Kalau ada yg boleh terjemahkan, lagi bagus. Sebab kita x paham jugak 🤣

Susunan semula by Kak Ad
27 Jan 2022






Tak tahu nak baca doa apa lepas setel solat?

Ok takpe.

Ni antara cadangan dari Kak Adh. Bagi Kak Adh, doa2 ni memang kita biasa baca dan senang ingat.

⏭️doa khatam quran
⏭️doa husnul khatimah
⏭️qunut nazilah
⏭️bacaan duduk antara dua sujud
⏭️doa ibu bapa

Satukan semua.
Boleh tulis atas kertas.
Baca sambil tengok dulu. Konsisten.
Lama2 ingat sendiri.

Cubalah!

Ni Kak Adh share doa dalam bentuk gambar ☺️
Boleh print and laminate.

Hugs
@iamkakadh


Nak start buat journal Quran? Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Meh Kak Ad ajar step2nya.

1️⃣boleh belek2 dulu ig/fb yang dah publish hasil jurnal mereka
2️⃣boleh tanya2 dulu pada yang dah buat
3️⃣Rangka / download dahulu template yang sesuai yang kita mahukan

Kemudian barulah kita boleh mula menulis jurnal alquran..

Bahan yg diperlukan x susah nak dapat pon.
💕Terjemahan Alquran
💕Kitab Tafsir
💕Buku Nota Khas
💕Alat Tulis
💕Ceramah2 Asatizah ttg tafsir & tadabbur

Jurnal ni untuk apa?
Untuk lebih kita faham apa yg Allah nak sampaikan.
Untuk lebih mendalami dan me jiwai ayat2 Allah.
Jika sekadar baca terjemahan, adakalanya kita pon tak faham kan?

Dalam penulisan jurnal alquran ni, kita mesti kena ada semangat dan mindset yang positif supaya dapat melancarkan pembikinannya..

❤️Setkan hari tertentu. Mcm Kak Ad, Kak Ad prefer buat hujung minggu; sabtu & ahad pagi.. Itu je pon masa yg free (yg lain full kelas)..
❤️Pastikan diri kita dalam keadaan bersedia. Dah makan, dah wuduk.
❤️Jika ada anak2 boleh pesan mohon berikan ruang sekejap untuk mentelaah alquran. InsyaAllah anak2 akan faham.
❤️Mulakan dengan niat nak dapat ilmu dan akan sampaikan pada yg lain..

Permulaan memang kita rasa tak yakin. Tapi tetap kene usaha.

Mulakan dengan surah yg pendek dahulu.. Bila dah rasa yakin, boleh terus dengan surah panjang.

Kak Ad sekarang fokus pada surah2 yg penting (alkahfi, fatihah, waqiah, almulk, luqman, sajdah).. InsyaAllah yg lain bakal menyusul..

Ok, next, apa yg perlu kita tulis dalam jurnal tu?
💕Ayat Alquran yg kita nak fokus. Satu muka khas satu ayat sahaja.
💕Tafsir untuk setiap perkataan yg ada.. Tafsir ni apa? Penjelasan lebih mendalam.
💕 Tadabbur ayat. Tadabbur ni apa? Pengajaran yg boleh kita ambil dari ayat tersebut.
💕Muhasabah diri. Kita buat checklist yg berkaitan dengan ayat jika ada.
💕Doa. Kita tulis doa/harapan kita ttg ayat berkaitan jika ada.

See?
Mudah je kan? ☺️

Cubalah buat dulu!

Dah buat mesti rasa ketagih, x nak berhenti 🤭

_Kak Adh_
Pencinta Alquran


Soon Kak Ad nak bukak tabung infak untuk buat makan2 anak2 mengaji ☺️

Tarikh 18.2.25

If ada kenalan dalam ni nak join, roger terus tau!


Akhir2 minggu persekolahan ni, pasti akan ada satu sesi penyampaian hadiah kan? Tak kisahlah tadika ke, sek ren ke, sek men ke.

Adalah beberapa parent yg personal share, katanya emosi terganggu sebab anaknya x dapat satu anugerah dan minta Kak Adh share sikit kata2 semangat.

Baiklah. Kak Adh cuba 😘

1. Setiap anak berbeza hatta yang lahir dari parent yg sama.
2. Jangan bandingkan anak2 dengan anak sendiri yang lain mahupun rakan sedarjah.
3. Bersyukur dengan apa yang anak dapat, bukan dengan apa yang anak tidak dapat.
4. Perjalanan anak masih panjang. Guide anak untuk menjadi yg terbaik.

Tidak dapat anugerah bukanlah bermakna anak itu gagal, tidak pandai atau tidak bagus!
Itu bukan rezeki anak.

Tidak perlu cemburu dengan anak2 yang dapat anugerah.

Jadikan ianya satu titik untuk mempengaruhi anak supaya jadi yang terbaik di masa akan datang.

Jangan terlalu kejarkan anak untuk dapat anugerah itu ini. Namun kejarkan anak untuk fokus dan faham apa yang disampaikan guru.

Dapat anugerah itu rezeki dan bonus!

Hakikatnya, ia mengajar kita sebagai parent untuk bersyukur dengan apa yang ada, bukan merungut dengan apa yang tiada. ✌🏽

Didik anak untuk cemerlang akhlak dan agama, disamping berjaya akademik.

Abaikanlah jika ada yang mengata anak itu dan ini!

Kita terus maju ke hadapan ok

Hugs
Iamkakadh

20 last posts shown.