Jiwa Tarbawi

Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified

Mendidik Jiwa Tarbawi

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter

JIWA TARBAWI 404

Kebenaran itu bukan di tangan mu...

bukan hanya dari pemikiran dan cakap mu ...

bukan dari kehendak nafsu mu...

Kebenaran itu dari Allah, Tuhan mu ...

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿البقرة: ١٤٧﴾

Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.

Al Baqarah : 147

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَمَا أَنَا عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ ﴿يونس: ١٠٨﴾

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya teIah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".

Yunus : 108

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾
﴿سورة المؤمنون : ٧١ ﴾

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

Al Mukminun : 71

Justeru, suluhilah kebenaran dalam dirimu.

ABi

JIWA TARBAWi 403

Iman dan ukhuwwah membawa ke syurga ...

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

رواه مسلم

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, berkata ia: Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggahlah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu.

HR Muslim

Justeru, wahai saudaraku...

kalaulah sahabatmu berbeza pandangan denganmu,

..berbaik sangkalah padanya,

...janganlah didahulukan buruk sangka dan prejudis padanya,

...mungkin ilmunya, rujukan ilmunya, cara berfikirnya, jiwa dan perasaannya berbeza dari mu,

..dan latar belakang hidupnya berbeza daripada mu,

...buruk sangka dan prejudis hanya akan menyebabkan dadamu sempit terhadapnya,

...sedangkan martabat ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada terhadap saudaramu,

...walau pun berbeza dia tetap sahabatmu,

..dia tetap akhukum fillah, ...ukhtukum fillah,

...dia bukan musuhmu untuk dimusuhi,

...kasihilah ia, maafkanlah ia...

Belajarlah daripada akhlaq Rasul Allah sallallahu 'alaihi wa sallam,

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖفَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ﴿١٥٩﴾

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka , dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. '

( Ali 'Imran : 159 )

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

‎وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا

Dan tidaklah Allah menambah seorang hamba dengan kemudahan untuk memaafkan kecuali Allah akan memberinya izzah (kemuliaan).

HR Muslim no. 6535

... demi iman dan ukhuwwah ke syurga

ABi

JIWA TARBAWI 402

Kadangkala, hanya baru belajar tapi sudah terasa 'alim faqih...

Hanya baru sekadar membaca tentang iman, sudah terasa kuat keimanan...

Terkadang, hanya suka membaca tentang dakwah dan pendakwah, tapi sudah menyangka dirinya pendakwah yang berdakwah...

Hanya sekadar bersemangat, tetapi sudah menyangka dirinya mujahid pejuang fi sabilillah ...

Itu semua hanya sangkaan-sangkaan yang sering menjadikan seseorang tertipu, terjatuh ke lembah ghurur ...

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿النجم: ٣٢﴾

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.

An Najm : 32

Begitulah juga soal keimanan.
Tidak hanya sekadar sangkaan dan dakwaan beriman, tetapi mestilah ada keyakinan yang mutlak tanpa keraguan, dan bersusah payah terjun ke gelanggang jihad perjuangan serta membuktikan pengorbanan demi merebut redhaNya.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُواوَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿الحجرات: ١٥﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Al Hujurat : 15

Justeru, tinggalkanlah sangkaan, angan-angan dan dakwaan. Muhasabahlah dan perhalusi dirimu sendiri...

ABi

JIWA TARBAWI 401

Bila beramal...

beramal kerana Allah ,.. sebab Dia yang suruh

amalan itu untuk dipersembahkan kepada Dia..

Dia yang akan lihat amalan itu..

Ada malaikatNya yang catit amalan itu..

Dia, Allah yang akan lihat catatan amalan itu di akhirat..

Dia, akan timbang amalan itu..

Dia, yang beri pahala pada amalan itu..

Dia, yang akan balas amalan itu..dengan syurgaNya...

bila adalah keikhlasan dlm hati kita

Justeru, ikhlaskan lah amalan tu untuk Nya...

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿الكهف: ١١٠﴾

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

Al Kahfi : 110

ABi

JIWA TARBAWI 400

Panjang umur dan diberkati ....

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي يَعْقُوبَ الْكِرْمَانِيُّ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، قَالَ مُحَمَّدٌ هُوَ الزُّهْرِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ”

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abi Ya’qub Al-Kirmaniy: Telah menceritakan kepada kami Hassan : Telah menceritakan kepada kami Yunus : Telah berkata Muhammad – ia adalah Az-Zuhriy – , dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang suka diluaskan rezkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim”

Sahih Al Bukhariy ,2067

Ancaman mencarik silaturrahim ... jadi sebab tidak masuk syurga...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يدخل الجنة قاطع رحم

رواه الترمذي.

Sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam :

"Tidak masuk syurga, pemutus silaturrahim"

HR Tirmizi

Justeru, jagalah silaturrahim...

ABi

alah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat-Zabaniah ke merata tempat. maka segera menjelmalah Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka serta menyerahkannya pula kepda Malaikat-Rahmat.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang merangkak rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang hijab(tabir), maka jelmalah budipekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka hijab tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Ta'ala.

Aku melihat juga dari seorang umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah menukarkan tujuan buku catitat itu ke arah kanan.

Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah Ta'ala, lalu membawanya jauh dari tempat itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah airmatanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Ta'ala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti 'shirat' (titian) manakala seluruh tubuhnya bergoncang, seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Ta'ala, lalu menenteramkan kegoncangannya itu dan mudahlah ia meniti hingga ke hujung titian itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti di atas 'shirat'`, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu ia pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong konyong pintu pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu pintu syurga itu untuknya, sehingga ia boleh memasukinya.

Hadis ini telah disebut oleh Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, sambil berkata, ia telah dikeluarkan oleh At-Tabarani di dalam kitab Al-Kabir. Begitu pula oleh Al-Hakim At-Tarmidzi di dalam kitab Nawadirul-Ushul, dan Al-Isfahani di dalam kitabnya At-Targhib.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Tiada daya aku meninggalkan maksiat, dan tiada kekuatan aku melakukan taat, melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lag Maha Besar

ABi

JIWA TARBAWI 399

Tolonglah daku Ya Rabb....

قال عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه: خرج علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ونحن في صفة بالمدينة فقال:

«إني رأيت البارحة عجبًا: رأيت رجلاً من أمتي أتاه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بِرُّه بوالديه فردَّ ملك الموت عنه،

ورأيت رجلاً من أمته قد احتوشته الشياطين فجاءه ذِكْر الله فطردَ الشياطين عنه، ورأيت رجلاً من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءته صلاته فاستنقذته من أيديهم،

ورأيت رجلاً من أمتي يلهثُ عطشًا كلما دنا من حوض مُنع وطُرد فجاءه صيام رمضان فأسقاه وأرواه،

ورأيت النبيين جلوسًا حلقًا حلقًا كلما دنا إلى حلقة طُرد ومُنع فجاءه غُسله من الجنابة فأخذ بيده فأقعده إلى جنبي،

ورأيت رجلاً من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن يساره ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة وهو متحيِّر في ذلك فجاءه حجُّه وعمرته فاستخرجاه من الظلمة وأدخلاه في النور،

ورأيت رجلاً من أمتي يتَّقي وهج النار وشررها فجاءته صدقته فصارت سترًا بينه وبين النار وظلاً على رأسه،

ورأيت رجلاً من أمتي يكلِّم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلته لرحمه فقالت: يا معشر المؤمنين، إنه كان واصلاً لرحمه فكلّموه فكلَّمه المؤمنون وصافحوه وصافحهم،

ورأيت رجلاً من أمتي احتوشته الزبانية فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من أيديهم وأدخله في ملائكة الرحمة،

ورأيت رجلاً من أمتي جاثيًا على ركبتيه بينه وبين الله حجاب فجاءه حسْنُ خلقه فأخذ بيديه فأُدخل على الله عزَّ وجل،

ورأيت رجلاً من أمتي قد ذهبت صحيفته من قِبل شماله فجاءه خوفه من الله - عزَّ وجل - فأخذ صحيفته فوضعها في يمينه،

ورأيت رجلاً من أمتي قد خفَّ ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه وأفراطه هم: أولاده الصغار من ذكور أو إناث،

ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على شفير جهنم فجاءه رجاؤه في الله - عزَّ وجل - فاستنقذه من ذلك ومضى،

ورأيت رجلاً من أمتي قد هوى في النار فجاءته دمعته التي قد بكاها من خشية الله فاستنقذته من ذلك،

ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على الصراط يرعدُ كما ترعد السعفة في ريح عاصف فجاءه حسنُ ظنه في الله فسكّن رعدته ومضى،

ورأيت رجلاً من أمتي يزحف على الصراط يحبو أحيانًا ويتعلق أحيانًا فجاءته صلاته عليَّ فأقامته على قدميه وأنقذته - اللهم صلِّ وسلم على محمد -

ورأيت رجلاً من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله ففتحت له الأبواب وأدخلته الجنة»

Daripada Abdur Rahman Bin Samurah r.a. berkata : Sekali peristiwa Rasulullah SAW keluar, seraya berkata: Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin.....

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksaan kubur, maka ia telah diselamatkan oleh wudhu'nya.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh zikrullah..

Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat-azab, maka segera datang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberikannya minum sehingga ia merasa puas.

Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul kumpul, setiap ia mendekati mereka, ia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya maka memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjukkannya supaya duduk di sisiku.

Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang menderang.

Aku melihat juga dari seorang umatku berbicara kepada kaum Mu'minin, akan tetapi tidak seorang dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturahimnya seraya menyeru orang orang itu katanya "wahai kaum Mu'minin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang menepis nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera menjelm

JIWA TARBAWI 398

Cabaran dan panduan hidup di zaman langit terbuka ....

Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

‎كَفَى بِالْمَرْء كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dikatakan berdusta bila menceritakan segala hal yang ia dengar.”

[HR. Muslim dari Hafsh bin ‘Ashim radhiyaLlaahu’anhu]

Al Imam Muslim rahimahullah menyebutkan hadis di atas dalam Sahih beliau pada bab,

‎باب النَّهْىِ عَنِ الْحَدِيثِ بِكُلِّ مَا سَمِع
“Bab Larangan Membicarakan Semua yang Didengarkan.”

Al Imam An Nawawi rahimahullah berkata,

وَأَمَّا مَعْنَى الْحَدِيث وَالْآثَار الَّتِي فِي الْبَاب فَفِيهَا الزَّجْر عَنْ التَّحْدِيث بِكُلِّ مَا سَمِعَ الْإِنْسَان فَإِنَّهُ يَسْمَع فِي الْعَادَة الصِّدْق وَالْكَذِب ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ

“Adapun makna hadis ini dan makna atsar-atsar yang semisalnya adalah, peringatan dari menyampaikan setiap berita yang didengarkan oleh seseorang, kerana biasanya ia mendengar khabar yang benar dan yang dusta, maka jika ia menyampaikan setiap yang ia dengar, bererti ia telah berdusta kerana menyampaikan sesuatu yang tidak terjadi.”

[Syarh Shahih Muslim, 1/75]

Al Imam Al-Munawi rahimahullah berkata,

أي إذا لم يتثبت لأنه يسمع عادة الصدق والكذب ، فإذا حدث بكل ما سمع لا محالة يكذب

“Maksudnya adalah, jika ia tidak memastikan kebenaran suatu berita yang ia dengar (maka ia dianggap pendusta), sebab biasanya berita yang ia dengar terkadang benar dan terkadang dusta, maka jika ia menyampaikan semua yang ia dengar, ia tidak akan lepas dari kedustaan.”

[Faidhul Qodir, 5/3]

Justeru, berhati-hatilah ...

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿الإسراء: ٣٦﴾

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Al Isra' : 36

ABi

JIWA TARBAWI 397

...kadang kala orang tidak kenal kita...maka ia bercakap tentang kita apa yang tidak pasti, tapi bila ia kenal barulah dia mengaku kesilapannya...

...mungkin juga kerana tidak memahami diri kita, maka orang tidak bersetuju dengan kita, tapi bila faham barulah dia mengakui pandangan kita...

...dan bila tidak kenal dan faham.. sudah pasti orang tidak terasa untuk membantu .. menolong dan mengambil berat tentang kita....

Justeru...jom kembali kepada rukun usrah ...taaruf..tafahum dan takaful...kerana ianya juga adalah rukun ukhuwwah...

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٠﴾

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".(10)

Al Hasyr : 10

ABi

JIWA TARBAWI 396

Wasiat dan nasihat hebat yang telah lama dilupai dan dicuaikan ....

الوصايا العشر للامام حسن البنا

اقراء ، وتدبر ، واعمل

SEPULUH WASIAT
Imam Hassan Al Banna

Bacalah, Renungilah, Beramallah
 
1. قم الى الصلاة متى سمعت النداء مهما تكن الظروف .

1.    Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. اتل القران أو طالع أو استمع أو اذكر الله ولا تصرف جزءاً من وقتك في غير فائدة .

2.   Bacalah al-Qur’an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
 
3. اجتهد ان تتكلم العربية الفصحى فانها من شعائر الاسلام.

3.   Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. لا تكثر الجدل في أي شأن من الشئون أيا كان فإن المراء لا يأتي بخير .

4.   Janganlah banyak bertengkar dalam semua keadaan kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. لا تكثر الضحك فان القلب الموصول بالله ساكن وقور .

5.   Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. لاتمزح فان الامة المجاهدة لاتعرف إلا الجد.

6.   Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. لاترفع صوتك اكثر مما يحتاج اليه السامع فانه روعنة وايذاء.

7.   Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. تجنب غيبة الاشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم الا بالخير.

8.   Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. تعرف الى من تلقاه من اخوانك وان لم يطلب منك ذلك, فإن أساس دعوتنا الحب والتعارف .

9.   Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya, sesungguhnya asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. الواجبات اكثر من الاوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته, وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها .

10.  Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

ABi

JIWA TARBAWI 395

Bila melihat burung yang bebas ...

yang tidak ada perhitungan amalannya di akhirat ...

ia bebas untuk terbang ke mana sahaja ...

kerana tidak bimbangkan pertemuan dengan Allah ta'ala...

أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّـهُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٧٩﴾

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.

An Nahl : 79

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ﴿٤١﴾

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

An Nur : 41

وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَّهُ أَوَّابٌ ﴿ص: ١٩﴾

dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.

Shaad : 19

رواه البيهقي في شعب الإيمان :

نظر أبوبكر الصديق (ر) إلى طير حين وقع على الشجر فقال : ما أنعمك يا طير تأكل وتشرب وليس عليك حساب ، يا ليتني كنت مثلك.

Imam Baihaqi meriwayatkan dalam Syu'ab Al Iman : Saidina Abu Bakar RA melihat seekor yang hinggap atas sepohon pokok lantas ia berkata : " Tiada apa yang yang menghalang engkau wahai burung .. engkau makan dan minum dan tiada bagi engkau hisab perhitungan ( di akhirat ), alangkah bagusnya jika aku jadi seperti mu "...

Dalam sahih Muslim, hadis daripada Abu Hurairah RA , Rasulullah SAW bersabda :

‎يدخل الجنة أقوام أفئدتهم مثل أفئدة الطير

"Akan masuk syurga golongan yang hati mereka bagaikan hati burung"

Iaitu yang bersih daripada kotoran dosa, sejahtera daripada keaiban dan tiada terkesan dengan urusan dunia.

Ya Rabb .... jadikanlah hati kami dapat belajar dari ayat-ayat Mu ...

ABi

JIWA TARBAWI 394

Kalaulah hari ini, hari terakhir untuk hidupku...

mohonkanlah keampunan untuk diriku...

agar ada kesenangan untukku di alam kubur nanti..

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ ﴿محمد: ١٩﴾

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.

Muhammad : 19

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿الحشر: ١٠﴾

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

Al Hasyr : 10

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا ﴿نوح: ٢٨﴾

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".

Nuh : 28

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ ﴿ابراهيم: ٤١﴾

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

Ibrahim : 41

عن أبي هريرة قال صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم على جنازة فقال اللهم اغفر لحينا وميتنا وصغيرنا وكبيرنا وذكرنا وأنثانا وشاهدنا وغائبنا اللهم من أحييته منا فأحيه على الإيمان ومن توفيته منا فتوفه على الإسلام اللهم لا تحرمنا أجره ولا تضلنا بعده

Dari Abu Hurairah, ia berkata ; Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam salat atas jenazah maka Rasulullah berdo’a : “ Ya Allah berikanlah ampunan di antara kami yang hidup dan mati, di antara kami yang masih kecil dan tua, laki-laki dan perempuan, yang hadir dan yang tidak, Ya Allah Engkau yang menghidupkannya di antara kami maka hidupkanlah di atas keimanan dan Engkau yang mewafatkannya di antara kami maka wafatkanlah dalam keadaan Islam, Ya Allah janganlah engkau halangi pahalanya dan janganlah engkau sesatkan di antara kami setelah wafatnya”.

HR Abu Daud, Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah

اللَّهُمَّ أَحْيِنِيْ مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْراً لِي وَتَوَفَّنِيْ إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
( متفق عليه )

‘Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan ini baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu memang lebih baik bagiku.’

Hadis Muttafaqun 'Alaihi

ABi

JIWA TARBAWI 393

Untuk mereka yang hatinya ada keimanan, Allah ta'ala menyeru dan merangsang supaya berlumba-lumba merebut keampunan dan syurgaNya...

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿الحديد: ٢١﴾

Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.

Al Hadid : 21

Namun di akhir zaman, keimanan banyak teruji bahkan hati pun boleh berbolak-balik...

عن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di sore harinya. Di sore hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir dipagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia."

HR Muslim 169

Justeru ... bermujahadah perlu sampai ke maqam taqwa, supaya semakin hampir kepada jaminan keampunan dan syurgaNya...

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Ali 'Imran : 133

ABi

JIWA TARBAWI 393

Perhalusilah akhlaq mu wahai saudaraku...kerana akhlaq itu adalah dakwah..

وأخرج الترمذي وابن حبان وصححاه وهو عند البخاري في " الأدب المفرد " من حديث أبي هريرة :

" سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة , فقال : تقوى الله وحسن الخلق "

Daripada Abu Hurairah RA :

" Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam, ditanya tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik ".

Sabdanya lagi,

(ألا أخبركم بأحبكم إلى الله وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة قالوا بلى يا رسول الله قال أحسنكم خلقا)
اخرجه ابن حبان في صحيحه

" Mahukah aku khabarkan kepada kamu yang paling dikasihi Allah di kalangan kamu dan yang paling dekat kepada ku tempat duduknya pada hari kiamat? Mereka berkata : Bahkan wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah : "Yang paling baik akhlaq di kalangan kamu "

Sabdanya lagi,

(ألا أخبركم بمن تحرم عليه النار تحرم على كل قريب هين لين سهل)
رواه الترمذي

" Mahukah aku khabarkan kepada kamu dengan orang yang diharamkan neraka atasnya? Diharamkan ( neraka) atas setiap orang yang dekat ( dengan manusia ), ringan, lembut dan mudah ( dalam pergaulan ).

HR Tirmizi

Sabdanya lagi,

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت
[ متفق عليه ]

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik atau hendaklah berdiam diri ".

عن أنس قال : لقي رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا ذر فقال : يا أبا ذر ألا أدلك على خصلتين هما أخف على الظهر ، وأقل ( في الميزان ) من غيرهما ؟ قال : بلى يا رسول الله ،{ قال عليك بحسن الخلق ، وطول الصمت ، فوالذي نفسي بيده ما عمل الخلائق بمثلهما } .
أخرجه ابن أبي الدنيا والطبراني والبزار وأبي يعلى بإسناد جيد

Daripada Anas bin Malik: Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bertemu dengan Abu Dzar ;

" Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang kedua-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya daripada yang lain. Abu Dzar berkata ;Ya . Baginda bersabda : " Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu ".

ABi

JIWA TARBAWI 392

Ramai tidak sedar, dalam kesibukan yang berbagai .. walaupun dalam perkara kebaikan, diri mereka semakin jauh dari Allah 'azza wa jalla...

Ada yang sibuk mencari ilmu pengetahuan, ... namun ibadahnya sering terlalai dan tercuai..

Ada yang sibuk mengurus kebajikan manusia, ...namun hatinya begitu sedikit mengingati Nya..

Ada yang mengambil berat tentang ummat, ..namun amalannya dan akhlaqnya begitu naif ..bahkan hubungan denganNya begitu lemah sekali...

عنْ أَنَسٍ بن مالك ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ، قَالَ : " مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ هُدَى لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ إِلا بُعْدًا " .

Dari Anas bin Malik, dari Nabi sallahu 'alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

" Siapa yang bertambah ilmu, dan tidak bertambah petunjuk, nescaya tidak bertambah ia dari Allah melainkan semakin menjauh "

HR Abu Mansur Ad Dailami

Justeru, janganlah sampai terabai diri sendiri dan hubungan hati denganNya dek sebab kesibukan...

ABi

JIWA TARBAWI 391

Kerana dosa, ukhuwwah jadi retak ...

عن ابن عمر رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول: ( المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله ) ويقول:
( والذي نفس محمد بيده؛ ما تواد اثنان ففرق بينهما، إلا بذنب يحدثه أحدهما )

رواه الإمام أحمد

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

" Seorang muslim itu saudara seorang muslim ( yang lain). Ia tidak menzaliminya, ia tidak membiarkannya "

Dan Baginda sallahu 'alaihi wa sallam bersabda lagi :

" Dan Demi Zat yang diri Muhammad di TanganNya, Tidaklah dua orang saling mengasihi , kemudian keduanya berpisah ( kerana berselisih ), melainkan pasti disebabkan oleh dosa yang dilakukan salah seorang di antara keduanya.”

HR Ahmad

Justeru, apabila seorang muslim itu mula merasakan kelainan sikap dari saudaranya, maka hendaklah ia bermuhasabah menilai dirinya sendiri terlebih dahulu, mungkin ia telah melakukan dosa seperti mengumpat, mencerca, bersangka buruk atau perlakuan-perlakuan dosa yang lain. Tambah kalau dosa itu dilakukan terhadap saudaranya itu sendiri. Jika benar, maka hendaklah ia segera bertaubat dan mohon kemaafan agar cinta dan kasih sayang saudaranya akan kembali bersemai padanya.

ABi

JIWA TARBAWI 390

Tidak ramai kawan, mahupun sahabat bersama ketika senang...

Tambahlah lagi, ketika susah...semakin menjauhi..

Hidup memang dipenuhi dengan 'nafsi - nafsi' ... diriku - diriku,...

Namun, Dia Allah terlalu hampir, ..tersangat dekat dalam perjalanan kehidupan ...

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾
(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,

وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾
dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾
dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾
dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ﴿٨٢﴾
dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾
"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh ".

As Syu'araa : 78-83

ABi

20 last posts shown.

1 502

subscribers
Channel statistics