Usrah Santai


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Telegram Rasmi Usrah Santai
IG Rasmi : @usrahsantai
"Dakwah Biar Santai Asal Sampai"

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan "INI"...

Sekadar renungan dan peringatan bersama….

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

“Siapakah anda?”

Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

“Awak ingatkah itu semua??”

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….

- Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang


The classy mukmin/mukminah who read al-Mulk 🕊

ليلة سعيدة --


Perkongsian 18 Mac 2018
Usrah Santai Muslimat

Konco Iblis ini ada banyak nama. Salah satu syaitannya bernama "Masuth".

Tugasnya adalah menggoda lidah manusia. Seperti melemparkan berita palsu, kata dusta dan makian.

(Rujukan Tafsir Ibn Abi Hatim)




Perkongsian 15 Mac 2018.
Usrah Santai Muslimin.

Adab dalam menuntut Ilmu 📝

Ilmu itu di ibaratkan seperti haiwan yang mana ia sentiasa bergerak jika tidak ditambat .

Jika ingin memburu , kita perlukan tali untuk mengikat haiwan supaya ia tidak terlepas dan dapat di awasi untuk tempoh yang lama .

Sama juga seperti ketika menghadiri majlis Ilmu .

Kita memerlukan kertas dan pen untuk menulis apa yang diterima ketika mendengar Ilmu .

Memang boleh di faham dan di ingat tapi hanya untuk masa yang singkat sahaja .

Andai ilmu itu di catat , boleh jadi manfaatnya berguna sehingga ke anak cucu kita .

Moga Allah fahamkan kita dengan ilmu agama 😊

*Dipetik dari pesanan yang mulia Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Perkongsian 15 Mac 2018
Usrah Santai Muslimat

Imam Abu Hanifah apabila ditegur, "Takut lah kepada Allah". Beliau akan bergetar dan ucap terima kasih atas peringatan.

Kita yang bukan ulama besar mana. Apabila ditegur, terus melenting, "Awak tu betulkan diri awak dulu."

[Mustaqim Ahmad]


Perkongsian 14 Mac 2018
Usrah Santai Muslimat

"Hate the sin, not the sinner."

A simple quote, but deep emphasis & meaning on how we shouldn't judge through one's actions. Think good. 🌹

Cerita tentang Rasulullahص dengan sangkaan baik beliau yang diceritakan oleh Buya Yahya;

Pada sesuatu peperangan, apabila sudah selesai, kaum muslimin mengumpul mayat2 saudara Islam mereka untuk dikebumikan.

Rasulullahص lalu terjumpa dengan seorang sahabat didepannya yang sudah meninggal, tetapi baginda tidak mengingat namanya. Lalu dia bertanya kepada para sahabatnya yang lain untuk nama orang tersebut.

"Ya Rasulullahص, itu bukan sahabatmu, maka dialah musuhmu!"

Sangkaan baik Rasulullahص, dia ingat muka musuhnya seperti sahabatnya, kerana tidak ada perasaan benci untuk insan tersebut, walaupun dia adalah musuh baginda di waktu perang.


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Self Reflection.

Dalam hidup kita,
tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
-
Bahayanya memandu sesebuah kenderaan tanpa mempunyai sebuah brek yang berkualiti.
Sebuah brek yang tidak memahami bagaimana untuk mengawal kenderaan tersebut.
-
Begitu juga manusia,
limitasi kepada manusia adalah syariat.
Garis panduan dari tuhan.
Limitasi kepada kita supaya beringat sebelum kena.
Jangan dibuang masa untuk menjerumus kepada perkara yang sudah diceritakan akibatnya.
Pasti akan ada alternatif untuk capai kejayaan yang kita mahukan,
selain dari menempuh jalan dosa.
-
Iman maksudnya percaya.
Adakah kita percaya kepada janji tuhan sebenarnya ?
Atau sudah mula tidak yakin ?
-
#IlmuImanAmal

#UsrahSantai
#BiarSantaiAsalSampai


Pointnya, kita mungkin rasa tindakan/maksiat kita bersifat terpencil, tak memberi kesan kepada sesiapa.

Tetapi rupa-rupanya ia mempunyai butterfly effect yang signifikan kepada orang lain!

Mungkin sebab kita tak jaga aurat, sebab tulah Palestin sampai sekarang tak bebas-bebas. Mungkin sebab kita tak jaga solat, sebab tulah konflik Syria tak sudah-sudah. Dan mungkin sebab kita meninggalkan dakwah, sebab tulah ummah terus menderita!

😭😭😭

Nampak macam tak masuk akal kan? Tapi macam sel kanser lah; bila ia satu sel je, memang tak berbahaya. Tapi bila ia dah mula membiak dan merebak, ha, masa tu memang ia membunuh!

Umat Islam ni kan macam satu badan; sakit satu anggota badan, anggota bada pon turut terasa sakit sama! (madhum hadith).

Jadi macam tu lah kita. Maksiat dan dosa noda kita, sebenarnya ada kesan pada umat Islam di tempat lain!

Sebab tu lah kita kena saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Once kerja dakwah dan tarbiyah ni ditinggalkan, sel-sel kanser dalam tubuh badan umat ni akan merebak cepat dan bila-bila masa akan membunuh nyawa ummah! 😨

Kesimpulannya ada dua:

1) Jgn nak selfish sangat, fikir maksiat yang kita buat takkan beri kesan kepada sesiapa.

No such thing as kubur masing-masing! Jangan jadi sel kanser yang akan membunuh umat Islam!

2) Kena jadi doktor yang berusaha untuk merawat sel-sel kanser yang dah sedia ada!

Wallahualam.

#usrahsantai
#USsharing


Usrah Mingguan US Muslimat

Dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah. Semoga perkongsian ilmunya diberkati sekalian penghuni langit. Jadikan kami penghuni penghuni syurgaMu, dekati hati hati kami dengan ilmu ilmuMu. Jadikan cinta cinta kami cinta yang diredhaiMu.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Saya pun tak tahu nak letak tajuk apa. Malam ni nak kongsikan bagaimana perbuatan buruk kita sebagai individu, boleh memberi kesan buruk pada orang lain.

Hari ini kita melihat umat Islam ditindas dan menderita di mana-mana.

Perang saudara, kebuluran, kemiskinan, ancaman keganasan dan entah macam-macam lagi.

Nah, apa kena-mengena semua ini dengan kita kan?

Pernah tak kita terfikir, walaupun bunyinya macam tak logik, yang kita mungkin adalah sebahagian daripada punca kepada semua konflik dan permasalahan umat ini?

😱

Pernah tak put the blame on yourself bila orang lain yang ditimpa musibah?

Ke lebih selalu put the blame on others even kita yang diuji?

Mungkin kita rasa "itu salah aku" pada orang yang kita kenal. Tapi bagaimana dengan strangers yang hanya berkait dengan kita melalui saudara seagama?

Contohnya, solat tu kan tiang agama?

Jadi bila kita sengaja tinggalkan/abaikan solat, kita sebenarnya sedang meruntuhkan agama ni.

Mungkin sebab kita tak jaga solatlah, ia menyumbang kepada perpecahan ummah ini. 😰

Kadang kala, kita melewatkan solat, atau as perempuan, melewatkan mandi wajib. Kita rasa solat ni urusan peribadi kita.

Tapi kita lupa, solat itu sebagai bantuan pembentukan akhlak kita. Bila kita tak pelihara, kita mula munculkan bintik bintik hitam di hati.

Bermula dari kita, orang sekeliling, masyarakat. Akhirnya ummah makin berpecah. Yang kita lihat sedang berlaku di zaman ini.

Kita terlalu menyalahkan anasir luar yang membawa pengaruh negatif. Tapi mungkinkah asbab utama semua ini berlaku adalah kerana kegagalan yang bermula dari diri sendiri?

Another example okay 👌🏻

Bila kita tak jaga akhlak kita sebagai seorang muslim sejati dan benda tu menjadi fitnah kepada agama ni.

Akibatnya?

Orang benci, menyampah malah alergik dengan Islam!

Contoh paling hampir dengan jiwa kita di dalam usrah santai ni, perilaku seorang niqabis.

Hampir setiap hari kita melihat kecaman, cemuhan di socmed mengenai akhlak niqabis.

Apa perasaan bila orang lain buat, tapi tempias kena pada kita?

Personally saya rasa sedih. Bertambah kecewa pula apabila ada isu isu yang viral dan membuatkan pandangan orang luar kepada budak usrah, muslimah, niqabis berubah.

Sekarang, makin ramai yang sudah tidak peduli akan muslimah, tidak rasa hormat melihat seorang muslimah yang berusaha menjaga diri.

Muslimah sekarang, sudah ada yang berani mengusik, di ajak couple, dipandang dengan rakus, lelaki bersiul umpama tikus.

Rasa hormat kian tenggelam. Ada yang meloncat keriangan. Tapi, tak terfikirkah kita ada yang malu apabila diperlakukan sebegitu hanya asbab perbuatan kamu?

Kamu, punca muslimah lain menangis.

Paling parah bila kita tak sampaikan Islam (i.e. berdakwah) pada orang lain dengan alasan kita tiada ilmu, tak ready, tak layak bla bla bla.

Siapa rasa dia ada sikap sebegini? Ini kesannya.

Kecantikan dan kesyumulan Islam tu terhijab, menyebabkan umat manusia tak dapat merasakan keadilan agama ini! 😥

Untuk insan-insan sebegini. Saya nak berpesan. Buka minda. Dakwah tidak semestinya mesti buka kitab, bicara mengenai ilmu feqah, akidah dan lain lain.

Dakwah = Mengajak kepada kebaikan.

Nasihat supaya buang sampai di dalam tong sampah = dakwah ✔

Kongsi tips cara menyimpan wang, beri manfaat tak? Beri. Maka itu juga suatu dakwah!

Berkongsi mengenai khasiat tumbuhan, mengenai perfileman, photography, itu juga suatu ilmu. Pelbagai perkongsian boleh dibuat maka kenapa harus menolak semua peluang dakwah ini?

Kita mengeluh melihat umat Islam makin jauh dari agama. Tapi mungkinkah, kita yang membuatkan mereka semakin jauh? Kerana kita menolak untuk berkongsi ilmu?

Muhasabah.


Perkongsian 06 Mac 2018
Usrah Santai Muslimat

Apabila Allah menyuruh sesuatu, jangan banyak soal. Apabila diberi sesuatu oleh Nabi Shallallahu alaihi wassalam, jangan banyak soal.

Kisah Nabi Musa alaihisalam disuruh oleh Allah memukul laut dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya, maka tanpa banyak soal, bagaimana sebatang tongkat boleh membelah laut, Nabi Musa alaihisalam terus melakukannya.

Begitu juga kisah sahabat Nabi Sallallahu alai'hi wassalam, bernama Ukasyhah bin Mihshan bin Harsan al-Asadi ketika bertempur dalam peperangan sehingga patah pedangnya, lalu Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam memberinya sebatang ranting kayu sambil bersabda,

"Berperanglah dengan ini wahai Ukasyah".

Setelah diterimanya dari Nabi Sallallahu alai'hi wassalam, lalu digerak-gerakkan, ranting itu terus menjadi pedang yang panjang, kuat dan tajam.

Jika banyak soal dengan menggunakan akal, apakah logik jika sebatang ranting digunakan untuk berperang? Apakah ianya lebih kuat dari pedang sedangkan pedang yang digunakan oleh Ukasyhah telah patah dalam pertempuran, maka tidak mungkin kita meyakini perintah Allah dan RasulNya kepada kita.

[Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid]


Perkongsian 04 Mac 2018
Usrah Santai Muslimat

Mati dalam keadaan apa kita ini, semuanya di dalam ketetapan Allah. Sebab itu kita kena selalu berdoa kepada Allah untuk mati dalam islam (husnul khatimah).

Sebab ada orang kata Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam, mereka itu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dirinya dengan syurga itu hanya sehasta sahaja lagi, tetapi ditentukan oleh Allah, dimana dirinya beramal di akhir umur dengan amalan ahli neraka dan kemudian dimasukkan ke dalam neraka.

Ada dalam kalangan kamu yang kata Rasulullah, mereka itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dirinya dengan neraka hanya sehasta sahaja lagi, kemudian didahulukan dengan ketetapan daripada Allah, sehingga di akhirnya dia beramal dengan amalan ahli syurga, kemudian dimasukkan ke dalam syurga.

Seseorang itu akan mati dengan apa yang dia minat, jika dia minat pada hiburan, bimbang bahawa dia akan mati dalam keadaan itu, jika dia minat dengan majlis ilmu, in Shaa Allah dia akan mati dengan majlis ilmu.

[Habib Najmuddin Othman Al-Khered]


Usrah Mingguan
US Muslimat
03 Mac 2018

ALHAMDULILLAH, AKU BERSYUKUR PADA-MU

Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah. Kalimah yang akan menggetarkan jiwa-jiwa mereka yang beriman. Dan semoga kita semua tergolong dalam hamba Allah yang beriman.

Dengan mengucapkan Alhamdulillah di atas segala kurniaan dan pemberian nikmat yang pelbagai, itu adalah lambang kehambaan, keimanan, ketundukan dan kekerdilan kita sebagai seorang hamba Allah.

Haaa nak tanya ni. Bangun subuh pagi tadi ucap Alhamdulillah tak? Kalau ada, bagusnya awak.

Suka akak nak ingatkan kat sini, bila celik je mata bangun nak solat subuh, cubalah mulakan dengan ucapan terima kasih untuk Dia, dengan hati yang sangat bersyukur, bersyukur, bersyukur. bersyukur sebab Allah masih pinjamkan nyawa buat kita. Allah masih bagi kita peluang untuk kita bernafas. Allah masih bagi kita nikmat untuk bangun solat. Alhamdulillah.

Okay akak nak share satu cerita ni dari buku karya Amru Khalid.

Pada suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan remaja. Dia pun terfikir nak ajukan soalan untuk remaja-remaja tu.

”Saya ingin mengajukan satu permainan berbentuk soalan kepada kalian,” soalnya.

”Apa nikmat yang paling besar dan paling kalian hargai dalam kehidupan ini?”

Ada yang jawab penuh yakin. Ada yang macam teragak-agak nak jawab.

Ada yang jawab,
”Nikmat kehidupan.”

Ada yang kata,
”Nikmat iman dan islam.”

Ada juga yang sebut,
”Nikmat belajar dan ilmu.”

Dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba, seorang pemuda beri jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid.

”Nikmat Allah yang sangat berharga dan besar untuk saya adalah, NIKMAT ALLAH SEBAGAI TUHAN SAYA”, jawabnya tenang.

Allahu. Jawapan yang sangat menyentuh. Begitu halus, sensitif dan betapa hidupnya hati pemuda tu.

Memang alangkah beruntung dan berbahagianya kita bila kita di pilih menjadi hamba-Nya yang Islam. Rabb, Tuhan kita adalah Allah. Allah yang Maha Besar dari segala-galanya.

Kita punya tempat pengaduan dan penyerahan atas segala perasaan cinta, kasih dan sayang kita kepada Allah.

Bila kita susah, penat, kita ada Allah untuk mengadu, merintih, luahkan perasaan, menagih simpati, letak harapan, berdoa mohon pertolongan. Untungnya kita kan dapat nikmat yang macamni dari Allah. Betapa untungnya kita ada Allah. Alhamdulillah.

Tapi gaissss. Cuba tanya hati kecil kita. Jujur pada hati kita sendiri. Adakah kita sudah benar-benar bersyukur dan rasa sesuatu dengan semuaaaaaaaaaaaaa nikmat Allah ni? Jawapan tu cuma ada pada diri masing-masing dan diri masing-masing je tahu apakah sudah banyak, apakah sudah berkali-kali, apakah sudah cukup tahap kesyukuran kita kepada Allah? Tanya sendiri hati kita dan jawablah, bukan untuk akak tahu, tapi jawab untuk diri masing-masing :’)

Setiap hari kita akan bawa imej, lambang dan perwatakan sebagai seorang Muslimah dan...

Semoga Muslimahnya kita ini, kita akan tenang dan bahagia bila pakai pakaian yang gedobos gedobos ni, untuk tutup seluruh aurat kita dengan perasaan senang dan tiada beban.

Kita sepatutnya syukur dapat jalankan perintah Allah yang satu ni sebab dekat luar sana masih ramai yang tak mampu, yang tak kuat untuk buat macam kita buat.

Syukurlah sebab Allah ketuk hati kita untuk ikut perintah-Nya. Alhamdulillah. Semoga semua istiqamah ya!

Dan Alhamdulillah, syukur sehingga ke hari ini, kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi Muslimah yang taat kepada Allah walaupun kadang-kadang kita sendiri rasa macam nak rapuh. Kan? Hehe dan kalau rasa macam kita tak ada usaha, kena usaha jugak okay! Semoga Allah berikan kita semua kekuatan. Kita kena sama-sama kuat.

Kuat keimanan.
Kuat ketakwaan.
Kuatlah dengan sentiasa BERSYUKUR.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Adik-adik, kakak-kakak...

Tetaplah mensyukuri nikmat, kerana jarang sekali nikmat yang telah hilang akan kembali. Sesungguhnya, yang sangat mengetahui nikmat air adalah orang yang benar-benar haus.

Wallahualam.

#usrahsantai
#USsharing


﴾Surah al-Kahfi : ayat 109﴿

قُل لَّوْ كَانَ ٱلْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِۦ مَدَدًا

Katakanlah (Muhammad): “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

#usrahsantai
#USsharing


Atau kita hanya memandang mudah hal ini, "Dia dah mati. So tak perlu la minta maaf. "

Berbalik kepada awal tadi, "Akhlak datang nya daripada kata-kata yang baik."

Macam mana tu? Antara contoh berkata kata yang baik adalah "salam". Ya, akhlak yang baik datang daripada ucapan salam.

Ucapkanlah salam sesama kita. Percayalah... terlalu besar faedahnya bila kita bagi salam kepada orang lain. Betul. Dengan memberi salam, ia akan memancarkan akhlak kita di mata orang.

Apa lagi perkataan yang baik yang mampu mencerminkan akhlak yang baik? Tak kira apa saja perkataan yang baik, selagi mana ia tak menyakiti hati orang lain, maka tuturkan..

Jika sebaliknya, adalah lebih baik berdiam diri.

Latihlah diri kita agar mengucap hanya kata-kata yang baik. InshaAllah jiwa tenang, hidup diberkahi Allah.

Wallahualam.

#usrahsantai #USsharing


Usrah Mingguan
Usrah Santai Muslimat
25 Februari 2018

BERAKHLAKLAH DENGAN BAIK

Akhlak datangnya dari Qaulun Maaruf. Maknanya adalah kata kata yang baik.

Ya, kata kata yang baik mencerminkan keperibadian seseorang. Orang yang berpegang kepada kata-katanya adalah orang yang berakhlak.

Maka, kena hati hati apabila berkata-kata. Cuba lihat & audit diri kita serta lihat sekeliling.

Adakah kita juga menyertai sesetengah orang yang tak menjaga tutur kata?
Tutur kata yang hanya menyakiti hati orang lain?
Tutur kata yang hanya maki hamun org lain?

Murabbi saya ada kata, setiap dari kita diuji, secara berbeza.

Orang alim juga tidak terlepas dari ujian. Sekarang kita boleh lihat ramai alhamdulillah suka menutup aurat dengan sempurna. Suatu perlumbaan yang baik.

Namun sayangnya hanya pakaian yang diupgrade bukan akhlak. Maka terbentuklah percakapan yang menghukum seperti dia tu kompem ahli syurga.

Silap di situ.

Oleh sebab itu, saya cuba nak tanya, apakah jika kita pakai purdah/jubah, ianya memberi 'lesen' untuk kita bebas maki hamun orang lain? Mengumpat orang lain?

Jawapannya :TIDAK! Apabila kita pakai purdah/jubah, ia tak beri kebebasan kepada kita untuk bebas mengata atau maki hamun orang.

Apatah lagi jadi hakim untuk menyatakan orang ni masuk neraka,orang tu masuk neraka, orang ni masuk syurga, orang tu masuk syurga.

Kita bukan Tuhan. Jadi jangan buat kerja Tuhan! Kita tak punya hak atau kebebasan untuk menyatakan orang ni masuk neraka, orang tu masuk syurga. (Ini tak termasuk dalam freedom of speech okay)

Adalah sesuatu yang malang jika kita gemar menyakiti hati orang lain dengan perkataan perkataan yang tak elok.

Melontarkan perkataan yang tak elok hanya merugikan diri sendiri.

Begitu juga dengan mengumpat. Andai kita terlibat dengan jenayah zina, kita bertaubat kepada Allah.

Tapi jika kita mengumpat, kita kena mohon ampun maaf daripada orang yang kita umpat tu.

Selagi orang yang kita umpati tu tak maafkan kita, belum termakbul taubat kita di sisi Allah.

Tapi, jangan lah p salah faham pulak, bila dikata mengumpat itu lebih besar bahaya nya daripada berzina, ia bukan bermaksud 'lesen' untuk menghalalkan kita terjebak dengan perbuatan zina pulak.

Ingat... kedua-duanya adalah perkara mungkar yang Allah tak suka kita buat.

Alhamdulillah kita di dalam USM ni diberikan kefahaman mengenai dosa pahala.

Dosa besar yang jelas seperti zina alhamdulillah semua muslimat berjaya jaga diri dan menghindarinya.

Namun kita terlupa untuk jaga yang sering berlaku dalam harian kita yakni mengumpat. Ghibah.

Kadang seronok bersembang dan buka topik. Kita rasa "borak je pun" walhal borak hal yang mendatangkan aib pada orang lain. Adakah itu tidak dikira mengumpat?

Kadang, kita nak mengadu, meluah tetapi terlalu ikut emosi sehingga berkongsi keaiban orang, adakah itu bukan mengumpat?

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengajar kita agar kita bercakap apabila tahu saja dan diam jika tak tau. Itulah yang akan selamatkan kita.

Seorang sahabat bertnya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, apakah yang menyelamatkan kita?"

Jawab Rasullullah, "Yang menyelamatkan kamu adalah diam."

Maka,marilah kita mengaudit diri sendiri. Apakah selama ni kita pernah menyakiti hati orang lain atau menutur perkataan perkataan yang tak baik?

Jika ya, belum terlambat untuk kita menginsafi keterlanjuran tu.

Mohon keampunan kepada Allah dan orang yang kita sakitkan hatinya.

Mudah-mudahan rahmat Allah mengiringi kita.

Walaupun menyedari tak semua pengampunan hanya melalui Allah sahaja tetapi ada yang perlu melalui manusia yang sudah dilukai hati, dibuka aib namun masih ramai yang tidak bertindak.

Malu. Segan. Dan ada yang merasakan tidak perlu.

Hubungan itu perlu dijaga sama rata. Hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah.

Apa yang akan kita lakukan jika sikap menangguh kita ini berterusan sehingga orang berkenaan meninggal? Tidak terfikirkah kita urusan kita sebenarnya belum selesai tetapi dia sudah tiada di dunia! Adakah kita sanggup berselubung dengan rasa bersalah selamanya?


Perkongsian 22/02/2018
US Muslimat

Hendaknya kamu mempunyai 3 sikap terhadap sesama mukmin :

1. Jika dirimu belum mampu memberikan manfaat kepada orang lain, maka janganlah kamu memberikan mereka kesusahan

2. Jika dirimu belum mampu membuatkan orang lain gembira janganlah kamu menjadi sebab mereka bersedih

3. Jika dirimu belum mampu memuji orang lain, maka janganlah dirimu menghinanya

[Imam Yahya Ibn Muadz Ar-Razi Rahimahullah Taala]


Perkongsian 20/02/2018
US Muslimat

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:

Ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah ﷻ pada hari yang tidak ada naungan, kecuali naungan-NYA (hari kiamat) iaitu;

1. Pemimpin yang Adil.

2. Pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah ﷻ.

3. Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah ﷻ.

5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita, tetapi ia menolaknya dan berkata "Aku Takut Kepada Allah".

6. Seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.

7. Seorang yang berzikir kepada Allah, sehingga mengalir air matanya (kerana khusyuk).

[Hadis Riwayat Bukhari]

20 last posts shown.

3 782

subscribers
Channel statistics