Usrah Muslimah


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Pengisian hukum,nota fekah, perundangan, kesihatan, kecantikan, tazkirah, panduan hidup,infokuliah dan isu semasa dll entri berkisar akhawat (perempuan).

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter




Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnyaaaaaa.

Kredit: Alif Channel
@mudlimahcircle🐝


Takut suami, wanita tunda buat dialisis
By: Halina

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran wanita mengenai kepentingan rawatan dialisis masih rendah berbanding lelaki sehingga menyebabkan mereka berdepan dengan masalah penyakit lebih kronik.
Pakar Nefrologi Hospital Selayang, Dr Rosnawati Yahya, berkata sikap rendah diri dan takut membuat keputusan sendiri antara punca mengapa golongan terbabit tidak menjalani dialisis.
Katanya, ada antaranya terpaksa menunggu persetujuan suami untuk menjalani rawatan berkenaan membuatkan mereka mungkin menghadapi kegagalan buah pinggang kronik (CKD).
"Kenyataan itu amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku pada zaman serba moden ini. Faktor lain adalah dari segi sosioekonomi.
"Mereka tidak boleh membuat keputusan sendiri menyebabkan rawatan tertunda sehingga penyakit melarat dan terlambat untuk dirawat," katanya pada program Oh My Ginjal: Sepetang Bersama Pakar, di sini.
Yang turut hadir, pakar dietetik KPJ Sentosa KL Specialist Hospital, Theresa Yap Yi Min dan pakar nefrologi Hospital Selayang, Dr Suryati Yakob.
Dianggarkan 195 juta penghidap CKD di seluruh dunia adalah wanita. Di Malaysia, sembilan peratus masyarakat dewasa menghidap penyakit ginjal pada tahap satu sehingga lima.
Pada 2015, seramai 1,200 pesakit daripada satu juta penduduk di negara ini mengalami penyakit ginjal dan dianggarkan 40,000 pesakit sedang menjalani dialisis.
Dr Rosnawati berkata, kebanyakan pesakit wanita yang ditemui meluahkan keinginan menjalani dialisis, tetapi takut berbuat demikian tanpa kebenaran suami.
DARI kanan; Rosnawati, Yap Yi Min dan Suryati pada program Oh My Ginjal: Sepetang Bersama Pakar, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Aziah Azmee

Katanya, tidak ramai wanita yang menjalani rawatan itu disebabkan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang lebih perlahan, selain gagal mengikuti amalan hidup sihat seperti disarankan.
Wanita yang menghidap CKD juga terpaksa berdepan risiko tinggi sekiranya hamil kerana tidak dibenarkan merancang keluarga oleh suami.
Katanya, CKD boleh menjejaskan kesihatan ibu yang sedang hamil dengan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kehilangan protein yang banyak di dalam air kencing yang boleh menyebabkan kematian.
Anak dalam kandungan turut berdepan komplikasi seperti pembesaran janin terbantut dan kelahiran pramatang.
"Selain itu, berdasarkan data di Hospital Selayang yang juga antara pusat pemindahan buah pinggang, mendapati jumlah penerima buah pinggang lelaki lebih ramai berbanding wanita," katanya.

Via :Berita Harian
@muslimahcircle🕊






Omega 3 - Kandungan susu ibu Malaysia adalah di antara yang terbaik di Dunia!

Semalam, semasa di klinik high risk pregnancy saya, seorang Ibu hamil tanya saya, adakah elok memakan supplemen 'NEUROGAIN'?

Saya jawab, Neurogain ini ialah supplemen dalam capsule yang mengandungi lemak Omega-3 atau DHA, yang di-import dari negara German. Satu capsule mengandungi 250mg iaitu keperluan sehari untuk ibu yang hamil. Omega-3 ialah lemak yang digunakan untuk membentuk otak dan mata.

Jika kita lihat pemakanan orang-orang Eropah dan USA, sememangnya mereka tidak memakan cukup omega-3 dalam makanan mereka sebab mereka lebih suka memakan daging-daging, terutamanya orang German yang tak boleh hidup tanpa daging. 'Hamburger' tu pun berasal dari Bandar Hamburg di negara German.

Di negara Eropah dan USA, Ibu hamil dan ibu yang menyusu digalakkan menambahkan supplemen DHA Omega 3 ini.

Tapi di Malaysia, tidak ada keperluan sebab makanan kita memang kaya dengan DHA atau Omega 3.

Lihat Gambar di bawah, kandungan DHA di dalam susu ibu bagi orang Malaysia sangatlah memuaskan jika dibandingkan dengan masyarakat German dan USA yang suka meratah daging. Garisan merah di atas Graf itu ialah 'recommended level' iaitu kandungan DHA yang cukup dalam susu ibu. Sebab itulah negara German membuat Neurogain untuk ibu-ibu mereka.

Saya bagi nasihat kepada Ibu hamil kita, tak payah membazir duit beli supplemen Neurogain. Lebih baik lagi makan makanan seimbang. Pilihlah makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti:

A) Ikan kembung yang kecil / Indian Mackerel - seekor dah dapat 4000mg Omega 3

B)Ikan sardin atau selayang - seekor ikan kecil dah dapat 700mg omega 3.

C) ikan bilis- satu genggam kecil 100g sudah boleh dapat 900mg omega 3.

D) Sotong - 100g mengandungi 300mg Omega 3

Elakkan ikan besar walaupun kaya dengan omega 3 kerana kandungan logam merkuri yang tinggi seperti ikan Tuna, ikan Cod, ikan Siakap, Ikan Rohu, Ikan swordfish, King Mackerel, ikan Marlin, ikan jerung. Ikan besar hidup lebih lama dan mengumpul lebih merkuri dalam badannya. Merkuri juga satu punca autism spectrum disorder (ASD). Ini lah ikan-ikan yang didapati di Eropah dan sebab itu lah orang Eropah takut nak makan ikan dan memilih ambil supplemen saja.

Ikan Salmon selalunya selamat dimakan sebab ia 'Farmed Fish', maka kandungan merkurinya rendah. Sekali makan satu serving tu 1000mg omega 3. Tapi sebab ia mahal, saya tak letak dalam senarai di atas, lagi murah telan Neurogain bagi mereka yang tak mampu makan ikan Salmon.

Kita bernasib baik di Malaysia. Rupa-rupanya makanan yang kita senang dapat tiap-tiap hari Nasi lemak ikan bilis atau Nasi lemak sambal sotong tu, memang lah cukup dengan keperluan Omega 3 kita. Lihatlah kandungan Omega 3 susu ibu wanita Malaysia!

Sila juga baca posting saya yang lepas yang menunjukkan bukti pemakanan yang seimbang itu lebih baik daripada supplemen tambahan DHA dalam capsule jika kita mahukan anak yang cerdik.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154927029756659

Prof Dr Imelda
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
@muslimahcircle🐝


Forward from: Madrasah Sunni Online MSO
PERUTUSAN PRESIDEN MSO SEMPENA 1 REJAB 1439H.
----------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام ساتو رجب😊

Sahabat-sahabat MSO yang dihormati,

Sempena dengan kedatangan bulan Rejab yang mulia ini yang merupakan salah satu daripada bulan-bulan Haram yang diberi penghormatan yang tinggi di sisi Allah SWT, marilah kita persiapkan dan perkemaskan diri kita dengan ilmu dan amal di saat umat Islam di Malaysia khususnya dilanda berbagai krisis bermula dengan pemimpin atasan hinggalah ke rakyat bawahan.

Tidak dapat tidak kita sebagai DAIE MSO rasa terpalit dan terpanggil untuk membetulkan ummah terutamanya yang melibatkan aqidah sesat dan syariat yang makin dilonggarkan oleh segelintir puak di luar sana.

Imej Islam telah dirosakkan oleh golongan yang mendakwa kononnya merekalah 'salafi-sunni' padahal merekalah pelopor kekerasan dan keganasan. Mereka pecah belahkan perpaduan 'Sunni-Syafie-Sufi' yang telahpun bertapak sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Walhal yang benar-benar salafinya ialah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan Imam-imam Muktabar seperti Imam Hanafi (W150H), Imam Maliki (W179H), Imam Syafie (W204H) dan Imam Hanbali (W241H).

Anak muda kita semakin ditekan oleh bahaya Wahabisasi dan terikut-ikut dgn budaya memudah-mudahkan agama. Dahsyatnya aliran ini sehingga mereka mengarang tajuk penulisan:

الوهابية جددت منهاج النبوة
Ertinya: Wahabisasi memperbaharui Manhaj Nabawi.

Banyak pertuduhan bid'ah, sesat malah syirik telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia. Antaranya:

1. Mereka menyesatkan manhaj Asya'irah dan Maturidiah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah. Menyelar pengajian sifat 20 dan gemar pula membahaskan ayat-ayat mutasyabihat sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah termasuk ke dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

2. Mereka mencampur-adukkan isu-isu fiqh dalam akidah seperti tawassul, tarikat dan lain-lain. Menuduh tasawwuf diciplak daripada falsafah Yunani, agama Buddha dan lain-lain.

3. Mendakwa pengikut mazhab sbg jumud dan taksub. Padahal merekalah yg taksub kepada Muhammad bin Abd Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir Al-Albani, Muhammad Soleh Al-Uthaimin dan Soleh Fauzan.

4. Menjadikan isu-isu furu' sbg medan perbalahan ummah. Lidah mereka hanya berzikir "bid'ah, bid'ah, bid'ah". Ulama-ulama nusantara terdahulu dikecam sbg pereka agama.

Maka saya dengan ini menyeru semua sahabat dalam MSO sempena dengan momentum 1 Rejab agar menjadikan medan maya ini sebagai satu cara untuk kita berjihad dan berdakwah, amar ma'ruf dan nahi mungkar demi mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yg sebenarnya. Yang pandai berceramah teruskan dgn ceramah. Yang bijak menulis teruskan menulis. Yang kaya idea teruskan lontar idea. Yang pintar merancang teruskan merancang. Yang pakar organisasi terus hidupkan organisasi. Asalkan kebenaran yang kita perjuangkan.

سيروا على بركة الله

Wallahu A'lam.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان. امين
وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اخوكم في الله
محمد فوزي بن مصطفى الشافعي

Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
Presiden Madrasah Sunni Online (MSO) Sesi 2017/2019
18 Mac 2018.
30 Jamadilakhir 1439H.


Forward from: Madrasah Sunni Online MSO
Perutusan Presiden Sempena 1 Rejab 1439H
Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
Presiden MSO sesi 2017-2019




Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal² yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Tapi,
Jika hakikat pernikahan anda adalah kerana untuk menyempurnakan IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh,
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut,
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur,
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh.. :)

cnp kredit kpd penulis asal
@muslimahcircle🐝






Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Salam jumaat yg penuh mulia lg barokah..

@muslimahcircle🕊


CARA UNTUK ELAK RASA SUNYI

🖋 Sertai Organisasi
Cuba salurkan tenaga dan masa anda untuk menyertai organisasi yang fokus kepada isu positif yang anda gemari. Lakukan homework dan pilih organisasi yang bertauliah. Apabila anda bergaul dengan mereka yang positif, mungkin perasaan tersebut akan berkurangan.

🖋 Lakukan Sesuatu Yang Kreatif
Seperti bermain dengan alatan muzik, melukis, mewarna mahupun menulis. Menurut James Pennebaker, penyelidik di Universiti of Texas di Austin, Amerika Syarikat, menulis dapat membantu menangkap rasa sunyi dengan lebih baik.

#ehjurnal
@muslimahcircle👛






SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!!

Wanita itu tinggi martabatnya. Bertahun-tahun generasi wanita sebelum kita berusaha untuk meletakkan kita setanding dengan lelaki. Bayangkan masih ada wanita yang tidak diberikan peluang mendapat pendidikan asas seperti lelaki. Dulu, wanita pernah tidak diberikan hak mengundi. Tidak dibayar gaji setara dengan lelaki untuk kerja yang sama.

Kita beruntung menjadi rakyat Malaysia. Hak asas sebagai warganegara kita dapat tak kira jantina. Nak belajar sampai peringkat tertinggi pun boleh. Gaji saya sama saja dengan pegawai tentera golongan profesional lelaki.

Sebagai wanita berpendidikan dalam bidang perubatan, saya sering mengingatkan wanita yang bertemu saya di klinik tentang pentingnya self empowerment dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.

Wanita mesti mengambil berat dan prihatin dengan kesihatan diri. Bab merancang keluarga contohnya. Bukan sebulat-bulatnya diserahkan pada suami sedangkan badan tu kita punya sendiri.

Saya dok beritahu tanpa jemu tentang pentingnya melakukan pemeriksaan secara rutin untuk wanita seperti PAP smear. Dan breast self-examination setiap bulan. Kalau mempunyai risiko untuk penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis, dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Bukan buat tak reti dan buat dek sehingga terlambat. Badan kita ni ada 1 saja dan dipinjamkan Tuhan. Kalau dah jahanam, mana ada ganti lagi walaupun duit menggunung.

Pentingnya mengekalkan berat badan ideal. Bukan makan melantak tak ingat dunia dan mulalah menggelabah mencari jalan pintas untuk kurus.

Pentingnya berusaha meluangkan masa untuk bersenam walaupun kita terlalu sibuk dengan menguruskan kerjaya dan keluarga. Ni untuk diri sendiri. Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum kerana kalau kita jatuh sakit, pincang seluruh organisasi keluarga dibuatnya.

Pentingnya mengetahui yang kalau kita berkahwin, kita bersama dengan suami kita tu, kerana kita sayangkan dia sebagai pasangan kita. Kita bahagia bersamanya. Dan mahu terus hidup dengannya. Bukannya kita terpaksa kerana anak-anak sehinggakan kita jadi mangsa penderaan fizikal dan mental.

Pentingnya kita menjadi mama yang mampu membentuk keperibadiaan anak-anak. Bukan semua wanita diberikan anugerah untuk menjadi mama maka kalau itu kurniaan Tuhan, lakukan dengan parenting skill yang betul. Memang itu anak-anak kita. Tapi tahu tak, mereka itu akan jadi hak milik masyarakat suatu hari nanti. Bagaimana bentuk manusia yang telah kita didik dan asuh itu datangnya dari kita.

Pentingnya kita mempunyai maklumat kesihatan yang betul. Pendidikan sekarang sudah jauh ke hadapan. Matapelajaran sains diperkenalkan sejak dari darjah 1. Tetapi kita masih dibelenggu dengan mitos dan petua karut marut yang seakan-akan menggambarkan kita tidak pernah ke sekolah. Sejak saya aktif di Facebook, hampir 2 tahun menyebarkan maklumat perubatan secara sukarela, saya nampak dinding yang maha tebal untuk saya tembusi di benak pemikiran wanita yang masih 100 tahun ke belakang.

Saya tidak pernah menganggap diri saya seperti buih-buih di lautan yang tidak memberikan manfaat untuk orang lain semasa jangka hayat saya ini. Saya percaya setiap wanita sepatutnya juga merasakan begitu. Setiap dari kita penting sebagai ahli masyarakat yang menyumbang ke arah kemandirian generasi wanita akan datang.

Selamat hari wanita buat seluruh wanita di Malaysia yang bermaruah, berpandangan jauh dan berkarisma!

Dr. Rusyainie Ramli
@muslimahcircle🐝


Berhentilah menjadi pakcik dan makcik bawang di alam maya..diri kita sndri pun byk yg kurang,byk yg tak betul,byk yg salah tanpa kita sedar.. sudah²lah kita menilai diri org lain.😔
@muslimahcircle🕊


Forward from: rαнмαwατι
Seminar Wanita Islam pada Alaf Baharu ini telah diadakan di Sandakan dan Pulau Pinang, di mana mendapat sambutan yang baik daripada peserta yang hadir.

Pada siri ke-3, seminar ini akan berlangsung pada :

Tarikh: 03 Mac 2018 (SABTU)
Masa : 9.00 am - 12.30 pm
Tempat : Auditorium Dato' Yahaya Ahmad, SIRIM Berhad, persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2, 40700 Shah Alam
Tarikh tutup penyertaan : 17 Februari 2018

Semoga lebih ramai peserta mendaftar untuk memperoleh manfaat daripada seminar ini. Terbuka untuk semua. Bagi yang berkelapangan amatlah dijemput hadir.

UPDATE!
Diskaun turut diberikan bagi penyertaan secara berkumpulan. Tolong share dan maklumkan ahli keluarga serta rakan², boleh dapat diskaun!

Jadi, jangan lepaskan peluang menimba ilmu melalui penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang Tauhid, Fiqh & Tasawwuf. "Barangsiapa tiada merasai, tiadalah ia mengetahui"

Daftar segera di pautan berikut : www.alghazaliah.com/seminar2018


Forward from: rαнмαwατι

20 last posts shown.

918

subscribers
Channel statistics