BACA SETIAP PAGI DAN PETANG
DOA YANG DIWASIATKAN OLEH NABI ﷺ KEPADA PUTERINYA FATIMAH R.A.
Salah satu Wasiat Nabi ﷺ adalah berupa doa yang diberikan kepada Puteri baginda yang tercinta, Fatimah Az-Zahra, terdapat dalam kitab at-Targib wa at-Tarhib karya Imam al-Mundziri:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Fatimah radhiyallahu 'anha:
"Tak ada sesuatu yang menghalangimu untuk mendengar wasiat yang aku akan sampaikan, iaitu bacalah ketika waktu pagi dan petang doa ini:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Artinya: “Wahai Yang Maha Hidup, serta Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaiki seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.'
(HR. Imam An-Nasai, Imam al-Hakim)
@kitabdoa 📚📚📚