Kembara_daie2


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified



Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter




Allah SWT berfirman:

يٰقَوْمِ إِنَّمَا هٰذِهِ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا مَتٰعٌ وَإِنَّ الْأَاخِرَةَ هِىَ دَارُ الْقَرَارِ
"(Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan -sementara-) kesenangan yang bersifat sementara lenyap (dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.)"
(QS. Ghafir 40: Ayat 39)


*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*

_Berselawat lah sebagai tanda cinta dan rindu…_

Sobahul khair


Aku berkata“astaghfirullah”,
Tapi hati masih gemar akan maksiat .

Aku berkata “wa atubu ilaih”,
Tapi jasad masih melakukan dosa sama .

Aku berkata “wa nadimna ya Allah”,
Tapi kesalahan lalu masih ku ulangi .

Aku berkata “subhanallah”,
Tapi aku tidak mampu menghayatinya .

Aku berkata “alhamdulillah”.
Tpi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya .

Aku berkata “Allahuakbar”,
Tapi cintaku lebih kepada dunia .

Aku berkata “ma fi qalbi ghairullah”,
Tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal .

Aku berkata ,
“apa aku pantas di syurga, tapi aku tak sanggup ke neraka-Mu”,

Namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka .

Aku berkata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,.
Karena air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia :'(

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan .

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau ,
Kerana aku insan yang dinodai dosa ..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa ..

#JadilahWanitaBahagia

🌹Allahumma Solli Alaa Muhammad , Wa Alaa Ali Muhammad 🌹


*Antara tips2 nak lupakan CRUSH* ,

1) Cuba untuk elakkan berfikir tentang dia

Tiap kali teringat dia,
Letak tapak tangan kat dada,
Pejam mata.
*Beristighfarlah* .

Moga Allah jauhkan kita daripada penyakit Hati.


2) Kalau ada benda yang mengingatkan kita kepada dia, buang.

Contoh macam dia pernah kasi hadiah ke, mesej2 lama dengan dia ke, gambar die atau apa2 saja benda yang buat kita teringat dia, BUANGLAH!

Kalau boleh, *BLOCKED* terus segala account die, fb, twitter, instagram.. agar kau tak payah ambil tahu lagi pasal dia.

3) Tukar mindset dan tetapkan pendirian.

Tetapkan pendirian kau. *MUJAHADAH* !

Katakan pada diri.

"Aku nak lupakan dia, hanya kerana *ALLAH SWT* semata"

Betulkan niat yang utama.

4) Dahulukan Allah dalam segalanya.

Ini yang paling penting. Siapa yang mencipta hati kita?

"Allah."

Tapi.... alangkah biadapnya kita menyerahkan hati pada makhlukNYA , bukan padaNYA.

Jangan engkau tipu mengatakan cinta Allah kalau ada cinta *AJNABI* di dalam hati. Kerana *MAKSIAT* dan redhaNYA takkan bersatu di dalam satu hati.


🌹🌹🌹🌹


Kalau kamu sukakan seseorang, cuba jauhkan diri kamu dari dia.

Waktu itu baru kamu boleh beza, kamu suka dia sebab nafsu atau sebab Allah?

Kalau suka ikut nafsu, kamu tak boleh menjauh dari dia, ada sahaja rasa tidak kena.

Takut dia curang atau tinggalkan kita dll.

Kalau kamu suka dia sebab Allah, kamu akan cuba kawal perasaan.

Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.

Lagi cuba nak menjauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab kamu tahu hati dia Allah pegang.

Kamu percaya Allah Maha Pengatur segalanya?

Saya percaya.
Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir.
Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang.

Rujuk lah pada Dia.
Dia pemilik hati manusia.

Cinta manusia itu tidak salah, tetapi kawal lah dengan iman bukan nafsu.

Jika rindu, titipkan dalam doa, Insya'Allah dia turut merasainya.

Saat lelaki itu sedang kerja keras
untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.

Mohon Allah jaga.
Mohon Allah lindungi.
Moga baik baik dalam jagaanNya.
Moga Allah redha.

Allahuakbar.


CINTA RASULULLAH SAW.

Pada suatu ketika.

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat,
Siapakah yg paling luar biasa imannya?
.
Para sahabat menjawab,
malaikat, ya Rasulullah.
.
Jawab Rasulullah,
Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.
.
Seketika terdiam.
Para sahabat menjawab lagi,
Para nabi, ya Rasulullah.
.
Rasulullah berkata,
Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.
.
Para sahabat mencuba lagi,
Kalau begitu, kami lah yang paling beriman.
.
Jawab Rasulullah,
Aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.
.
Lalu, salah seorang sahabat berkata, kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.
.
Maka dengan nada perlahan.
.
Rasulullah saw berkata,
Mereka adalah umat yang hidup selepas aku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isi kandungannya.
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia.
Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.
.
Rasulullah saw terdiam seketika lalu menangis, para sahabat juga turut menundukkan kepala.
.
Kemudian, Baginda menyambung dengan suara yang sebak,
.
Sesungguhnya, aku rindukan mereka.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

WE 💚 RASULULLAH


Kalau kamu sukakan seseorang, cuba jauhkan diri kamu dari dia.

Waktu itu baru kamu boleh beza, kamu suka dia sebab nafsu atau sebab Allah?

Kalau suka ikut nafsu, kamu tak boleh menjauh dari dia, ada sahaja rasa tidak kena.

Takut dia curang atau tinggalkan kita dll.

Kalau kamu suka dia sebab Allah, kamu akan cuba kawal perasaan.

Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.

Lagi cuba nak menjauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab kamu tahu hati dia Allah pegang.

Kamu percaya Allah Maha Pengatur segalanya?

Saya percaya.
Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir.
Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang.

Rujuk lah pada Dia.
Dia pemilik hati manusia.

Cinta manusia itu tidak salah, tetapi kawal lah dengan iman bukan nafsu.

Jika rindu, titipkan dalam doa, Insya'Allah dia turut merasainya.

Saat lelaki itu sedang kerja keras
untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.

Mohon Allah jaga.
Mohon Allah lindungi.
Moga baik baik dalam jagaanNya.
Moga Allah redha.

Allahuakbar.


jodoh itu ditentukan oleh Allah. bukannya ditentukan dengan taip ON CINTA hantar ke 35777 😒


"HATI jangan biar sepi. CINTA jangan biar pergi. RINDU jangan biar terhapus. Selagi mana denyut NADI mu bertasbih pada RABB mu maka LISAN mu jangan biarkan sunyi. Teruskan mengalunkan alunan ZIKIR mu biarpun HATI masih tak terbendung kerana HATI yang LIAR, bila sering dibasuh dengan ZIKRULLAH maka akan tenteram dalam sangkar QALBU."

*-قاب قوسين أوأدنىٰ-*


"Kenapa kamu mahu belajar?"

Pasti ramai yang memberi pelbagai perspektif dan pandangan mereka terhadap soalan begini. Ada yang inginkan kesenangan, ada yang ingin beri kebahagiaan kepada yang tercinta, ada yang nak masuk universiti dan pelbagai lagi ragam manusia

Namun dalam banyak-banyak keinginan itu, pastinya terdapat lebih dari satu right?

Tapi, bukankah itu seperti kamu mahu menuju ke dua tempat pada suatu masa? Dan itu semestinya perkara yang sangat mustahil bahkan tidak menyokong logik itu sendiri. So what's the solution for it?

Perbetulkan niat anda. Itu perkara utama. Betulkan niat kamu berlandaskan jalan Allah. Jika kamu belajar atas nama Allah, pastinya segala keinginan yang kamu inginkan sebentar tadi datang dengan sekelip mata. Ingat, ilmu itu juga rezeki Allah, maka kembalikan ia kepada Sang Pemberi Rezeki. InsyaAllah Dia akan beri lebih dan lebih lagi


*☝🏼Apabila bermulanya pintu perbandingan,*

*😱"Aku lebih bagus,*
*😱aku lebih baik,*
*😱engkau jelek,*
*😱engkau tidak baik",*

*☝🏼Maka akan muncullah pintu kedengkian,*
*😱akan terbukalah pintu-pintu syaitan.*

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid ~


*TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT*

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1) MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2) MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3) MAHKOTA DOA

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4) MAHKOTA ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5) MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7) MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam alam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

SILA SHARE DAN SEBARKAN


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Rendahkanlah diri kita dihadapan ulama. Kenal kedudukan mereka. Jangan sampai peringkat, kita merasakan takabbur dengan ilmu kita hingga peringkat kita hentam orang-orang yang kita anggap "si gila" tapi mereka ada ilmu. Kita ada sijil tetapi tiada ilmu, Allah tak suruh kita cari sijil, Allah suruh kita cari ilmu.❞

[Syeikh Muhammad Fuad Al-Muhammadi]


Koleksi Simple Sunnah Rasulullah SAW.

*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.

*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.

*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).

*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple Sunnah - 16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Keluarga sunnah idaman kami. 😊💖💖

LIKE & SHARE


"Awak ni sikit sikit cakap pasal agama , sikit sikit cakap pasal Allah , nabi , syurga , neraka , aurat semuanya laa kat aku . Kenapa ye ?"

Sebab aku tak nak nanti bila aku mati , aku dipersoalkan tentang ini .

😌

@kembara_daie2


*Macam mana nak jaga ikhtilat dengan ajnabi ?*

_-Okay, this topik about ikhtilat . Muslimah sekalian, nak jaga ikhtilat ni senang cuma awak tu kena tegas sikit . Bila bercakap dengan lelaki tu biar tegas jangan lembut sangat nanti terpikat kaum Adam . Next, jangan cepat melayan lelaki dan jangan cepat melatah dilayan lelaki . Jangan terlalu percaya kata2 manis lelaki ni . Muslimah, please kuatkan diri awak..jangan terlalu nampak lemah di hadapan ajnabi ._

_Ingat satu benda ni, Nabi telah memperjuangkan hak-hak wanita yang zaman dulunya wanita dipandang hina . After, perjuangan Nabi..wanita disanjung tinggi . So you nak zaman kehinaan wanita kembali ? Nak dipandang hina ? Allahu.. Jangan jadi murah sangat dengan lelaki ._
_Mahkota kita yang utama ialah maruah, dan aurat suci kita . Mahkota kita yang kedua ialah sifat malu kita . Thats all from me ._


Jangan biarkan hati awak terus hitam ,

Tapi bersihkanlah ia dengan istighfar, taubat dan zikrullah

@kembara_daie2


Apalah ertinya bila ISLAM tapi Hanya pada NAMA dan IC. Tiada sedikit pun rasa takut dengan Allah tatkala maksiat yg diraih. Allahu.

wahai saudaraku. Hidup hanya sesingkat masa. Akhirat itu abadan abada. Jangan Hanya dunia sementara kita jual MURAH akhirat MAHAL yg SELAMANYA.

Bangunlah wahai saudaraku. Lena dunia kita jangan diteruskan. kelak rugi tidak terkata.

Langkah Hijrah :)

20 last posts shown.

104

subscribers
Channel statistics