Ada sebuah kisah benar yang sangat memilukan hati bagi sesiapa yang mendengarnya....
Seorang wanita yang telah lama berkahwin, amat menginginkan zuriat.
Bertahun berlalu, dan dia tidak berputus asa berdoa dan berdoa untuk mendapatkan seorang anak.
Lalu, akhirnya Allah menjawab doanya disahkan hamil. Betapa gembira dan bahagia hatinya saat dikabulkan permintaan itu.
Setiap hari dan bulan yang berlalu dia sangat bersemangat, ceria untuk menyambut kelahiran anak tersebut.
Sehinggalah genap kandungannya 9bulan, tiba-tiba Allah takdirkan dia kemalangan jalan raya sehari sebelum melahirkan.
Bukan sahaja anak dalam kandungan itu meninggal, bahkan doktor terpaksa membuang rahimnya untuk menyelamatkan nyawa.
Allahuakbar.
Begitulah ujian hebat yang diuji untuk orang beriman.
Kerana Allah ingin melihat, sebesar mana keyakinan beriman pada qada dan qadarNya?
Meskipun itu sangatlah 'buruk' pada pandangan mata zahir manusia.
Namun orang beriman akan tetap memandang semua itu dengan penuh kebaikan dari-Nya.
Boleh jadi, anak yang lahir itu Allah lebih tahu si anak mungkin menjadi anak yang derhaka pada ibunya kelak.
Atau boleh jadi, anak yang lahir itu mungkin akan memalingkan ibubapanya dari jalan keimanan.
Atau boleh jadi, anak yang lahir itu mungkin membuatkan ibubapanya berbangga, sombong dan takabbur dengan kelebihan yang ada pada si anak.
Siapa yang tahu apa yang bakal terjadi masa depan?
Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa dapat meneka kecuali Dia yang Maha Alim.
Kerana itu kadang Allah memberi mungkin sebab terlalu kita menginginkannya, padahal Allah tahu itu bukanlah baik buat kita.
Lalu diambil kembali kerana Allah lebih tahu itulah yang terbaik buat menjaga iman kita.
Dan Allah juga ingin 'memberitahu', bahagia itu bukan hanya dengan mendapat apa kita suka.
Tapi bahagia itu bila kita mampu redha dalam beriman kepada-Nya.
Ya Allah,jadikan kami hamba yang tetap teguh beriman kepadaMu walau hebat diuji.
Biar hilang apa yang dicinta, jangan hilang Allah dalam jiwa...
🍃
@CoretanMaut